Thursday, October 12, 2023

Kenapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Vitamin merupakan keperluan harian yang perlu kita ambil untuk melengkapkan keperluan nutrisi badan. Ada banyak jenama vitamin di pasaran, mengapa saya memilih Shaklee?

Vitamin Shaklee bukan saja jadi pilihan saya tapi juga pilihan rakyat Malaysia sejak bertahun tahun. Namun ada banyak faktor yang membuatkan saya memilih Vitamin Shaklee. 

1. Landmark Study
Kajian ini telah dijalankan oleh pihak ketiga, yang tiada kaitan dgn syarikat ini. Mereka telah membuat perbandingan antara 3 jenis responden iaitu:

✔️ Mereka yang tidak amalkan apa2 suplimen
✔️ Mereka yang amalkan suplimen jenama lain
✔️ Mereka yang amalkan suplimen Shaklee

Hasil daripada kajian yg dijalankan oleh saintis ini menunjukkan keputusan yang amat memeranjatkan. Tahap kesihatan responden yg mengamalkan suplimen jenama lain didapati lebih teruk berbanding responden yang tidak mengamalkan apa-apa suplimen. 

Anda boleh tengok pada poster ni, perbezaan result berwarna Biru (tidak amalkan apa2 suplimen), Merah (amalkan suplimen jenama selain Shaklee) dan Hijau (amalkan suplimen Shaklee) adalah amat ketara sekali. 


2. Selamat, Semulajadi Dan Berkesan

1)Selamat

🍀Shaklee memastikan semua produknya selamat digunakan. 
🍀 lebih 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun 
🍀Shaklee jalankan 350 ujian ke atas bahan botanik yang digunakan untuk menghasilkan suplemen Shaklee untuk memastikan ia TIDAK TERCEMAR dgn bahan kimia, racun serangga, baja kimia dan segala jenis pencemaran di air dan segala-galanya.
2)Berkesan
🍀 Shaklee telah kuasakan atlet telah memenangi  137 pingat emas dan gangsa dalam perlawanan,dari atlet pasukan prestasi tulen kelas dunia shaklee sehingga ke angkasawan NASA serta produk shaklee memberi perbezaan dalam kehidupan berjuta-juta orang.

Shaklee terbitkan 125 jurnal antarabangsa tentang kajian ke atas suplemen Shaklee

formula unik yang ekslusif tersedia dari shaklee 

produk disokong lebih daripada 100 paten dan yang sedang dipatenkan dan shaklee mempunyai lebih dari 135 kajian klinikal,kertas saintifik dan pembentangan termasuk kajian Landmark dan kajian Telomere

"kajian landmark dan Telomere menunjukkan bahawa populasi shaklee sangat sihat daripada populasi umum" 

So sebab tu saya percaya dengan shaklee bukan sebarang je nak ambik produk,kite tak kan makan benda yang tak bagus untuk diri kite kan

Bila dah makan sendiri dan dah rasa kesannya sendiri saya rasa happy dan senang hati serta bertambah sihat

3. Berdaftar dan diiktiraf kualiti
Shaklee diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat ini tertera pada setiap botol produk.

Status halal Shaklee disahkan oleh badan islamik di US, iaitu ISA (Islamic Services of America) yang merupakan badan yang disahkan JAKIM & lebih strict daripada JAKIM sendiri.

Shaklee sangat menjaga standard kualiti produk. Sebagai contoh, polisi Shaklee lebih ketat dari US Food and Drugs Administration (FDA). Walaupun Shaklee adalah produk suplemen tetapi ia mengikuti garis panduan FDA,  bukan sekadar garis panduan dari Dietary Supplement Health and Education Act of 1994 (DSHEA). 

DSHEA tidak memerlukan ujian klinikal tapi Shaklee melakukan ujian klinikal ke atas setiap bahan yang digunakan untuk memastikan tahap keselamatan, keberkesanan dan pemantauannya terhadap alam sekitar. 

Diiktiraf oleh jurnal-jurnal yang melakukan ujian terhadap produk-produk kesihatan seluruh dunia.

Dengan ini, Sangat berbaloi untuk jaga kesihatan dengan Shaklee. Nak consume vitamin suplemen, pastikan Shaklee dulu okay. Jom tukar!! 

Tuesday, October 3, 2023

Kepentingan Vitamin C Shaklee

Ada banyak vitamin C di pasaran. Tapi bila sebut vitamin C pasti ramai menjadikan Vitamin C Shaklee sebagai pilihan. Apakah kepentingan vitamin C Shaklee sehingga menjadi bualan ramai? Antaranya pastilah keunikan teknologi sustained released.


Teknologi pelepasan secara berperingkat setiap jam dilepaskan sebanyak 100mg selama 5 jam. Dengan ini penyerapan vitamin c ke dalam tubuh badan menjadi lebih baik. 


Vitamin C dari produk Shaklee, seperti lainnya, memiliki beberapa manfaat penting bagi kesihatan:

1. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh: Vitamin C membantu meningkatkan produksi sel-sel kekebalan tubuh dan membantu tubuh melawan infeksi.


2. Antioksidan: Vitamin C adalah antioksidan kuat yang membantu melindungi sel-sel tubuh dari kerusakan akibat radikal bebas dan stres oksidatif.

3. Kesihatan kulit: Vitamin C berperan dalam produksi kolagen, protein yang penting untuk kesehatan kulit, dan dapat membantu mengurangkan kulit berkedut dan kerosakan kulit akibat sinar UV.


4. Penyerapan zat besi: Vitamin C dapat meningkatkan penyerapan zat besi non-heme dari makanan, membantu mencegah anemia.

5. Kesihatan jantung: Beberapa penelitian menunjukkan bahwa pengambilan vitamin C yang cukup dapat membantu menjaga kesehatan jantung dengan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

6. Membantu mengurangi gejala flu : Vitamin C sering digunakan untuk mengurangi  gejala selsema atau resdung dan mempercepat pemulihan.

Penting untuk mendapatkan cukup vitamin C melalui makanan atau suplemen jika diperlukan untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan. 

Nak dapatkan vitamin c terbaik ini. Hubungi saya Tinie Badri 0122812952
 .

Tuesday, September 12, 2023

SET MENGANDUNG SHAKLEE

Sebagai ibu hamil, pastinya gementar menanti kehadiran si kecil. Dalam masa sama ingin berikan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan dan untuk ibu itu sendiri. Justeru pengambilan nutrisi yang mencukupi sangat penting. Selain dari pengambilan makanan sihat, ibu jugak boleh mengambil suplemen vitamin. Ramai ibu mempercayai set mengandung Shaklee yang semestinya Selamat, Semulajadi dan Berkesan. 
Ini adalah hadiah terbaik yang boleh anda berikan untuk si kecil anda dan untuk diri anda sendiri. 

Memperkenalkan Prenatal Mama Wellness Set. Yang mana di dalam set ini lengkap untuk keperluan nutrisi luar dan dalam. Uniknya set baru ini didatangkan dengan produk baru Embun kerjasama Shaklee bersama Tanamera jenama produk herba tempatan yang dipercayai. Shaklee menjalankan kajian selama 2 tahun keatas produk ini. 

Jom kita tengok apa yang terdapat di dalam set ini. 

1. Protein Soya
Protein adalah makanan sel yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangan bayi. Protein juga sumber yang baik bagi meningkatkan tenaga dan kecergasan ibu. Terutama bagi ibu yang alahan teruk tiada selera makan. Protein soya ini sangat membantu. 
2. Vitamin B dan Asid Folic
Pengambilan asid folic yang mencukupi penting bagi mengurangkan risiko kecacatan kelahiran padan otak dan tulang belakang janin. Selain itu Bcomplex ini membantu meredakan mabuk hamil atau alahan hamil yang teruk. Ia juga membantu ibu lebih bertenaga dan ceria.l
3. Vitalize : Multivitamin dan Zat Besi
Bila pergi klinik ibu anak, antara perkara wajib untuk diperiksa adalah Hb darah. Bagi ibu yang alami masalah anemia semasa hamil, pengambilan zat besi di dalam vitalize ini dapat membantu. 
4. Ostenutrix Kalsium
Kalsium amat penting bagi ibu dan bayi. Bayi memerlukan kalsium yang mencukupi bagi perkembangan tulang dan gigi bayi. Pengambilan pil kalsium Ostenutrix yang dilengkapi dengan vitamin D, magnesium, zinc mangan dan boron membantu penyerapan kalsium dalam badan berbanding pil kalsium yang lain. Ia juga membantu mengurangkan risiko cramp kaki di tengah malam. 

5. Embun Smooth Tummy Oil

Untuk mengurangkan selulit, kesan regangan kulit dan meningkatkan kolagen kepada kulit. Selamat disapukan kepada perut ibu hamil.
Bahan-bahan herba semulajadi yang selamat dan mempunyai banyak manfaat.
6. Embun Relaxing Magnesium Gel.

Sebagai minyak urutan untuk melegakan. Bila hamil, tak semua produk selamat untuk ibu hamil kan. Tapi gel ni sangat selamat dan lulus ujian keselamatan produk dengan Shaklee.

Bila ada set ni, bolehlah ibu ibu sapukan minyam dan gel ini sebelum tidur, bagi melegakan sakit pinggang, lenguh kaki dan sebagainya. 
Set Mengandung Shaklee yang lengkap ini baru saja dilancarkan pada 9 September yang lalu. Ramai yang teruja dan tidak sabar untuk mendapatkannnya. Membuat pilihan melalui pengambilan nutrisi kehamilan yang baik sepanjang tiga trimester adalah sangat penting. 

Dapatkan set Mengandung Shaklee promosi sekarang 

Nak dapatkan harga istimewa dan konsultasi percuma, sila klik link di bawah 


Hubungi saya untuk maklumat lanjut. 

Tinie Badri

ID : 927505

(Key Coordinator)

WhatsApp ;

6012-2812952

atau;

E-mail

hartini.badri@gmail.com


Pengguna tegar produk Shaklee sejak 2013.

Aktif sebagai Pengedar Shaklee di Malaysia sejak 2013 hingga sekarang.

Berpusat di Puncak Alam Selangor dan mempunyai rangkaian niaga di seluruh Malaysia.

Servis penghantaran 'by hand' ke kawasan berhampiran.

J&T/Pos Laju/Gdex ke seluruh Malaysia.

Pos ke Singapore, Brunei dan lain-lain juga disediakan.






Sunday, September 3, 2023

Keperluan Wanita Mengandung Awal Trismester

Saat mengetahui bahawasanya kita bakal menjadi ibu, pastinya dalam kegembiraan terselit rasa risau dan ingin tahu banyak perkara. Terutamanya keperluan wanita mengandung ketika awal trismester.


Jadi kita kongsikan beberapa perkara yang perlu dititik beratkan.

1# TAHU BILA PERLU DAFTAR BUKU PINK
Kebiasaannya ibu mengetahui tentang kehamilan dengan buat ujian kehamilan sendiri dengan membeli test kit di farmasi. Mesti excited dan rasa nak terus pergi klinik kan. Tapi sebaiknya pastikan upt test kit anda jelas dan bukan kabur kabur dua line. Dan kebiasaannya untuk buat buku pink adalah pada minggu ke 10 atau ke 12 kehamilan. Jangan lebih 12 minggu ya. Terutama jika ibu di kalangan orang berisiko tinggi contohnya pernah mengalami keguguran sebaiknya pergi awal ke klinik kesihatan berhampiran.

Untuk pastikan boleh saja anda terus hubungi Klinik Kesihatan Terdekat. Tidak kiralah anda merancang untuk bersalin di hospital kerajaan atau swasta, anda boleh mendaftar dan menghadiri pemeriksaan berkala di KKIA yang berhampiran. Waktu operasi dan hari pendaftaran berbeza antara klinik, jadi lebih baik menghubungi dahulu klinik untuk mendapatkan kepastian.

Jika ke klinik swasta kebiasaannya doktor akan buat scan ultrasound untuk lihat samada betul kehadiran janin pada tempatnya dan ada heart beat menandakan kandungan itu jadi. 
Jika ke klinik kesihatan pada awal trismester ni, tidak ada scan yang akn dibuat, hanya ujian air kencing pengesahan hamil dan beberapa ujian kesihatan semasa buka buku pink. Jangan lupa juga bawa ic isteri dan suami, sijil nikah, bil elektrik rumah untuk pengesahan alamat dan surat rujukan doktor jika ada. Jangan lupa jalani pemeriksaan berkala, ia bukan untuk doktor atau nurse tapi untuk ibu dan bayi dalam kandungan. 

2# BERSEDIA FIZIKAL DAN MENTAL
Setiap individu itu berbeza. Adakalanya di awal kehamilan ibu akan mengalami loya atau pening kepala, tiada selera makan atau muntah, morning sickness. Rasa penat, lembik tak berdaya. Ada yang pada waktu pagi saja, ada pula yang dari pagi sampai petang. Macam saya lah tu 😁 Tapi jangan terkejut, ada juga 
yang langsung tidak mengalami alahan ketika hamil. Apapun ibu ibu perlu bersedia fizikal dan mental untuk menghadapi perubahan ketika awal trismester kehamilan..

3# JAGA PEMAKANAN DAN GAYA HIDUP SIHAT
Penting sangat untuk jaga pemakanan yang sihat semasa mengandung terutamanya di awal kehamilan. Perubahan bentuk tubuh badan dan emosi ketika awal kehamilan kadang-kadang buat wanita mengandung tak lalu makan. 

Macam saya muntah teruk sampai saya fikir saya taknak makan supaya takde apa yang boleh keluar dari mulut. Ternyata apa yang saya buat itu salah. Walaupun tak lalu makan, usahakan untuk ambil pemakanan sihat cukup keperluan karbohidrat, protein, buah buahan supaya tubuh badan ibu ada tenaga. Jangan sampai tak makan, ia akan memburukkan lagi keadaan. 
Buat senaman yang sesuai supaya badan rasa lebih cergas. Jangan lupa amalkan suplemen vitamin yang sesuai untuk ibu hamil.

4# TAMBAH ILMU 
Sebenarnya bila kita merancang untuk hamil, masa tu kita dah mula perlu menggali ilmu sebanyaknya dalam menyiapkan diri. Tambahan pula bila dah disahkan hamil.
 
Sekarang dah banyak kelas prenatal yang dijalankan sama ada online atau offline. Begitu juga ada banyak forum, group atau media sosial lain juga yang berkongsi ilmu tentang kehamilan. 

Walau apa pun, setiap individu itu berbeza, malah bagi individu tersebut pun setiap kehamilan itu berbeza. Ya macam saya dah tiga kehamilan dan setiap seorang anak pengalamannya juga berbeza. Apapun ibu ibu tidak perlu takut, jika ada sebarang kemusykilan atau kerisauan dapatkan nasihat doktor. Sentiasa berfikiran positif, jaga emosi dan banyakkan berdoa. Semoga dapat melalui tempoh kehamilan dengan tenang dan gembira. 





Wednesday, August 23, 2023

Doa Yang Bagus Untuk Wanita Rasa Kuat

Doa adalah senjata mukmin. Sebagai manusia kita tak lari dari ujian. Orang cakap wanita kena hebat dan kuat. Hakikatnya, adakala kita rasa kuat ada kala kita rasa lemah. Kadang-kadang kita sampai tak tahu apa nak buat untuk keluar dari masalah kita. Ada satu doa yang bagus untuk wanita rasa kuat. 

Saya sangat suka doa ini yang boleh kita lazimi sebagai zikir setiap hari.


Sejarah mencatat, bahawa Hasbunallah Wani’mal Wakil Ni’mal Maula Wani’man Nasir adalah salah satu bacaan yang kerap diucapkan oleh para nabi dan ulama salaf, baik dalam keadaan senang atau ketika menghadapi ujian atau fitnah yang berat. 

Kekuatan zikir Hasbunallah Wani’mal Wakil Ni’mal Maula Wani’man Nasir melebihi kekuatan apa pun di dunia ini, serta menegaskan semangat tauhid pada diri orang mukmin. 

Kita yakin tiada siapa pun dan tiada apapun yang dapat menolong kita melainkan Allah. 

Dengan memahami maksud doa,

Cukuplah Allah sebagai Pelindung dan Allah sebaik baik Penolong.

Baca dengan tenang dan menghayati maksudnya. Baca dan ulang banyak banyak kali biar sampai menitis air mata, sehingga hati kita rasa tenang, jiwa kita rasa tenteram hilang rasa lemah. Tanpa kita sedar Allah bantu kita keluar dari masalah. Mintalah apa saja. Bka kata mentor saya, Allah Maha Kaya Dia boleh bagi kita apa saja. Bersangka baiklah dengan Allah. 

Moga kita dapat beramal dengannya. Sesungguhnya Allah adalah sebaik baik tempat kita bergantung harap. 


Tuesday, August 15, 2023

VITAMIN UNTUK WANITA TERBAIK UNTUK TENAGA

Bila dah memasuki usia 30-40an badan mula cepat rasa letih lesu tidak bertenaga. Wanita yang dah semakin meningkat usia pasti nak cari suplemen vitamin untuk wanita, yang terbaik untuk kesihatan dan tenaga. 
Tubuh badan kita ni bagaikan jentera, mesin atau sistemnya akan merosot menurun prestasinya  seiring dengan usia. Kalau dulu buat kerja multitasking kata orang tak ada masalah, cepat pantas dan kita tak penat. Bila makin berusia mulalah kebas sana sini, mula cepat letih dan tak pantas lagi.⁹

Tubuh badan wanita juga perlu bersedia awal sebelum memasuki fasa premenopause di awal 40an. Ini supaya tubuh badan dapat mengadaptasi dengan baik melalui fasa perubahan itu. 

Di usia premenopause hormon hormon seperti estrogen dan progesteron semakin merosot dan menjejaskan tubuh badan. Dalam hal ini nutrient sangat penting. Selain jaga pemakanan, senaman dan lifestyle, anda boleh amalkan vitamin bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan.

VITAMIN UNTUK WANITA CERGAS BERTENAGA
Ini adalah vitamin vitamin yang penting untuk wanita kekal cantik, cergas dan bertenaga. Sihat dalaman dan luaran. 

VITAMIN UNTUK WANITA
1. VITALIZE
Multivitamin mineral yang terkandung di dalam Vitalize ini membantu untuk penghasilan sel darah merah yang sihat. 
Lengkap dengan vitamin C dan vitamin B yang bagus untuk tenaga untuk antibodi dan elak dari hemoglobin darah yang rendah dan tekanan darah rendah.  

VITAMIN UNTUK WANITA
2. GLA COMPLEX
Bersumberkan minyak borage, minyak biji bunga matahari dan vitamin e menjadikan kandungan Gla di dalam Gla Complex berkepekatan tinggi berbanding pil epo biasa. 

Bagi wanita yang selalu senggugut, amalkan Gla Complex setiap hari. Ia bantu mengurangkan simptom PMS 

Gla complex juga bantu kurangkan simptom menopause dan lambatkan penuaan.

Gla Complex bantu untuk kawalselia hormon. Bila hormon tak stabil, wanita mudah rasa sensitif, emosi tak menentu, kulit juga jadi mudah kering, mudah naik jeragat. 



Bonus, di dalam Gla Complex ada vitamin E maka ianya bagus untuk kulit cantik. Bantu melembabkan dan memudarkan parut jerawat jeragat. 
Gla Complex memang teman baik wanita. 

VITAMIN UNTUK WANITA
3. OMEGA
Untuk info, asid lemak omega 3 sangat penting bagi hormon wanita. 
Selain itu omega 3  bersifat anti inflamasi, anti radang yang bantu mengelakkan dari risiko sakit jantung, artritis dan sakit sendi. Omega juga bagus untuk otak bagi menguatkan memori. 
Bila makin berusia mulalah asyik nak lupa, memori semakin tak kuat kan. Bonus bagi wanita yang amalkan omega ini kulit jadi lebih lembab tidak kering, mengurangkan risiko kulit jeragat.

VITAMIN UNTUK WANITA
4. OSTENUTRIX KALSIUM
Ostenutrix ini adalah pil kalsium yang  istimewa kerana selain kalsium ia lengkap dengan vitamin D dan Magnesium. Ini menjadikan penyerapan lebih baik. 

Kita mengetahui khasiat kalsium untuk tulang. Untuk elak sakit lutut, sakit sendi dan elak risiko osteoporosis. Wanita paling tinggi risiko untuk mendapat osteoporosis(tulang reput) berbanding lelaki. Jadi sangat penting untuk ambil kalsium setiap hari.

Vitamin D salah satu komponen di dalam pil Ostenutrix. Kandungan Vitamin D³ menggalakkan penghasilan hormon melatonin sekali gus mampu melancarkan kitaran waktu tidur anda, penting untuk fasa premenopause membantu tidur yang lebih lena. Bila makin berusia perubahan hormon membuatkan kadang-kadang wanita mengalami imsomnia susah nak tidur malam. Vitamin D juga bantu mengurangkn risiko kanser dan sakit jantung 

Magnesium penting untuk keseimbangan hormon seperti estrogen, progesteron dan tiroid. Ia bagus diamalkan bagi mengurangkan stress. 

Kesimpulannya, wanita tunggak rumahtangga. Perlu sihat dan cergas, usia bukan alasan. Amalkan pemakanan sihat, senaman dan suplemen vitamin yang betul. 

Nak dapatkan harga istimewa dan konsultasi percuma bagi vitamin untuk wanita, sila klik link di bawah 


Hubungi saya untuk maklumat lanjut. 

Tinie Badri

ID : 927505

(Key Coordinator)

WhatsApp ;

6012-2812952

atau;

E-mail

hartini.badri@gmail.com


Pengguna tegar produk Shaklee sejak 2013.

Aktif sebagai Pengedar Shaklee di Malaysia sejak 2013 hingga sekarang.

Berpusat di Puncak Alam Selangor dan mempunyai rangkaian niaga di seluruh Malaysia.

Servis penghantaran 'by hand' ke kawasan berhampiran.

J&T/Pos Laju/Gdex ke seluruh Malaysia.

Pos ke Singapore, Brunei dan lain-lain juga disediakan.






Monday, August 14, 2023

Agen Shaklee COD Puncak Alam Selangor

Mencari agen Shaklee yang boleh COD Shaklee di Puncak Alam, Desa Coalfield, Puncak Perdana, Saujana Utama? 
Ye saya ada di sini. 
Saya Tinie Badri merupakan Business Leader Shaklee sejak 2013. 


Saya menjalankan bisnes Shaklee ni secara fulltime. Saya juga mempunyai rangkaian pengedar di seluruh Malaysia. 
Istimewanya group kami sering mengadakan kelas nutrisi bersama pihak Shaklee samada online atau bersemuka. Dengan ilmu yang diberikan oleh pakar nutrisi Shaklee, dapat membantu kami untuk guide customer dengan baik.

Jangan malu segan untuk hubungi saya untuk mendapatkan khidmat rundingan ingin tahu produk kesihatan mana yang sesuai untuk masalah anda. Atau nak dapatkan produk Shaklee COD kawasan Puncak Alam dengan cepat. InsyaAllah saya sedia membantu.

Sila hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa. 
Klik saja link ini NAK BELI SHAKLEE

Bagi mereka yang di luar kawasan, jangan risau anda juga boleh hubungi saya. Penghantaran pos ke seluruh Malaysia. Nak daftar ahli untuk dapatkan harga Super Istimewa. Hubungi saya 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...