Saturday, October 28, 2017

Tips Bagi Mengelakkan Masalah Angin Pedih Ulu Hati Ketika Hamil

Masalah angin atau pedih ulu hati ketika hamil buat ibu rasa sangat sakit dan tidak selesa.
Bagaimana nak menangani masalah angin bagi wanita hamil. Masalah kejadian angin di dalam perut semasa mengandung adalah perkara biasa. Namun oleh kerana tidak tahan dengan rasa ketidak selesaan ibu seharusnya kenalpasti punca dan ketahui bagaimana untuk mengelakkannya daripada berulang.



masalah pedih ulu hati ketika hamil

Bagaimana Masalah Angin, Pedih Ulu Hati Ketika Hamil Berlaku?
Bila masalah angin ini berlaku, bahagian ulu hati (hiatus hernia) akan terasa pedih. Ini disebabkan oleh pengaliran cecair berasid dari dalam perut ke bahagian esophogus. Ia menjadi semakin teruk bila usia knadungan meningkat. Walaupun begitu, ia tidaklah memberikan kesan buruk kepada bayi di dalam kandungan. Jadi ibu tidak perlu bimbang.



 Tips Bagi Mengelakkan Masalah Angin Pedih Ulu Hati Ketika Hamil

  • Sebaiknya elakkan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak
  • Elakkan makanan yang bergoreng atau mengandungi herba.
  • Elakkan makanan berempah dan pedas.
  • Sekiranya anda merokok, cubalah untuk kurangkan atau berhenti terus
  • Jangan membongkok atau baring selepas makan
  • Sekiranya ia sering berlaku pada waktu malam, ambil segelas air sebelum tidur
  • Sebaik-baiknya tidur dengan menaikkan sedikit badan anda (contohnya dengan meletakkan bantal lain di bahagian belakang
Suplemen Yang Selamat Yang Dapat Membantu Masalah Angin Dan Pedih Ulu Hati Ketika Hamil



Ostemarix- pil kalsium yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D ini dapat membantu meneutralkan asid yang berlebihan di dalam badan


Peppermint Ginger Plus - mengandungi herba pudina, halia yang dapat melegakan ketidakselesaan perut


ESP - minuman protein soya ini bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid. Membantu membina sel-sel baru menggantikan sel yang telah rosak dihakis oleh asid.



Anda boleh klik di sini untuk pembelian SET PEDIH ULU HATI KETIKA HAMIL
Pembelian boleh melalui pembayaran Kad Kredit atau Kad Debit.


 Set Pedih Ulu Hati.


ATAU 
https://mohkitasihat.blogspot.my/p/daftar-ahli-di-sini.html


 HUBUNGI
 Pengedar Sah Shaklee Tanjung Malim Perak : 
Tinie Badri (Shaklee ID 927505)

012-2812952.  (whatsapp /sms)

hartini.badri@gmail.com (e-mail)

COD Shaklee: Tanjung Malim, Manjung
PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK
Anda nak buat BISNES SHAKLEE? Sila hubungi saya. 

GROUP KAMI MEMANG SANGAT BEST!!

Tuesday, October 17, 2017

11 TIP ATASI MASALAH RESDUNG

Jika hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus, berkahak (terutama pada waktu pagi) serta mata berair? Jika Ya, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan rapi kerana anda mungkin menghadapi masalah resdung atau sinusitis.Tanpa kita sedar persekitaran kita menjadi punca masalah resdung ini menjadi lebih teruk. Menurut pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu. Kegagalan merawat alahan itu membawa kepada gejala resdung dan penyakit yang lebih bahaya di dalam rongga sinus. Sekiranya dikesan resdung dalam keadaan kritikal anda mungkin terpaksa menjalani pembedahan malah mungkin membawa kepada penyakit yang lebih serius seperti barah.


cara merawat resdung
 LANGKAH UNTUK MENGATASI RESDUNG
Berikut merupakan langkah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah alahan resdung


  1. Elakkan membela haiwan peliharaan berbulu di dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing
  2. Elakkan menggunakan kain selimut yang diperbuat daripada bulu binatang, sebaliknya gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan sintetik (tiruan)
  3. Elakkan daripada menggunakan tilam dan bantal yang diperbuat daripada bulu haiwan. Selalu basuh sarung tilam/ bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  4. Gunakan pembersih hampagas yang baik dan mempunyai penapis yang baik.
  5. Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang diperbuat daripada fabrik berbulu
  6. Berhat-hati bagi pengguna katil bawah sebab anda akan menyedut segala habuk daripada tilam di atas
    CARA SEMBUHKAN RESDUNG
  7. Selalu basuh tuala, pakaian dan sebagainya sehingga bersih dan segar
  8. Simpan pakaian dalam almari yang bertutup dan elakkan penggunaan langsir yang berat dan banyak kain.
  9. Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan/peralatan rumah
  10. Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah dan perabot
  11. Jangan mengambil makanan yang anda alah padanya.

Cuba elakkan 11 perkara ini jika anda nak elakkan gejala resdung. InsyaAllah dapat membantu.

BACA SETERUSNYA
 CARA MENGUBATI RESDUNG CEPAT SEMBUH SEMUDAH A B C !



Sunday, October 15, 2017

TIPS ELAKKAN PENYEBAB KANSER DI RUMAH

Kanser merupakan antara penyakit yang digeruni buat masa kini. Kanser menyumbang sebanyak 13.56 peratus kematian di Malaysia tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.Tanpa kita sedar ada beberapa amalan yang menjadi penyebab kanser termasuklah amalan di rumah. John Hopkins University di Amerika Syarikat telah menyarankan beberapa panduan untuk pencegahan kanser yang bermula di rumah.




Antaranya ialah

  1. Tidak memanaskan makanan yang dibungkus dengan plastik di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini kerana plastik boleh melepaskan dioksin yang dianggap racun di dalam tubuh.

  2. Tidak memasukkan botol plastik berisi air ke dalam peti simpanan beku. Menurut Dr Edward Fujimoto, botol plastik berisi air yang dibekukan akan melepaskan dioksin ke dalam air.
  3. Tidak menggunakan bekas plastik untuk memanaskan makanan di dalam ketuhar gelombang mikro. Anda disarankan untuk menggunakan bekas seramik atau "tempered glass" (kaca yang telah melalui proses pemanasan untuk memanaskan makanan.
  4. Aditif Makanan. Jauhi makanan yang mengandungi bahan tambahan makanan, pewarna, pewarna, perasa, penstabil, lemak palsu, gula buatan dan pengawet.

  5. Awasi Produk Penjagaan Peribadi. Racun-racun ini bersembunyi dalam pandangan biasa di rak dan di dalam laci bilik mandi anda. Senarai bahan-bahan toksik termasuk pelindung matahari, sabun, syampu, detergen dan-seperti yang dinyatakan sebelum ini termasuk ubat gigi. Sodium lauryl sulfate adalah degreaser biasa yang digunakan secara praktikal bagi setiap sabun, syampu dan ubat gigi di pasaran hari ini. Kompaun ini telah digunakan dalam kajian untuk mendorong mutasi bakteria dan merengsakan kulit. Ia juga menunjukkan boleh memasuki
    jantung, hati, paru-paru dan otak daripada sentuhan kulit dan telah terbukti mengekalkan tahap sisa sekali di dalam organ ini.
  6.  Akhir-akhir ini pelbagai bahan kosmetik dan produk penjagaan wajah bagi memutihkan dan mencerahkan berada di pasaran. Tanpa kita sedar, dalam keghairahan ingin kelihatan cantik di mata manusia kita membahayakan nyawa kita. Antara bahan toksin yang merbahaya yang biasa ada dalam kosmetik seperti  Paraben, Lead, Aluminium, Formaldehyde, Toluene, Triclosan.






 Mencegah lebih baik dari mengubati, Sama-samalah kita elakkan penyebab kanser di rumah ini.




Wednesday, October 11, 2017

Leptospirosis Kencing Tikus: Pengalaman Merawat Penyakit Kencing Tikus

Kencing tikus bahaya. Tu persepsi pertama bagi saya bila baca berita di akhbar tentang  beberapa kematian disebabkan  kencing tikus. Selebriti Din Beramboi dan Izwan Pilus adalah antara yang meninggal dunia mengejut disebabkan kencing tikus. Jadi bila adik saya sendiri yang didiagnos doktor kena penyakit kencing tikus ni Allah je yang tahu betapa risaunya hati ini. 
kencing tikus

Sebelum saya kongsikan pengalaman yang diceritakan oleh adik saya bekas pesakit penyakit kencing tikus ini. Saya kongsikan sedikit info mengenai apa itu penyakit kencing tikus, Simptom-simptom penyakit kencing tikus, bagaimana untuk mencegah dari terkena penyakit kencing tikus, komplikasi atau akibat daripada penyakit kencing tikus dan apakah tindakan jika mengalami simptom kencing tikus ini. 

TANDA KENCING TIKUS

Ini kisah pengalaman adik saya sendiri kena penyakit kencing tikus. 

TANDA KENCING TIKUS
Sebelum ni saya hanya pernah dengar tentang kencing tikus di berita dan saya tak sangka saya akan menjadi salah seorang yang mengalaminya. Kisah ni pada tahun lepas sekitar Ogos. .Pada mulanya saya berak darah lebih kurang dalam seminggu. Saya tak fikir ia sesuatu yang serius. Sebab saya tak ada sakit apa-apa. Kemudian lepas seminggu baru datang gatal-gatal badan, badan rasa lemah dan sakit kuat sangat di bahagian belakang. Rasa bisa-bisa badan. .Saya mula demam kebah, demam kebah dan saya cuba bertahan dua hari. Hari ketiga saya dah tak mampu tahan sakit sangat. Masa tu jam 4 pagi Subuh saya beritahu isteri dan isteri saya bawa saya ke hospital bahagian kecemasan. Saya diletakkan di katil kritikal dan dimasukkan air 8 botol. Masa tu tekanan darah terlalu rendah. Saya diletakkan di bahagian kecemasan lebih kurang 5 jam. Kemudian saya terus dihantar ke wad ICU. 
KENCING TIKUS PEMBUNUH SENYAP
.Di sini saya diberitahu saya kena  virus KENCING TIKUS. Ahli keluarga semua risau, yela kan KENCING TIKUS ni orang cakap PEMBUNUH SENYAP. Ia boleh menyerang fungsi organ lain macam buah pinggang, jantung, paru-paru dan sebagainya. Juga boleh mengakibatkan kematian mendadak. Mau tak risaunya. Semua risau terutama mak saya. .
RAWATAN DI ICU
Di sini ICU saya dipantau rapi. Masa ni saya rasa sakit dada, muka bengkak, nak tidur pun tak selesa dan memang tak berdaya rasanya. Hati terubat bila ramai ahli keluarga, jiran-jiran dan sahabat yang datang melawat. .
SUPLEMEN YANG DIAMBIL UNTUK MEMBANTU KUATKAN IMUN PESAKIT KENCING TIKUS
Saya ditahan di ICU selama dua hari. Masa hari kedua tu kakak saya datang dari Tanjung Malim hantarkan Vivix dan Nutriferon. Kali pertama dia bagi saya minum Vivix di katil ICU, dia bancuhkan ke dalam air botol. Merah. Pekat. Macam air sirap. Kakak saya pesan makan jugak Nutriferon yang diberi dalam bentuk sachet tu. Saya tuangkan je ke dalam mulut. .Selepas keluar dari ICU saya diletakkan di wad biasa selama 6 hari. Isteri saya terus berikan vitamin setiap hari. Alhamdulillah badan pun cepat rasa sihat dan segar. Hari ketujuh tu saya dah boleh teruskan kerja saya macam biasa. Terkejut geleng kepala group famili Tok Noi bila saya hantar gambar dah atas bot pada hari ketujuh tu. Alhamdulillah syukur sangat.


.Kakak saya beritahu vitamin yang diberi tu dapat membantu menguatkan imun badan saya melawan jangkitan virus dan bakteria dan memberi tenaga pada sel badan saya. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua ahli keluarga dan sahabat yang mendoakan. Terima kasih Shaklee.SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4TESTIMONI 45 : MOHD AMIRUL BIN BADRI

Syukur Alhamdulillah saya pun lega sangat bila tengok dia sihat. Ye la dia orangnya sangat aktif bila tiba-tiba jatuh sakit memang semua orang terkejut. Kena pulak penyakit yang jika tidak dirawat dengan betul boleh menyebabkan kematian. Nauzubillah. 

Bagi mereka yang ada ahli keluarga atay sahabat yang kena penyakit kencing tikus cubalah ikhtiar berikan yang terbaik. Set Penyakit Kencing Tikus ini bagi menguatkan imun badan seterusnya membantu melawan virus kencing tikus. 

TIPS RAWAT DENGGI



Dapatkan Set Penyakit Kencing Tikus sekarang.

Anda boleh klik di sini untuk pembelian 


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=26c5553872d3a2e9df90b8f8ffb615c5


ATAU 
https://mohkitasihat.blogspot.my/p/daftar-ahli-di-sini.html


 HUBUNGI
 Pengedar Sah Shaklee Tanjung Malim Perak : 
Tinie Badri (Shaklee ID 927505)

012-2812952.  (whatsapp /sms)

hartini.badri@gmail.com (e-mail)

COD Shaklee: Tanjung Malim, Manjung
PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK
Anda nak buat BISNES SHAKLEE? Sila hubungi saya. 

GROUP KAMI MEMANG SANGAT BEST!!


Monday, October 9, 2017

Luka Czer Terbuka & Berdarah Kembali, Apa Nak Buat Supaya Luka Cepat Sembuh


Bila bersalin secara czer dan luka czer terbuka dan berdarah kembali itu memang menakutkan. Pengalaman saya bersalin czer setiap hari  nak melihat luka pembedahan dengan harapan janganlah tempat luka itu berdarah atau bernanah. Jika luka bersalin czer itu bernanah itu lagi membimbangkan. Mari kita ikuti kisah ibu muda ini bagaimana beliau berhadapan dengan luka bersalin yang berdarah kembali.  



Assalamualaikum w.b.t. Saya Nurainy bte Md Jali merupakan ibu kepada seorang cahaya mata iaitu Ammar Izzariel  bin Mohamad Izat. Kisah Anie jatuh hati dengan Shaklee bermula selepas lahirkan anakanda tercinta.
PENDARAHAN LUKA PEMBEDAHAN PADA HARI KESEMBILAN
Semasa dalam tempoh berpantang hari yang kesembilan, Anie diduga mengalami pendarahan pada luka pembedahan. Setiap pergerakan menyebabkan darah keluar daripada luka jahitan tersebut. Risau keadaan menjadi lebih serius, suami Anie pun membawa ke hospital. Hasil pemeriksaan doktor, tiada apa-apa yang serius dan minta supaya Anie pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan untuk cuci luka tersebut pada setiap hari selama seminggu.
SUPLEMEN YANG MEMBANTU LUKA CEPAT KERING
Setelah hampir seminggu masih lagi terdapat darah yang keluar dari luka tersebut tetapi hanyalah sedikit sahaja. Walaupun sedikit Anie tetap risau. Mulalah mencari penawar untuk luka sembuh. Selepas banyak yang Anie jumpa dalam Google, Anie buat keputusan untuk membeli Vita-Lea, ESP dan Sustained Released Vita-C Plus. Bermula dari kisah itu Anie pun mendaftar sebagai ahli. Alhamdulillah dalam satu minggu konsisten pengambilan kesemua suplemen dan vitamin itu, luka pembedahan Anie jadi kering dan beransur pulih. Tiada lagi pendarahan
.
luka bersalin czer bernanah.
Kemudian, Anie mula menambah koleksi suplemen dan vitamin yang lain iaitu Alfalfa Complex, Ostematrix, Omega Guard dan B- Complex sehinggalah lengkap Set Penyusuan Anie. Alhamdulillah, asbab pengambilan set ini susu jadi pekat dan meriah. Anak cepat kenyang dan jarang sangat meragam. Jika waktu bekerja Anie akan menjalankan dua sesi untuk mengepam susu untuk pastikan bekalan susu anak sentiasa cukup. Alhamdulillah sepanjang dua tahun berjaya menyusukan anak tanpa putus bekalan. Walaupun hakikatnya terdapat pelbagai halangan yang mendatang.
.
BONUS, SUSU IBU BERTAMBAH BANYAK DAN PEKAT
Pengambilan ESP setiap pagi menjadikan susu lebih pekat, apabila pekat anak akan rasa cepat kenyang. Miss B pun cepat penuh tau sepanjang pengambilan set lengkap menyusu ini. Bonus yang Anie perolehi ialah berat kembali seperti sebelum hamil. Inilah #shakleeeffects yang Anie alami. Kesemua ini membuatkan Anie mendapat bekalan tenaga yang berpanjang serta kekal aktif sepanjang hari.
.

Hinggalah sekarang, Anie masih lagi mengamalkan pengambilan suplemen dan vitamin Shaklee tersebut pada setiap hari walaupun pada 11 September 2017 Anie telah berjaya menyusukan penuh Ammar Izzariel tanpa tambahan susu formula. 
.

Alhamdulillah terima kasih Allah dan Shaklee sebab membantu Anie dalam mengekalkan tahap kesihatan yang baik dan melengkapkan nutrisi untuk tubuh badan. Anie dah alami #shakleeeffects, anda bila lagi?

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 38 : NURAINY MD JALI

Bagi mereka yang mengalami masalah yang sama seperti Puan Anie. Boleh hubungi Kaktinie untuk konsultasi di talian 012-2812952 

Anda boleh klik di sini untuk pembelian 



 Set Berpantang Lengkap.


ATAU 
https://mohkitasihat.blogspot.my/p/daftar-ahli-di-sini.html


 HUBUNGI
 Pengedar Sah Shaklee Tanjung Malim Perak : 
Tinie Badri (Shaklee ID 927505)

012-2812952.  (whatsapp /sms)

hartini.badri@gmail.com (e-mail)

COD Shaklee: Petronas Tg Malim
PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK
Anda nak buat BISNES SHAKLEE? Sila hubungi saya. 

GROUP KAMI MEMANG SANGAT BEST!!



.

Friday, October 6, 2017

Pengedar Shaklee Slim River Yang Paling Best

Bagi mereka yang ingin cod Shaklee Slim River Perak saya di sini sedia membantu. Khas untuk warga Slim River Perak 
Malah saya juga boleh cod Shaklee Behrang dan Tanjung Malim. 


Semalam saya berkesempatan cod Shaklee di Hospital Slim River. Alhamdulillah beliau memang peminat setia Vivix. Memang takkan  lepaskan peluang bila ada promosi Vivix.  



Antara khidmat yang saya boleh berikan kepada anda sebagai pengedar Shaklee kawasan Slim River, Perak ialah :

1) Penghantaran secara percuma produk Shaklee terus ke pintu rumah anda atau boleh juga set lokasi cod Shaklee di kawasan yang mudah 

2) Konsultasi secara berhadapam (face to face) supaya kesan yang lebih positif diperolehi

3) Memberikan bimbingan kepada mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan dalam bisnes Shaklee

4) Kepakaran dalam Kesihatan dan Kecantikan  Wanita, Kesihatan Lelaki, Nutrisi Ibu Hamil dan Nutrisi Ibu Berpantang.

Oleh itu, orang-orang Slim River Perak,jangan lepaskan peluang untuk dapatkan produk Shaklee daripada pengedar Shaklee Slim River, Perak ini. InsyaAllah.  Servis dan konsultasi saya yang paling tip top diberikan khas untuk mereka yang membeli dan menjadi ahli bawah saya. 

Hubungi saya sekarang supaya anda tidak terlepas peluang mendapatkan konsultasi terbaik ini.

Hartini Badri
0122812952

Thursday, October 5, 2017

Tangan Kebas-Kebas, Tangan Sakit Mencucuk Bagai Ada Aliran Elektrik

Pernah tak mengalami simptom seperti kerap tangan kebas-kebas, rasa semut-semut, tangan sakit mencucuk bagai ada aliran elektrik, dan hendak menggenggam tangan pun tidak boleh. Itulah yang dirasai oleh Ibu muda kepada tiga orang cahaya mata ini. Mari kira selami pengalaman kisah benar ini.

ubat tangan kebas mencucuk

Assalamualaikum saya Azalin Adzhar , lebih mesra jika dipanggil Lin.  Lin seorang ibu kepada 3 orang cahayamata . 

Pada pertengahan usia Lin 20an Lin kerap alami masalah semut-semut tapi ia datang dan pergi.  Rasa semut-semut tu tidak pernah  mengganggu aktiviti harian Lin. Jadi Lin tak ada lah rujuk kemana-mana doktor. 
.

Sampailah pada tahun 2011 ketika usia anak  kedua Lin lebih kurang 4 bulan.  Setiap kali  bangun pagi tangan kanan Lin tak boleh bergerak,  jari-jari tangan jadi kaku tapi lepas dipicit beberapa kali Alhamdulillah ok.  Mula-mula ingin biasa je, sampailah satu hari tu tangan kanan sakit sangat  rasa macam  ada aliran letrik, mencucuk-cucuk dan sukar nk digerakkan. Kebiasaannya dia terjadi waktu malam masa tengah nyenyak tidur.  Bayangkan sakitnya boleh buat Lin  terjaga dari tidur. Sejak tu boleh dikatakan setiap hari Lin menangis tengah-tengah malam menahan sakit.  Semakin hari semakin sakit. 
.

Sakitnya bukan setakat tu je,  Lin kalau menulis pun hanya mampu tulis 2 atau 3 patah perkataan.  Kalau pegang sudu atau apa-apa pun hanya untuk beberapa saat je. Hujung-hujung akan rasa mencucuk-cucuk dan jari tak mampu nak pegang apa-apa.  Belum bab dukung anak, setiap kali nak dukung anak Lin mesti anduh dengan kain.  Ya Allah takutnya kalau anak terlepas.
.

Lin ada juga pergi mengurut,  rendam tangan dengan air suam tapi keadaan sama juga.  Sakitnya tak hilang malahan ia makin sakit. Lin ambil keputusan  pergi ke HKL buat pemeriksaan.  Ujian darah,  xray semua kena buat dan lin terus dirujuk ke pakar tulang atau ortopedik.  Mula-mula doktor jangkakan lin ada masalah rheumatoid arthritis atau  carpal tunnel. Alhamdulillah dari ujian darah lin bebas dari kedua-duanya.  Doktor kata saraf lin mengeras dan melekat antara  satu sama lain.  Sejak dari tu lin diarahkan jalani rawatan fisioterapi dan dibekalkan dengan vitamin B dan panadol sebagai ubat tahan sakit.  
.

Ada satu hari tu Lin cerita dengan kawan pasal sakit Lin ni,  dia cadangkan supplement shaklee. Dia cadangkan lin makan B COMPLEX dan OSTEMATRIX.  Demi untuk sihat lin keluarkan  belanja sendiri beli supplement tu,  lagipun B Complex shaklee tak berbau jika dibandingkan dengan vitamin B hospital.  Tekak Lin memang susah sikit nak telan bau  vitamin B hospital.  
.
ubat kebas tangan

Hampir setahun setengah Lin buat fisioterapi dan makan B Complex serta Ostematrix. Alhamdulillah  tangan Lin sekarang  boleh menggenggam dan lakukan aktiviti harian seperti biasa. Senaman tangan pun lin masih lakukan setiap pagi dan petang sampai sekarang.  Tak sanggup rasanya untuk lalui kesakitan dulu lagi sekali.  
.

Bagi anda yang ada masalah semut-semut atau kebas-kebas boleh usaha dengan mengamalkan pengambilan B complex dan Ostematrix.  Dari penjelasan doktor masalah yang Lin hadapi berpunca dari masalah semut-semut yang dipandang  ringan.

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 23 : AZALIN ADZHAR


Jika anda mengalami masalah yang sama dan ingin dibantu seperti Puan Lin, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. 

Tinie Badri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...