LANGKAH UNTUK MENGATASI RESDUNG
Berikut merupakan langkah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah alahan resdung
- Elakkan membela haiwan peliharaan berbulu di dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing
- Elakkan menggunakan kain selimut yang diperbuat daripada bulu binatang, sebaliknya gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan sintetik (tiruan)
- Elakkan daripada menggunakan tilam dan bantal yang diperbuat daripada bulu haiwan. Selalu basuh sarung tilam/ bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
- Gunakan pembersih hampagas yang baik dan mempunyai penapis yang baik.
- Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang diperbuat daripada fabrik berbulu
- Berhat-hati bagi pengguna katil bawah sebab anda akan menyedut segala habuk daripada tilam di atas
- Selalu basuh tuala, pakaian dan sebagainya sehingga bersih dan segar
- Simpan pakaian dalam almari yang bertutup dan elakkan penggunaan langsir yang berat dan banyak kain.
- Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan/peralatan rumah
- Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah dan perabot
- Jangan mengambil makanan yang anda alah padanya.
Cuba elakkan 11 perkara ini jika anda nak elakkan gejala resdung. InsyaAllah dapat membantu.
BACA SETERUSNYA
CARA MENGUBATI RESDUNG CEPAT SEMBUH SEMUDAH A B C !
No comments:
Post a Comment