Tuesday, May 17, 2016

Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Al Haramain Global Tours andServices Sdn.Bhd

Assalamualaikum
Apa khabar hari ni? Didoakan kalian sihat hendaknya. Oke hari ni saya nak kongsikan satu cerita yang dah lama sangat saya nak cerita. Bukan apa masa saya nak memilih agensi umrah yang terbaik mengikut keperluan kami tempohari saya cari maklumat di google tentang pengalaman jemaah tak banyak sangat dengan Al Haramain Global Tours and Services Sdn Bhd ni. Bukan tak ada cuma tak banyak. Jadi bila saya pergi dan nikmati perjalanan umrah yang sangat memuaskan hati, saya cakap pada hati saya perlu kongsikannya di sini. Tambahan pula kejap tadi ada yang pm bertanyakan pengalaman umrah saya bersama agensi ini. Jadi saya lengkapkan entry yang tersadai di "Draft" folder ini.

Al Haramain Global
Penghujung tahun lepas kami 6 orang sekeluarga berhajat ingin menunaikan umrah. Suami saya berperanan mencari agensi umrah yang terbaik sesuai dengan keperluan kami yang mana ibu mertua saya memakai wheel chair dan saya juga bawak anak sulung yang berumur 7tahun . Jadi suami saya listkan 3 agensi umrah yang menepati beberapa kriteria yang kami inginkan. Ada 3 agensi yang kami shortlisted iaitu UTAS, Andalusia dan Al-Haramain ni. Suami saya bandingkan jarak hotel, harga, umrah berapa kali, penerbangan mana dan beberapa ciri tambahan.
Pejabat Al-Haramain ni dekat je dengan kami iaitu di Bidor Perak dan ianya dicadangkan oleh kawan sekerja saya yang baru balik menunaikan umrah dengan keluarganya. Alhamdulillah setelah menyenaraikan maklumat-maklumat penting ketiga-tiga agensi ini dan setelah istikharah kami memilih Al-Haramain. Ramai kawan-kawan bila tanya pergi dengan agensi mana memang terpinga-pinga sebab tak pernah dengar. Ianya agensi yang tak sebesar dan sepopular UTAS, Andalusia tetapi saya yakin InsyaAllah ia mampu pergi sejauh agensi-agensi yang besar.

Antara yang membuatkan kami sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi ini adalah.

1)Penginapan dekat dengan Masjidilharam dan dekat dengan Masjid Nabawi. Alhamdulillah dekat sangat. Di  Madinah hotel kami kurang 100meter dari Masjid Nabawi. Allahuakbar dekat sangat dengan pintu 26, pintu wanita. Dan lif pun banyak juga. Lif penting jugak hotel ni sebab jemaah ramai kan. Kalau sikit lif dengan keadaan kita yang ada pakai wheelchair, jadi lambat juga la pergerakan ke masjid tu.

Al Haramain Global
Semasa dalam perjalanan ke Mekah kami dimaklumkan hotel yang sepatutnya kami duduk tiba-tiba pihak hotel cancel.Jadi kami duduk di hotel yang agak jauh kata Mutawif. Bila dapat berita itu, kami semua diam, dalam hati beristighfar banyak-banyak dan mohon moga Allah permudahkan.

Dalam Perjalanan ke Mekah
 Sekali Allahuakbar kami duduk di Al-Saraya Hotel. Yang jaraknya lebih kurang 180meter saja dari Masjidil Haram. Takde lah jauh sangat,dari depan hotel boleh nampak Masjidilharam jalan pun elok tidak berbukit-bukit. Jadi bila tolak wheelchair mak dan stroller anak tu jalan sangatlah elok dan dekat. Rupanya semasa di Masjidil Haram saya terjumpa jemaah dari Malaysia yang katanya hotel mereka pun tiba-tiba cancel, dan dia mengeluh kerana mereka dapat hotel yang jauh jaraknya 1kilometer tidak seperti yang dijanjikan dekat dengan masjid. Harga pakej sama. Terserlah muka keletihan dan kesal pada wajahnya, Saya hanya mampu sabarkan dia dan minta banyakkan zikir dan berdoa.Penting jarak dekat hotel kerana ibadah kita ni banyak gunakan kudrat kaki, tawaf saie contohnya, jadi bagi yang tidak berdaya jika jarak terlalu jauh akan mengganggu ibadah yang ingin dilakukan.

Al Haramain Global



2)MUTAWIF YANG BERPENGALAMAN, banyak bersabar dan santun melayan para jemaah terutama warga tua dan kanak-kanak. Kami selalu diberikan taklimat dan tazkirah dari masa ke semasa. Sebarang kemusykilan boleh ditanyakan pada mutawif. Mutawif kami pada masa itu, Tenagar pengajar Tahfiz di  Tapah Ustaz Siddiq dan seorang lagi mutawif penduduk di Mekah sendiri yang fasih berbahasa Melayu, Ustaz Abd Ghani. Mutawif bijak menangani masalah. Semasa di sana ada juga jemaah yang sakit yang perlu ke hospital mendapatkan rawatan. Alhamdulillah semuanya teratur.

Berkelah Nasi Mandy di R&R Saudi semasa perjalanan ke Makkah. Agensi belanja tau
3)5 KALI UMRAH DENGAN MIQAT YANG BERBEZA. Kebiasaaanya agent hanya menawarkan 3 kali umrah dengan 3 miqat dan jika ada jemaah nak buat lebih kena keluarkan belanja sendiri untuk ke Miqat. Al Haramain menawarkan 5kali umrah percuma dengan miqat berbeza dan Setiap Miqat ada sejarah tersendiri. Alhamdulillah seronok sangat mengenali miqat yang berbeza ini.

Dan biasanya apabila nak ke miqat akan diselitkan juga program ziarah. Kebanyakan tempat yang jemaah umrah pergi memang kami pergi juga. Cuma yang lainnya kami ada ziarah ke Thaif. Yang ini program tambahan dan kami juga perlu membayar tambahan 50riyal seorang. Kami semua bersetuju dan teruja nak pergi.Jaraknya lebih kurang hampir dua jam dari bandar Mekah. Thaif bandar yang maju dan cantik, tempatnya sejuk lebih kurang macam Cameron Highland. Di sini kami singgah membeli buah-buahan segar yang murah . Kami juga singgah solat di sini. Mengenangkan di sinilah Rasulullah pernah pergi berdakwah dan ditolak oleh penduduk Thaif. Malah Kekasih Allah ini dilontar dengan batu-batu sehingga berdarah. Memang menangis dengar kisah ni bila mutawif bercerita di dalam bas. Tragisnya, dan sepanjang perjalanan dakwah Rasulullah tu cuma seorang sahaja yang mengakui keimanannya kepada Allah iaitu tukang kebun di ladang anggur tempat Rasulullah singgah berehat. Eh maaf tercerita panjang pulak bab ni. Oh ye kami kenduri makan nasi Arab ddengan bentang tikar je masa ni. Sebab kedai yang kami beli makanan tu hanya lelaki je dibenarkan masuk. :) seronok kenangan ni. Oh ye kalau beli nasi Arab beli satu je untuk makan dua tiga orang, portion nya sangat banyak memang tak habis makan seorang.



4. Point ni antara salah satu sebab harga pakej ni agak mahal berbanding pakej lain. PENERBANGAN SELESA BERSAMA EMIRATES AIRLINES. Memang selesa, tempat duduk yang luas dengan skrin paparan yang buatkan anakku ini tak bosan dengan penerbangan yang panjang. Kami transit di Dubai dalam perjalanan balik selama 6jam. Yang menariknya diberikan voucher makanan untuk dibeli di airport nanti. Cerita details tentang bestnya Emirates ada saya ceritakan di sini  7 SEBAB PENGALAMAN TERBANG DENGAN EMIRATES AIRLINES SANGAT BEST


5. PIHAK SYARIKAT YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN MESRA.
Semasa kursus umrah dibuat kami dihidangkan dengan jamuan kambing golek.
Tak tahu la pulak kalau kebetulan waktu tu owner ada berniat ke apa.😄 tapi agak besar la kendurinya. Kursus juga diadakan dengan santai tetapi penerangannya jelas oleh Ustaz Hj. Mohd Fadzli bin Azmi.

Dan yang menarik perhatian kami, pemergian kami turut diringi pemilik agensi, isteri dan ibubapanya semasa di airport. Mereka jumpa jemaah umrah, bermesra dan bersalaman sambil mendoakan kami. Masa balik pun pemilik agensi ni ada sambut kami. Terasa ukhwah nya di situ.
Bersama mutawif di Mekah Ustaz Abd Ghani yang mesra kanak-kanak

Pemergian diiringi doa dan salaman mesra dari keluarga dan kakitangan agensi
6. GROUP YANG KECIL. Ye jemaah kami tak sampai 30orang dengan hanya 8 family dan hampir setiap family ada membawa seorang yang kurang upaya memerlukan bantuan wheelchair. Jadi hubungan lebih rapat, saling tolong menolong dan pengurusannya menjadi lebih mudah. Oh ye ada juga satu keluarga yang memilih pakej VIP. Mereka tinggal di hotel yang betul-betul depan masjid. Dan pengangkutan serta mutawif pun lebih personal dan istimewa. Kami sempat berkenalan dan beramah mesra dengan mereka.


Alhamdulillah kami sangat gembira dan berpuas hati dengan perkhidmatan agensi ini. Yang lebih penting dapat menunaikan umrah dengan selesa dan fokus. Ah rindu pula dengan suasana di Mekah dan Madinah. Moga ada rezki untuk ke sana lagi. Dan perlu diingat ini sekadar perkongsian jujur dari hati saya tanpa ada pengaruh dari mana-mana pihak. Dan sekadar setakat yang telah kami lalui, yang selepas-selepas inil wallahualam. Tetapi tengokkan bos dan staf syarikat ini insyaAllah boleh dipercayai.
Apapun, Saya sarankan untuk tuan/puan buat solat istikharah sebelum memilih mana-mana agensi. Solat hajat moga dipermudahkan perjalanan umrah tuan puan.

Ha ini beg umrah si penjual vitamin. Nanti saya ceritakan apa vitamin wajib bawak untuk kekal cergas beribadah semasa umrah dan selepas sekembalinya dari umrah. 


Update: 
Alhamdulillah saya telah dilantik oleh pihak Al Haramain sebagai agen untuk membantu tuan puan. 
Jika tuan puan bakal tetamu Allah berminat dengan pakej Umrah pihak kami, sila hubungi saya di talian 
Pn Tinie Badri  012-2812952 atau 
Tn Hj Rosdi 012-5171794
Keselesaan anda keutamaan kami. 

Oke sekadar ini perkongsian panjang lebar saya moga ada manfaatnya.

Rujuk entry ini juga: 

Rawat Resdung Yang Menjadi Punca Jerawat Kronik

Assalamualaikum. Semoga hari anda bertambah ceria hendaknya. 
testimoni jerawat kronik shaklee

Resdung antara salah satu punca jerawat kronik. Bagaimanakah cara untuk mengatasi dan mengubati masalah resdung dan jerawat kronik ini. Ha itu yang akan saya kongsikan pada hari ini. Jom kita ikuti kisah menarik ini.

Assalamualaikum..

Saya nak kongsikan pengalaman saya mengamalkan SET RESDUNG SHAKLEE. Sebelum ini, saya memang suka sangat mencuba pelbagai jenis kosmetik mencerahkan wajah yang dijual di pasaran.  Sehinggakan saya pernah mencuba 14 jenama kosmetik.

Selain itu, saya juga mengalami masalah resdung teruk yang menyebabkan gatal-gatal kulit muka dan berjerawat. Kesan daripada mencuba pelbagai jenis kosmetik dan masalah resdung, kulit wajah semakin teruk.

jerawat resdung jerawat batu

Pada penghujung 2011, kulit saya semakin teruk.
Selepas itu, saya mulai berpantang makan dan juga tidak mencuba apa-apa kosmetik. Saya hilang keyakinan diri dan juga rasa rendah diri bila berkawan. Saya malu untuk bertemu klien.

Kulit muka saya ditumbuhi jerawat yang banyak, dan bernanah. Adakalanya jerawat menjadi kebiru-biruan. Saya juga pernah mendapatkan rawatan kulit di sebuah klinik pakar kulit. Saya berhabis ratusan ringgit untuk masalah kulit ini. Tetapi tidak berhasil dan saya mulai jemu untuk mengulangi rawatan.

Selepas itu, saya memberanikan diri untuk mencuba satu jenama kosmetik tempatan. Kulit muka semakin pulih dan apabila saya berhenti menggunakannya, kulit muka ditumbuhi jeragat dan juga jerawat.

Selepas melahirkan anak sulung, saya mula kenal Shaklee. Apabila menggunakan Set Berpantang Shaklee, saya nampak perubahan pada kulit dan seterusnya mencuba SET RESDUNG iaitu ALFALFA COMPLEX, B COMPLEX, & VITAMIN C. Selain itu saya juga mencuba ENERGIZING SOY PROTEIN dan saya nampak kulit saya semakin sihat.

Parut jerawat kelihatan pudar dan kulit cerah sekata. Walaupun tidak mengalami perubahan yang drastik, tapi saya puas hati kerana jerawat susah nak tumbuh. Jika dahulu saya berpantang makanan laut, kini saya bebas makan apa sahaja menu makanan laut.

Kesan daripada penggunaan SET RESDUNG SHAKLEE :

1. Gatal-gatal kulit muka hilang
2. Pori-pori mengecil
3. Parut jerawat cepat pudar
4. Jerawat susah nak tumbuh
5. Kulit muka lebih lembut dan lembap
6. Keluar rumah tanpa mekap!

Saranan saya untuk remaja di luar sana, jangan terlalu taksub dengan kosmetik yang mencerahkan. Pilihlah jenama yang selamat dan semulajadi.

Rangkaian Shaklee pilihan saya dan berjaya menjadikan saya lebih yakin dengan kulit saya sekarang. Alhamdulillah.
-WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD

Jadi bagi mereka yang mengalami masalah seperti ini dapatkanlah rawatan dari sekarang. Hilangkan rasa tersiksa akibat kegatalan resdung itu dan pulihkan keyakinan diri anda. Iya saya maksudkan keyakinan diri, bila jerawat penuh satu muka ia memberi kesan pada keyakinan anda untuk tampil berkomunikasi dengan orang lain kan. Set Shaklee ini terbaik untuk anda cuba. Ikhtiarlah. Yang pastinya ianya berkesan dan SELAMAT.

Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Friday, April 22, 2016

10 Tips Jadi Juara Peraduan Supermom Shaklee Story

Assalamualaikum
Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria semua hendaknya. Ha hari ni nak kongsi cerita special. Nak beritahu pada korang kami telah memenangi Peraduan Supermom Shaklee Story Musim Pertama. Hadiah-hadiah yang disediakan sangatlah menarik. 



Yes! Alhamdulillah Juara memenangi hadiah Percutian 3 Hari 2 Malam di Bali. 



Alhamdulillah pastinya ia berkat sokongan undian dan doa dari semua. Terima kasih semua. Syukur banyak sangat like. Semoga Allah memberkati empunya jari-jari yang Like dan tonton video kami.

Honestly seingat saya, kami memang tak pernah pergi bercuti berdua dengan suami sejak ada anak ni. Last honeymoon memang masa lepas nikah hampir 8 tahun dululah. Entahlah memangnya rasa sukar sekali nak tinggalkan anak bila nak ke mana-mana. Mungkin inilah rezeki Allah lorongkan untuk kami berdua spend time bersama menguatkan lagi kasih sayang antara suami isteri. 

Pada mulanya kami memasuki peraduan hanyalah sekadar ingin berkongsi pengalaman. Walaupun cerita tentang suami sembuh Nephrotic Syndrom dengan ikhtiar Vivix dah saya kongsikan di blog dan FB tapi saya percaya medium peraduan ini adalah medium yang lebih baik untuk berkongsi pengalaman tentang penyakit ini. Ia menarik yang mana peringkat pertama berkongsi karangan cerita dan gambar. Opsss syarat utama mestilah kisah benar sahaja.  Manakala peringkat akhir berkongsi video. Dan yes! Terbukti perkongsian video itu lebih memberi impak dapat membantu ramai di luar sana yang mengalami masalah yang sama.

Anda nak menang hadiah menarik? Ini carta alir bagaimana nak join contest ni. 


Hari ini saya nak kongsikan tips bagaimana nak memasuki Peraduan yang diadakan ini. Dan bagaimana nak MEMENANGI PERADUAN INI.

1. Anda mestilah ahli Shaklee warga Supermom di bawah susur galur Master Hadhatina & Master Kamarul. Ataupun pelanggan yang belum ahli tetapi sudah membeli produk dengan ahli susur galur Supermom. Yer lah mestilah dah beli produk dan rasa kebaikan produk kan barulah boleh berkongsi testimoni. Korang customer saya yang belum jadi ahli pun boleh masuk tau.

2. Anda mestilah Like Page Facebook Supermom Shaklee Story. 

3. Opsss sebelum karang cerita, betulkan NIAT. Niatlah semoga perkongsian itu bermanfaat dan dapat membantu mereka di luar sana. Yer la bukan kita sorang ada masalah, ada sakit macam tu, bila orang baca.. Eh eh si polan macam ni la sakitnya. Ha kan nampak tak kita dapat pahala bantu orang kat situ . InsyaAllah. 

4. Karang cerita pengalaman anda menggunakan produk dengan teratur, bahasa melayu yang betul dan kemas.
 Isi cerita yang kemas dan mudah difahami. Ada permulaan, klimaks permasalahan dan akhir cerita. Juga kesimpulan. Alahhhh ingat baliklah karangan BM zaman sekolah dulu. Dapat "A" kan hihi.  

5. Cerita tidak terlalu panjang, tidak terlalu ringkas. Panjang sangat bosan kang orang baca kan 😂

6. Gambar sebelum dan selepas. Gambar dengan produk. Pastikan menarik.

7. Submit karangan dan gambar-gambar(tak perlu edit ye) kepada email : yoursupermom.office@icloud.com 

8. STUDY STRATEGI macam mana nak kumpul Like. Kumpul like di FB dan di Youtube memang ada bezanya. Dan of course Setelah cerita disiarkan, berkempenlah dengan sedaya mungkin. Kongsikan link di Facebook, di blog, Share dan share di medium-medium yang anda fikirkan dapat membantu orang untuk Klik dan Like. Yes itu paling penting. Tag nama kawan-kawan di post tu ye. Psttt JANGAN MALU!

9. Jaga silaturrahim. Tu penting. Senang bila anda nak hubungi saudara mara, kawan-kawan untuk bantu. Ucaplah terima kasih dan doakan mereka yang telah membantu. 

10. Doa dan tawakal. Anda kena berdoa dan mintak ibu, suami dan kawan-kawan doakan kejayaan anda. 

Oke saya rasa itu saja tips yang dapat saya kongsikan. Semoga beri manfaat pada semua. Tips yang lebih lebih tu of course saya kongsikan dengan ahli-ahli di bawah saya. Tips ni hanya berguna pada mereka yang benar-benar usaha.

Korang mesti masuk sebab hadiah kali ni sangatlah menarik. Meh meh tengok ni. Ni baru hadiah bulanan tau. 


Ni hadiah utama


Best sangat kannn!!! Baik korang masuk, Korang taknak masuk, saya masuk lagi kang hihihi... Psttt group kami ni memang best, sebab tu saya selalu ajak korang join group Shaklee kami ni. Daftar ahli dengan saya dan enjoyyy!! Income dapat, keseronokan dan kepuasan pun dapat. Oke lah akak nak packing barang nak ke Bali minggu depan. 

Oke itu saja, selamat berjaya!!! 




Sunday, April 3, 2016

GOUT PENYAKIT SENDI TERTUA DI DUNIA. PENGALAMAN PESAKIT GOUT YANG SEMBUH.

Gout!! Ouchh bunyinya pun menakutkan. Apabila diserang penyakit Gout ini, pesakit akan menderita dan perit menahan kesakitannya. Sebagai salah satu penyakit sendi yang tertua, ia juga dikenali sebagai `raja segala penyakit dan penyakit di kalangan raja.' Gout menyebabkan penghidapnya mengalami kesakitan yang amat sangat dan hilang upaya untuk bergerak.

Memang ramai tercari-cari apakah penawar gout yang boleh mereka ikhtiarkan. Oke sebelum saya kongsikan pengalaman mereka yang sembuh gout, saya kongsikan sedikit info tentang gout.



Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Tetap
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.



Gout jika tidak dirawat akan menjadikan keadaan lebih teruk dan anda berkemungkinan akan mengalami kerosakan sendi dan tidak berupaya untuk bergerak. Nasihat saya, ikhtiarlah untuk merawat penyakit gout anda ini.

BAGAIMANA SUPLEMEN VIVIX MEMBANTU PESAKIT GOUT
Vivix membantu pesakit gout dengan mengembalikan fungsi hati dan buah pinggang untuk menyingkirkan asid urik.Vivix suplemen yang tinggi antioksidan dan membantu melindungi organ badan dari rosak akibat terdedah pada radikal bebas. Vivix membantu memulihkan sehingga ke tahap sel dna.
Anda pasti ingin mendengar pengalaman mereka pesakit gout yang telah berikhtiar dengan Vivix kan. Disini saya kongsikan beberapa kisah untuk membantu anda


 Setelah mengambil Vivix dialisis dah  boleh skip dan GOUT PUN HILANG
gout vivix shaklee






Menderita gout berpuluh tahun, jalan sampai memapah dinding, painkiller dan ubat jadi peneman. Sejak makan Vivix Gout tiada menjengah lagi, ubat gout painkiller dah boleh tinggalkan. Dah boleh makan makanan kegemaran semula.
ubat gout terbaik


Asid urik suami telah turun dari 9.9 ke 7.6.
gout asid uric


Selepas makan Vivix, bila makan mee bandung yang ada kupang dan segala seafood, sampai rumah dan sehingga beberapa hari gout langsung tiada.
Tiada lagi simptom gout tumit sakit bila pijak.
ubat gout shaklee

Ini hanyalah sebahagian dari kisah mereka yang sembuh gout dengan Vivix. Jika anda ingin berikhtiar dengan Vivix dan merasai sendiri kesan baiknya produk ini anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.
Harga Runcit sebotol VIVIX (150ml)=RM503.50
Beli 2botol pada harga ahli yg ISTIMEWA : RM765.32
Percuma Keahlian, 
Percuma penghantaran ke seluruh Malaysia
Dan pulangan tunai ke dalam akaun anda.

Saya akan guide anda cara makan yang terbaik dan berikan konsultasi yang terbaik untuk anda selepas pembelian. InsyaAllah.

Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
 ✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Saturday, April 2, 2016

LAMBAKAN PENAWAR DIABETES DI PASARAN, TIPS MEMILIH HANYA YANG TERBAIK

Assalamualaikum. Peningkatan kadar pesakit diabetes semakin tinggi dari tahun ke tahun. Statistik pesakit diabetes yang terpaksa dipotong kaki atau tangan semakin merisaukan kita. Ramai yang mencari penawar diabetes yang terbaik dan semakin banyaklah lambakan produk di pasaran. Tanggungjawab anda hanyalah memilih yang terbaik. Jangan kerana ingin mengubati penyakit sedia ada, anda mendapat penyakit yang lain pula kan. Jadi hari ini saya akan kongsikan beberapa tips memilih suplemen penawar diabetes hanya yang terbaik.

statistik kencing manis

Tips untuk memilih produk yang terbaik adalah:

1) Pastikan produk yang anda pilih ada kelulusan KKM. Anda boleh cek di http://quest3.bpfk.gov.my/QUEST3_SEARCH/

2) Pilihlah produk yang mempunyai pengesahan Halal.

3) Pilihlah produk atau syarikat yang telah berada lama di pasaran. Ia tentunya diyakini dengan track rekod yang baik

4) Pastikan produk yang anda pilih benar-benar selamat, tiada kesan sampingan.

5) Pilih produk atau syarikat yang tidak pernah ada track rekod buruk. 
Contohnya produk dilarang untuk dipasarkan, produk yang tidak ditarik balik atau pengesahan produk mempunyai bahan yang merbahaya.

6) Dapatkan konsultasi yang betul dari  penjual produk. Pastikan mereka benar-benar memahami dan mengetahui sejarah penyakit anda.

7) Pilihlah produk yang mempunyai ujian klinikal, diuji oleh saintis yang bertauliah dan lebih baik jika mempunyai jurnal yang diterbitkan mengenainya.

8) Penting untuk anda dapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu. 

KENAPA ANDA PERLU MEMILIH VIVIX SEBAGAI SUPLEMEN PENAWAR DIABETES ANDA
infovivix



Kerana ia mempunyai semua ciri-ciri diatas. Anda boleh cek kod produk di laman web KKM. Dan alhamdulillah setakat ini Shaklee telah lebih 50tahun di pasaran. Dan lebih 25tahun di Malaysia sendiri. 

Dan anda boleh rujuk laman web ini untuk melihat Clinical Research Study yang telah dijalankan.

Alhamdulillah telah ramai mencuba dan berpuashati dengan kesannya. Saya sertakan beberapa pengalaman pengguna Vivix. 
diabetes vivix shaklee
Penghidap Diabetes sudah hampir 20 tahun. Bacaan tak pernah kurang dari 13.

vivix penawar diabetes
Selepas dua minggu mengambil Vivix bacaan gula turun dari 7.1 ke 3.8


testimoni luka kencing manis
Luka pesakit diabetes kering dan tertutup dengan baik dalam masa 2minggu mengamalkan Vivix


tips bacaan gula turun
Bacaan dah normal sejak botol pertama lagi
Bagi yang nak berikhtiar dengan Vivix Shaklee, mesti anda tertanya-tanya berapakah harganya.
Harga Runcit sebotol VIVIX (150ml)=RM503.50
Tawaran istimewa bulan ini; Beli 2botol pada harga ahli yg ISTIMEWA hanya RM765.32. (*sehingga promosi berakhir)
   Percuma Keahlian,
   Percuma penghantaran.
   Dan pulangan tunai ke dalam akaun anda


Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...