Monday, November 28, 2016

REVIEW UPIN IPIN JENG JENG JENG. BETUL KE TAK BEST?

Sana sini orang bercakap tentang Upin Ipin Jeng Jeng Jeng.. Hari ni saya pun nak review tentang cerita ni. Alhamdulillah berkesempatan bawak anak-anak semalam. So siapa yang bercadang nak bawak anak-anak boleh la plan. 

"Mami, Kalau kita lukis upin ipin banyak-banyak, pakai baju upin ipin, pakai barang upin ipin, ubat gigi upin ipin NANTI UPIN IPIN AKAN KELUAR KE 😄"

Ha itulah dialog Aira bila keluar panggung. Anak kami yang kedua ni berusia 5tahun. Dan saya dapat rasa Aira dan Kak long enjoy sangat dengan movie ni. Sehingga Aira rasakan watak upin ipin akan benar-benar dapat datang dalam real life menolong dia bila dia memerlukan. Ala-ala si pari-pari gitu.

Malah bila di akhir cerita Upin Ipin tanya,
"Kawan-kawan, Siapa nak  lepas ni Upin Ipin datang tolong?"
Kak Long dan Aira dan beberapa kanak-kanak lain turut sama angkat tangan. 
Kalau nak kena sebut "jeng jeng jeng" Itulah dialog mereka ulang sejak keluar panggung.
Hihihi.. 

Kami datang ke panggung tanpa membaca sebarang sinopsis cerita ni. Memang kosongkan minda kecuali saya pernah baca semalam tentang satu review yang katakan cerita ni TAK BEST dan kanak-kanak bosan. Saya baca komen ada yang cakap best je. So nampak sangat best tak best, sedap tak sedap itu subjektif.

Saya taknak cerita tentang sinopsis sebab anda boleh google dan dapat sinopsis cerita ni. Dah banyak. Apa yang saya nak ulas dari segi emosi cerita ni, pembawakan watak utama Aqish lakonan adik Balqis sangat berkesan. Saat Kak Nor nak tinggalkan anak-anak yatim ni, tak sedar air mata saya meleleh. Saya intai anak-anak pun sedang emosi menghayati situasi tu. 

Kemunculan upin Ipin setiap kali Aqish dilanda masalah dan memerlukan dirasakan sebagai hero dalam cerita ni. Anak-anak enjoy bila lihat keletah Upin Ipin. 

Dan dari segi animasi memang real sangat nampak watak Upin Ipin tu hidup. Gamat panggung bila Upin Ipin terjatuh saat panjat pokok, terjatuh bila terkena paper yang dibaling. Scene konsert tu lagi la semua happy. Aih banyak scene la anak-anak enjoy dengan Upin Ipin walaupun mereka hanya keluar sekali sekala. Erm banyak kali jugak sebenarnya. 

Dari segi moral cerita ni, saya suka contoh baik yang Abang Awie Poyo tunjukkan, dialog bila telefonnya berbunyi "bila niat baik nak tolong anak yatim, Allah akan tolong rezeki pun murah. Duit nak masuk ni"😂
Dan saya suka dengan nasihat Upin Ipin di akhir cerita kepada Aqish, walaupun anak yatim Aqish tak boleh sedih. 

Kalau nak dicari kesalahan, dari sudut logik cerita ni, atau iklan tak langsung yang banyak dalam cerita ni, fokus yang tak banyak pada Upin Ipin, memang tak habis. Tapi bagi saya ambik je yang baik-baik. Memang banyak je yang baik-baik. Industri perfileman maju setapak dengan gabungan animasi di dalam filem. 

Gembira tengok kerjasama Kru dan Les Copaque. Kesanggupan David Teo turut menyumbang bakat lakonannya hihi, dan kesudian DHerbs Terlajak Laris untuk turut menaja cerita ni. 

Bak kata lirik lagu Jeng Jeng Jeng
 "Bersatu kita teguh
kalau bercerai kita roboh
yakinkan dirimu
semua pasti kan terjadi"


Eh disebabkan lagu ni dok terngiang-ngiang je dalam kepala ni makanya  di akhir kalam ni saya kongsikan lirik lagu ni. 

Jom nyanyi sama-sama


Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! – Yubi Band feat. Upin & Ipin

Jeng, jeng, jeng (x3),
musim baru bermula kini
hidup aku menyumbang bakti
untuk insan yang memohon bakti
moga usaha aku diberkati
tak kaya takpa, janji aku happy (x2).

Jeng, jeng, jeng (x2).
Bersatu kita teguh
kalau bercerai kita roboh
yakinkan dirimu
semua pasti kan terjadi
whoa, whoa, whoa, whoa…
whoa, whoa…
jeng, jeng, jeng.




Tinie Badri 012-2812952
 PENGEDAR SSHAKLEE PERAK
PENGEDAR SAH SHAKLEE UPSI
PENGEDAR SAH SHAKLEE TANJUNG MALIM
PENGEDAR SAH SHAKLEE BEHRANG 2020 PENGEDAR SAH SHAKLEE SLIM RIVER PENGEDAR SAH SHAKLEE MANJUNG PENGEDAR SAH SHAKLEE LUMUT PENGEDAR SAH SHAKLEE LEKIR PENGEDAR SAH SHAKLEE SITIAWAN PENGEDAR SAH SHAKLEE IPOH PENGEDAR SAH SHAKLEE AYER TAWAR PENGEDAR SAH SHAKLEE KAYAN PENGEDAR SAH SHAKLEE TELUK INTAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.