Wednesday, August 31, 2016

Senggugut Tahap Mengguling Sampai Terpaksa Cuti Sakit

Senggugut teruk sinonim sangat dengan saya sejak dari zaman remaja lagi. Teruknya senggugut tahap mengguling sehinggakan di hari pertama dan kedua tu saya hanya terbaring membongkok saja. 
penawar senggugut


Selepas berkahwin saya jarang senggugut mungkin juga sebab lepas kahwin terus hamil. Bila menyusu period pun lambat datang. Selepas bersalinkan anak kedua, hampir tiga tahun usia anak kedua barulah saya period kembali. 

Tahun lepas saya mengalami senggugut yang sangatlah teruk. 
Sekian lama tak kena senggugut, memang teruk sangat. Nak jalan memang tak larat, memegang dinding. Saya nak kencing dan berak pun rasa siksa yang amat. Malah saya nak kentut pun menggenggam bantal.
Saya senggugut sehingga terpaksa MC cuti sakit hari tu. Kalau biasanya cuti sakit saya masih boleh menguruskan anak. Kali ni anak memang terbiar je. Saya hanya mampu terbaring.

Saya ke klinik berdekatan. Apabila scan, doktor detect cyst sebesar 3cm. Ye saya pernah ada cyst dulu tapi dah hilang. Doktor berikan ubat tahan sakit dan pil evening primrose jenama satu jenama ni.

Saya fikir lebih baik saya ambik Gla Complex yang mana kandungannya sumber bunga borage yang epo nya lebih tinggi dari epo yang biasa. Saya juga pernah baca bagaimana Gla Complex dapat bantu masalah senggugut

Apa yang saya buat selepas tu saya amalkan Gla Complex dan Ostematrix kalsium.



Alhamdulillah selepas sebulan mengamalkan Gla Complex dan Ostematrix kalsium Shaklee bulan berikutnya saya tak senggugut langsung.
Ya Allah leganya rasa. Saya langsung tak sedar saya period. Sebelum ni sehari dua tu dah mula sakit pinggang, sakit ari-ari. Ini eloknya hari pertama kedua tu berjalan-jalan window shopping dan bersama aktiviti keluarga.

Saya sangat berpuashati dengan mengamalkan Gla Complex dan ia dah jadi teman sejati saya. 

Bagi yang mengalami masalah seperti saya, cuba  ikhtiar oke. Jangan jadikan senggugut pengganggu aktiviti harian kita.

Tinie Badri

1 comment:

  1. menakutkan senggugut ni. takde pengalaman senggugut ni.gla & oste ni mmg byk membantu la kan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...