Friday, August 5, 2016

6 PENGHALANG DOA DIMAKBULKAN

Doa itu ibadah. "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong daripada beribadat dan berdoa kepadaKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina." surah Ghafir 40:60. 


Dengan berdoa bukan saja hajat ditunaikan tetapi kita juga akan dapat pahala. Maknanya juga ada perkara yang boleh membatalkan doa sepertimana ada perkara yang membatalkan solat atau menyebabkan tidak sah ibadah puasa, zakat, haji dan lain-lain. Berikut 6 perkara yang membatalkan doa atau dengan kata lain perkara yang menyebabkan doa tidak dimakbulkan.

1) Dosa diri
Dosa mungkin berpunca daripada kewajipan yang tidak kita tunaikan. Contohnya selalu solat pada hujung waktu.

Atau perkara haram yang kita biasa lakukan. Contohnya menderhaka kepada  ibubapa. Bercakap kasar, tidak menyantuni mereka dengan baik. 

2) Memakan makanan yang haram. 
Makan minum haram boleh berpunca dari dua jenis:
i)zatnya sendiri haram. Contohnya Arak, dading babi
ii)cara mendapatkannya haram. Contohnya Rasuah, mencuri, tidak menjalankan kerja dengan amanah

3) Tidak ikhlas berdoa kepada Allah
Ikhlas maksudnya hanya bergantung sepenuh harapan kepadaNya tanpa sebarang unsur syirik. Contohnya bernazar di kubur wali. Dan meminta pertolongan bomoh "Maka janganlah kamu berdoa kepada sesiapapun bersama sama Allah"n(Al-Jin72:18)

4) Berdoa dengan hati yang lalai
Termasuk dalam hal ini ialah berdoa tanpa memahami maksud doa, berdoa cepat-cepat dan sudah menjadi rutin selepas solat dan sebagainya. "Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin Allah akan memakbulkannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak akan menerika doa daripada hati yang lalai" (Riwayat Al Hakim)

5) Tidak melakukan aamar Maaruf Nahi Mungkar
Amar makruf maksudnya mengajak orang melakukan perkara baik. Nahi mungkar adalah seruan pada yang makruf dan mencegah dari perbuatan mungkar. 
"Demi jiwany yang berada di tanganNya hendaklah kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang kemungkaran atau Allah mempercepatkan balasan azab dari sisiNya untuk kamu. Kemudian apabila kamu berdoa tidak akan dimakbulkan bagi kamu." (Riwayat al-Tirmizi)


6) Memutuskan Silaturrahim & Putus Asa dalam Berdoa
Suatu hari Rasulullah bersabda: "Doa seseorang hamba akan sentiasa dimakbulkan selama dia tidak mendoakan untuk perbuatan doaa, tidak memutuskan silaturrahim dan tidak tergesa-gesa dalam berdoa. " 
Lalu sahabat bertanya
"Wahai Rasulullah, bagaimanakah tergesa-gesa itu?"
Maka Nabi menjawab:
"Aku sudah berdoa namun tidak makbul makbul juga! Lalu dia kesal dan tidak berdoa lagi" Riwayat Muslim

Marilah sama-sama kita muhasabah diri, agar kita tidak tergolong di kalangan mereka yang doanya ditolak. Nauzubillah. 

-dipetik dan diolah dari Majalah Solusi edisi 78

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...