Friday, January 15, 2016

RASHID DI SANA SINI, SIAPA RASHID??

INI RASHID. Sejak beberapa hari ini nama Rashid disebut-sebut. Sana-sini netizen asyik post benda yang sama. Jadi Macam Rashid. Apa benda baik yang Rashid buat diceritakan dan disarankan jadi baik macam Rashid. Persoalannya siapa Rashid yang disebut-sebut ini.
Hakikatnya ia hanyalah sebuah watak yang diwujudkan untuk menyampaikan mesej-mesej tertentu kepada masyarakat dalam bentuk nasihat dan sindiran. Secara spontan je benda ni berlaku dan tiba-tiba nama Rashid menjadi trending di media sosial.


siapa rashid

siapa rashid

Siapa pencetus "Rashid" ni tidaklah diketahui sepertimana siapa di belakang Amran Fans yang juga tidak diketahui. Ada juga yang kaitkannya meniru sepertimana dengan page di luar negara, Be Like Bill yang mewujudkan watak kartun yang sama tetapi namanya "Bill". Yang best nya watak Rashid ni disesuaikan dengan keadaan isu semasa apa yang berlaku di Malaysia.

bill rashid



Dan apa yang lebih menarik selepas kehadiran Rashid wujud juga beberapa watak lain yang juga berperanan sama seperti Rashid iaitu menyampaikan mesej-mesej yang berbentuk nasihat sarcastik. Tak faham lagi tak tahulah hihi.

Ramai juga yang mengambil peluang menggunakan watak Rashid untuk mengiklankan produk masing-masing. Semakin meriah wall dengan watak Rashid. Glamer ko Rashid!



ini rashid
siapa rashid

ini rashid



Secara peribadi saya menyokong kempen yang "Rashid" buat. Targetnya cuma satu "Menyeru ke arah kebaikan." Ye bagus untuk jadi diri sendiri tapi adakala kena contohi Rashid yang baik budi pekerti. Ahakzz

Walau siapapun pencipta viral INI RASHID. Tahniah! Anda berjaya!

2 comments:

  1. Bagus Rashid..sebarkan benda positif.. :)

    ReplyDelete
  2. Rashid..Rashid..tersedak2 sape nama Rashid ni..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.