Friday, January 8, 2016

10 CARA MENJADI MENANTU KESAYANGAN

Macam-macam cerita kita dengar tentang kisah menantu dan mentua. Ada yang manis, ada yang pahit, ada yang penuh kisah duka.Bergembiralah bagi mereka yang mempunyai hubungan manis antara menantu dan mentua. Dan bagi yang hubungan sentiasa meruncing dan panas berSABARlah dan terus  usaha dan berdoa. Jangan putus asa.
Hari ni saya selak-selak majalah keluarga dan jumpa tips hebat ini. Jom sama-sama amalkan. Untung-untung jadi menantu favourite kan!!

10 CARA MENJADI MENANTU KESAYANGAN!


1# SELALU SENYUM
Apabila berdepan dengan mentua, jangan sesekali menarik muka masam sebaliknya berusaha untuk senyum seikhlas mungkin. Ini kerana bimbang mentua terasa hati, walhal punca anda monyok tidak ada kaitan dengannya. Jadi perlu senyum sentiasa walaupun dalam hati anda tidak begitu gembira. Tak rugi untuk senyum, percayalah!

2# ELAK MASUK CAMPUR
Anda sangat tidak digalakkan untuk masuk campur dalam perihal anak menantunya yang lain selagi apa yang berlalu tidak BERTENTANGAN DENGAN SYARIAT. Elakkan bergosip dan menjadi batu api kerana tersilap langkah. Berbaik-baiklah dengan mentua dan ipar duai yang lain

3#MURAH HATI
Untuk mengambil hati mertua, anda tidak boleh kedekut sebaliknya bermurah hati lah dengan memberinya hadiah atau membelikan keperluan rumah atau boleh juga beri wang padanya. Kecil besar nilai bukanlah ukuran tapi tanda ingatan tu yang penting. Janganlah fikir mentua dah kaya dan mampu maka kita tak perlu memberi. Lain oke dari beli sendiri atau dapat hadiah. Nak lagi oke hadiahkan vitamin, bagi Vivix ke..mesti suka sebab awet muda nanti..ehhh hihikkk..

4#RINGAN TULANG
Jangan malas-malas di runah mentua. Bangun awal pagi, solat Subuh dan segera ke dapur menyediakan sarapan. Tunjukkan skil memasak anda. Sedap atau tidak bukan yang paling penting. Janji rajin ke dapur. Kalau rasa tak pandai langsung, tetap juga ke dapur walau hanya sekadar memotong bawang. Lagi bagus kalau dapat belajar dengannya.
menantu favourite


5#SELALU MINTA PANDANGAN
Sebagai ibu, hati mana tidak gembira bila anak menantu selalu hubungi dan bertanya khabar. Sesekali minta pandangan tentang sesuatu perkara seperti perkara yang melibatkan anak-anak anda iaitu cucu-cucunya. Sesekali boleh juga bertanyakan resepi kegemaran suami anda, anak kesayangannya. Mesti mentua anda gembira

6#USAH CEMBURU DENGAN MENTUA SENDIRI
Asyik anda sahaja yang layan suami. Sesekali berilah peluang untuk ibu mertua melayan anaknya misalnya ketika anda balik kampung. Biarkan mentua anda manjakan suami anda. Jangan nak cemburu pulak ye.

7#JAGA AIR MUKA SUAMI
Isteri yang baik dan bijak adalah yang jada air muka suami. Jadi elakkan memarahi suami di depan ibunya walau apa yang dilakukan suami ketika itu benar-benar menyakitkan hati anda. Kawal emosi anda di hadapan mentua. Usah sesekali memperkecilkan suami di hadapan mentua juga adik beradiknya yang lain. Ini memberi gambaran positif yang anda seorang yang menghormati suami.

8#JAGA PERCAKAPAN
Usah biarkan kerana mulut badan binasa. Jika anda seorang dikategorikan sebagai mulut lepas anda dinasihatkan agar kurang bercakap. Pastikan anda alert dengan apa yang henda dicakapkan. Bimbang akan mengecilkan hati ibu mertua. Jadi fikir sebelum bercakap

9#DAHULUKAN DIA
Sebagai menantu yang baik, anda perlu dahulukan mentua anda dalam apa jua keadaaan, sebagai contoh apabila ibu mertua naik kenderaan bersama anda, pelawa dia untuk duduk di hadapan iaitu di sebelah anaknya. Beri dia peluang untuk bersembang dengan suami anda dan sesekali anda duduk di belakang bersama anak tidak mengapa.

10#PUJI SUAMI ANDA
Hati seorang ibu pasti gembira jika ada orang lain yang selalu memuji anaknya. Jadi anda perlu selalu memuji kebaikan suami di depan ibu mertua anda, Sesekali ucaplah begini, "Pandai sungguh mama didik dan ajar abang. Saya sungguh beruntung dapat suami macam dia"

Ikhlaskan diri, InsyaAllah semoga berjaya!!!

**Artikel asal Majalah Keluarga Jan 2016.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...