Monday, October 5, 2015

FAHAMI KULIT SI MANJA ANDA DAN CARA MENJAGANYA

Syukur alhamdulillah tenang ibu bila melihat wajah si comel sebaik sahaja lahir.
Walaupun bayi anda dilahirkan sempurna dan cukup sifat, tidak semestinya kulit bayi halus dan lembut. Ada kalanya kulit bayi mengalami beberapa masalah kulit seperti ruam, radang kulit, kulit kepala berkerak dan sebagainya sejak dari awal lagi.

KENALI KULIT BAYI

Kebanyakan bayi terdedah kepada kerengsaan kulit dalam beberapa bulan pertama selepas kelahiran. Berikut adalah cara untuk mengesan dan merawat masalah kulit bayi anda.


1. RUAM
RUAM SHAKLEE
Kebanyakan bayi baru lahir akan ditumbuhi ruam. Namun ruam tidak membahayakan dan boleh hilang sendiri. Memang menjaga kulit bayi sedikit rumi kerana itu kita perlu tahu tahap-tahap kulit si manja samada perlu dirawat di rumah saja atau memerlukan perubatan seta menjauhi punca masalah tersebut.

2.RUAM LAMPIN
Jika bayi mempunyai kulit kemerah-merahan di sekitar punggung, pelipatan, paha dan alat sulit, makan ia dinamakan ruam lampin. Ruam lampin berlaku kerana kerengsaan kulit kerana lampin terlalu ketat, lampin basah dibiarkan terlalu lama atau disebabkan oleh detergen/lampin, tisu  lembab yang mengandungi bahan kimia. Jadi elakkannya.

3.TANDA LAHIR
Satu dari 10 orang bayi mempunyai tanda lahir. Lazimnya tanda lahir berwarna lebih gelap dan tidak diwarisi. Secara amnya tanda lahir tidak memerlukan rawatan.

4. KULIT KERING
Bayi yang dilahirkan melebihi tarikh jangkaan bersalin lazimnya akan mengalami kulit yangg mengelupas dan kering. Kulit asas yang terletak di bawah adalah sihat, lembut dan lembab.

5.KEPALA BERKERAK
Kulit kepala berkerak selalunya terjadi pada bulan pertama atau kedua dan biasanya hilang dalam tahun pertama. Keadaan ini juga dipanggil dermatitis seborrheic yang disebabkan minyak yang berlebihan dan muncul sebagai bersisik, berlilin, ruam merah pada kulit kepala, kening, kelopak mata, sisi hidung atau belakang telinga.

6.RUAM PANAS
Ruam panas ialah biji kecil kemerah-merahan. Ia biasana muncul pada bahagian badan bayi anda yang terdedah kepada peluh seperti leher, kawasan lampin, ketiak dan pada lipatan kulit. Cara merawatnya adalah dengan mendedahkan bahagian tersebut kepada persekitaran yang lebih dingin, sentiasa kering dan pakaian kapas longgar.

7.MASA MANDI
Pastikan kulit bayi terhidrat dengan mandi di dalam air suam selama tiga sampai lima minit. Elakkan membiar bayi anda duduk atau bermain atau berendam terlalu lama di dalam sabun. Sapukan losen atau pelembab selpas mandi. Cara mengeringkannya secara tepuk-tepuk dan bukannya menggosok kerana ia menyebabkan kelembapan semula jadi kulit berkurang. Pilih produk mandian yang semulajadi dan rendah kandungan bahan kimianya.


 Di Shaklee, krim Herbal Blend adalah menjadi pilihan ibu-ibu. Nak tahu kenapa anda perlu ada krim ini. Sila klik link ini. 7 SEBAB KENAPA KRIM HERBAL BLEND INI PERLU ADA DI RUMAH ANDA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.