Friday, September 18, 2015

KENAPA SHAKLEE TIDAK BERKESAN SEPERTI YANG DIHEBOH-HEBOHKAN

Seringkali orang bertanya betul ke Shaklee ni berkesan. Kenapa pada dia Shaklee ni tak berkesan pun.

Saya selalu je melalui situasi begini

"Awak agen Shaklee ke"
Aah

"Betui ke orang kata Shaklee berkesan. Saya makan takde pun susu melimpah ruah bagai dikata"
"Puan ambik set menyusu yang mana ye"

"Saya ambik Esp + Alfalfa. Tapi Esp tu saya tak lalu minum, kadang minum kadang tak. Alfalfa pulak banyak sangat nak kena telan. Takde la ikut sangat aturannya."
"Oh oke, kerap tak pam"
"Tak pam pun, susu takde macam mana nak pam"

Dan dari cerita pun biasanya saya dah dapat kenalpasti kenapa Shaklee tidak berkesan untuk dirinya.
Hari ni saya nak share beberapa punca yang menyebabkan Shaklee tidak berkesan seperti yang diheboh-hebohkan.

1) NAK BUDGET, JADI HANYA AMBIL SET BUDGET JE
Kebiasaannya SID atau saya sendiri akan mencadangkan set terbaik buat pelanggan. Tetapi pelanggan biasanya memilih untuk mencuba set budget dengan alasan nak try je dulu kalau berkesan baru nak ambik Full Set. Sebenarnya penting untuk anda ambik set yang terbaik untuk kesan terbaik.Kerana kebiasaaannya setiap vitamin memainkan peranan tersendiri untuk permasalahan anda. Bagaimanapun jika budget sangat terhad, tak mengapalah ambil set budget tapi pastikan anda sangat konsisten dan ikut tips yang diberikan

2) TIDAK MAKAN MENGIKUT JADUAL DAN TIPS YANG DIBERIKAN
Ramai yang nak kesan yang cepat tetapi tak mampu nak konsisten mengikut jadual yang diberikan. Ada kalanya ambik ikut suka hati saja bila-bila masa. Contohnya Vitalea multivitamin mengandungi Iron jadi ia tidak digalakkan untuk diambil bersama Ostematrix atau sebarang produk tenusu. Jadi sia-sia saja bila penyerapan terganggu.

3) INGAT VITAMIN BUKAN UBAT
Ye vitamin bukan ubat. Bukan ubat tahan sakit. Contohnya anda mengambil set senggugut. Takde la macam anda ambil pil tahan sakit yang merah jambu tu, terus automatik hilang sakit. Sebenarnya bukan hilang terus sakit tu sampai bila-bila kan hanya ketika tu saja. Ye itu fungsi painkiller.


Bagi set Shaklee ia mengambil masa untuk membetulkan kitaran haid, mencantikkan hormon dalaman anda barulah anda tidak senggugut, kitaran haid cantik dan membuka peluang untuk hamil dengan mudah.

4)TIDAK MENGIKUT TIPS YANG DIBERIKAN
Anda nak kurus makan set kurus Shaklee dalam masa yang sama makan dengan mengambil sumber karbohidrat yang tinggi. Tidak senaman. Memang tidak ada pil magic yang boleh membuatkan berat turun dengan sekelip mata tanpa mengamalkan cara hidup yang sihat. Untuk ibu menyusu pula Set Menyusu Shaklee bukan pil magic boleh buat susu anda melimpah ruah. Kerapkan menyusu, atau mengepam, ikut tips yang diberikan. Kebiasaannya anda akan dinasihatkan untuk mengambil air sekurangnya 3liter sehari,mengurangkan pengambilan kafein. Ini semua untuk membantu penyerapan vitamin yang lebih berkesan. Jadi ikut sahaja tips yang diberikan.

5) TIDAK SABAR / TIDAK KONSISTEN
Penting untuk anda tahu di dalam badan kita terdapat lebih 200 sel yang berbeza. Hanya sebahagian sahaja yang tidak berganti seperti saraf, otot jantung dan selebihnya berganti dalam tempoh yang berbeza. Sel kulit pula berganti dalam tempoh 2-4minggu, jadi untuk suplemen kulit sebaiknya anda ambik dalam tempoh itu ye. Percayalah kalau yang jenis menjanjikan kesan secepat 3hari tu, semaklah bahan yang digunakan.



Kesimpulannya Shaklee adalah suplemen yang semulajadi, selamat dan BERKESAN. Jangan berputus asa. Cuma pastikan anda dapatkan dari pengedar Shaklee yang terlatih yang dapat membimbing anda dan berSABARlah untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
Jadi kalau anda nak dapatkan banyak lagi tips dari saya boleh beli Shaklee dengan saya, daftar keahlian untuk menikmati kelebihan dan layanan 5star dari saya.

Hubungi saya di
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...