Thursday, July 2, 2015

^TIPS MEMILIH PAKAIAN BAYI SUPAYA BAYI SELESA DAN TIDAK MEMBAHAYAKAN^

Ibu-ibu yang bakal menimang cahaya mata mesti teruja nak pilih dan borong pakaian bayi kan. Rambang mata jadinya tambahan bila ada Jualan Gudang Baju Bayi dan Kanak-kanak kan. Ohoii akak pun suka anak pertama dulu dari Perak ni siap pergi jualan gudang di Kelana Jaya sana la. Punya terujanya. Jadi hari ni akak nak kongsikan beberapa tips dan perkara yang perlu dielakkan ketika membeli pakaian bayi baru lahir.

1)Elakkan memilih pakaian dari bahan sintetik seperti Nylon dan Polyester.
Kan kalau kita beli baju ada label yang tunjukkan bahan baju tu 100% cotton ke polyester ke kan. Ha elakkan Nylon dan Polyester. Kerana ia tidak menyerap peluh. Akibatnya bayi berisiko panas, mengalami gatal-gatal atau kulit kemerahan. Tak pasal nanti contact akak nak beli Krim Serbaguna Herbal Blend pulak kan bila dah naik banyak-banyak ruam tu.


2) Jangan Memilih Pakaian Yang Muat-muat
Hah ni biasanya bila mama dah berkenan dengan baju tu nak jugak beli walaupun kecik je. Bukan apa bayi ni cepat membesar dan ia sentiasa bergerak. Jadi pilih saiz yang selesa.

3) Jangan Beli Pakaian Berbutang Besar di Hadapan
Semasa bayi meniarap, butang tersebut akan menyakiti dadanya. Alala kesian kan. Takkan semata-mata nak cantik sampai menyakitkan ye dak.

4) Jangan Pilih Pakaian Berbutang Logam
Butang Logam seperti pada seluar atau overall jeans untuk mengurangkan risiko karat

5) Jangan Beli Baju Berkedut (Smock) di bahagian dada yang sempit
Ini kerana boleh menyebabkan bayi sukar bernafas. BIG NO oke Mummy!

6) Jangan Pilih Baju tebal dan Keras
Pakaian sebegini akan menyebabkan kulit leher gatal, gatal panas gatal garu sampai luka. Kesian baby kan.

7) Elakkan Membeli Baju Yang Mempunyai Getah Elastik Yang Ketat di Bahagian Pinggang, Lengan Peha dan Pergelangan tangan.

8)Elakkan Membeli Baju Yang Mempunyai Aksesori
Seperti kancing, tali, pita dan lain-lain yang boleh dijangkau atau dipegang oleh tangan bayi. Ingat bayi cenderung memasukkan semua benda ke dalam mulutnya untuk"dikenalinya"

9)Jangan Pilih Seluar Panjang Yang Terlalu Besar atau Labuh
Ia menyukarkan dan membahayakan bayi semasa merangkak.

Jadi, pilihlah pakaian yang selesa mengikut budget dan keperluan masing-masing. Selamat menempuh alam keibuan yang penuh bahagia.

1 comment:

  1. oh my..tq tinie tuk tip ni...mmg mengingatkan hakak ko ni..
    memang sgt teruja timne beli bj baby ni..kadang2 sampai lupa apa yg do n don't tu....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.