Wednesday, July 8, 2015

JANGAN JADI ORANG YANG BERPUASA TETAPI RUGI

Dua malam lepas saya berterawih di Masjid Ulu Bernam, iaitu masjid kegemaran saya. Dan pada sesi tazkirah ustaz jemputan ada menyatakan beberapa perkara yang menyebabkan orang yang berpuasa tetapi dikatakan rugi. Wah saya juga terkejut juga apa maksudnya. Memang menarik isu yang dikupas.

 Saya dan keluarga suka berterawih dan solat jemaah di sini bukan saja kerana ia selesa dan mesra kanak-kanak tapi saya suka sebab ada sesi tazkirah selepas Isyak iaitu sebelum terawih bermula. Sesi takzikirah yang sangat ringkas iaitu 5-10minit sahaja. Tetapi sangat padat dengan ilmu.

Pada sesi tazkirah kali ini ustaz tekankan berkenaan kesilapan orang yang berpuasa.

 1# BERPUASA, BERSOLAT TERAWIH TETAPI TIDAK MENUTUP AURAT
Kata Ustaz rugi sangat orang yang berpuasa tetapi tidak menutup aurat. Sedangkan menutup aurat itu sendiri satu yang diwajibkan ke atas kita. Jika dibandingkan pulak solat terawih itu sunat tetapi tutup aurat itu wajib. Jadi sebaiknya tutuplah aurat dengan sempurna.
Dan sama juga ruginya jika berpuasa tetapi langsung tidak solat.

Dan ini pula ulasan Ustaz Azhar Idrus hukum wanita berpuasa tetapi tidak menutup aurat


SOALAN :

Saya nak tanya apa hukum perempuan yang puasa tapi tak tutup aurat?

Sahkah puasa dia?

Atau pahala dia saja yang kurang?



JAWAPAN :

Puasanya sah, tapi kualiti puasanya hanya setakat puasa umum, tidak mencapai puasa khusus, apatah lagi untuk mencapai puasa khusus dari yang khusus. Puasa umum ini puasa peringkat paling bawah daripada 3 tahap puasa sebagaimana yang digariskan oleh Imam Al-Ghazali dalam Ihya' 'Ulumiddin. Dikatakan puasa umum kerana si wanita hanya menjaga daripada tidak makan, minum dan berjimak, tapi tubuh badannya masih melakukan perbuatan berdosa.




Maka puasanya sah, tapi perbuatannya tidak menutup aurat dengan sempurna dikira mendapat dosa.

"Solat seorang perempuan di rumahnya itu lebih baik dari di masjid jika dia ke masjid hanya untuk berjemaah, tanpa sebarang faedah lain, tetapi jika ada faedah yang lain seperti mendengar tazkirah keagamaan, mempelajari sesuatu ilmu atau mendengar bacaan al-Qur'an daripada qari yang khusyuk, maka pergi ke masjid itu adalah lebih baik.." Sepertimana maklum, biasanya solat tarawikh di masjid diselitkan dengan ceramah-ceramah, zikir, tadarus Al-Quran dan majlis ilmu, jadi adalah lebih baik untuk kaum wanita ke masjid..

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

2#BERSAHUR TETAPI RUGI
Pada mulanya saya hairan kenapa ustaz cakap macam tu. Kan bersahur itu sendiri ada pahalanya. Kata ustaz, ramai orang bersahur tidak menggunakan peluang bangun awal itu untuk bertahajud. Benar ibu-ibu yang masak untuk bersahur itu sendiri ada pahalanya tetapi jika dapat sebaiknya solatlah tahajud sekurangnya dua rakaat yang mana lebih kurang 5 minit sahaja.
Dan lagi kata ustaz bertambah rugi apabila mereka yang bersahur tidak menunaikan solat sunat Subuh. Solat sunat ini sangat ringkas, sama seperti solat sunat lain dua rakaat dilaksanakan selepas azan solat Subuh iaitu sebelum Solat Fardhu Subuh. Fadhilatnya sangatlah besar.



3# MASJID-MASJID PENUH KETIKA TERAWIH TETAPI TIDAK PADA SOLAT SUBUH
 Kata Ustaz ini adalah kelemahan kita. Ketika waktu terawih ramai sangat jemaah yang hadir tetapi pada waktu subuh jumlahnya sangat sedikit. Dan kata Ustaz lagi jika tidak sempat untuk ke masjid atau surau untuk solat Subuh, silalah berjemaah di rumah. Betapa besarnya fadilat mengerjakan solat Subuh berjemaah pada mereka yang mengetahuinya.
Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim)
4# TIDAK MELAKUKAN AMALAN SUNAT LAIN
Kata Ustaz rebutlah peluang Ramadhan ini untuk melakukan amalan sunat lain seperti solat-solat sunat, sedekah dan membaca Al-Quran.

Ustaz sentuh sedikit tentang ini:

WANITA BERTERAWIH DI MASJID
Kata Ustaz keutamaan(Aula) wanita untuk bersolat di rumah. Bagaimanapun tiada larangan untuk wanita berterawih di masjid sekiranya terawih di masjid itu lebih baik. Contohnya menambah kekhusyukan bila dilaksanakan secara berjemaah dan mendengar bacaan Qari. Dan ada manfaat lain seperti ada tazkirah, majlis ilmu dan sebagainya. Dengan syarat tidak berwangi-wangian dan menjaga adab maka dibolehkan.

Sekian,apapun saya bukanlah ustazah, saya sekadar menyampaikan apa yang telah saya dengar. Semoga ada manfaatnya. Jadikan 10 Ramadhan terakhir ini yang terbaik dalam sejarah kita. InsyaAllah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...