Wednesday, March 11, 2015

^TEMPAT MAKAN BEST TERENGGANU, NASI DAGANG TERBAIK^

Assalamualaikum

Walaupun dalam mood diet(la konon) hihi, tiba-tiba teringat kenangan berjalan-jalan bersama keluarga ke Terengganu hujung tahun lepas. So kami pun  apa lagi, biasa la mencari  tempat makan best Terengganu.  Antara menu yang dah ada dalam list seperti Nasi Dagang, Satar, Otak-otak, Telur Penyu, Keropok Lekor.

MAKAN PETANG BEST DI TERENGGANU
Kami sampai di Terengganu dah petang, jadi bermulanya makan petang di Terengganu. Disebabkan kami pergi dengan adik ipar yang pernah bekerja di Terengganu, jadi agak mudah la, mencari port makan best ni. Mula-mula kami sampai sana, adik ipar ni cakap "Nanti kita pergi ICT". Kami suami isteri ni takde la bertanya banyak. Ye kan je. Dalam kepala saya ni dok berfikir "Ooo kat Terengganu ni pun ada ICT macam Shah Alam." Tapi macam pelik pulak Pak Teh nak bawak kita ni g ICT petang-petang hari. Ada apa pun boleh nampak. Dalam pada hati berkata-kata perjalanan tetap diteruskan. Tup-tup Pak Teh berhenti di area Lapangan Terbang. Rupa-rupanya ICT tu adalah IKAN CELUP TEPUNG. Hahaha alkisahnya. Kat situ semua menu nya celup tepung, ikan pari celup tepung, ikan kembung celup tepung, udang, ketam, sotong. Takde nasi tau, ratah macam tu je. Oh ye, bihun goreng ada. Kami memang fokus meratah je, tak ambik makanan berat pun. Sos nya special tu yang menjadikan sedap tu. Tepung nya pun rangup, kena pulak panas-panas. Perghh memang laju je la.
ikan celup tepung lapangan terbang terengganu


Malamnya kami tak jumpa port yang best. Mungkin jugak sebab dah kenyang makan petang jadi tak beria sangat mencari kedai yang best. Kami makan di tepi Pantai Batu Buruk je. Tak jauh dari rumah MARA yang kami duduk tu. Masakannya biasa je, atau mungkin jadi biasa sebab servis lambat hihi.

MAKAN PAGI BEST DI TERENGGANUAha, yang ni nak cerita best. Makan pagi tu saya dan suami je keluar. Mak mertua dan adik ipar malas nak keluar. Jadi kami nak bungkus je la. Saya pun google. Sekali saya jumpa la review dari mereka yang bertandang ke Terengganu. Nasi Dagang yang best. Pusing-pusing jumpalah kedai tu. Warung biasa je. Sekali tengok tak bukak lagi, orang baru hantar nasi bungkus. Aha, lebih kurang kan dengan Kelantan, mereka suka dengan nasi berlauk siap bungkus. Disebabkan kedai tu macam baru kemas-kemas nak bukak, saya sambil tu men "google". Sekali nampak satu post ni review dari anak jati Terengganu. Katanya kalau balik kampung mesti singgah ke kedai Nasi Dagang Terbaik tu. Hmm saya percayakan review dari anak jati lagi dari pelancong. Jadinya saya ajak suami ke lokasi kedai tu, iaitu di Medan Makan di Pantai Batu Buruk. KAK PAH NASI DAGANG . Kami sampai tu hampir pukul 8. Dari jauh kami memerhati kedai yang mana satu ke dikatakan tu. Saya tunjuk pada suami, satu kedai tu yang ramai orang. Kata hati saya, rasanya kedai tu. Ramai yang duduk menunggu.



tempat makan best terengganu


Dan ada yang beratur. Sedang kami beratur, baru nampak pekerja kedai bawak masuk periuk yang berisi nasi dagang dan lauk yang ditunggu ramai tu. Mak aii, belum sampai makanannya dah ramai orang. Kedengaran suami pakcik tua yang berkopiah yang menyuruh bagi dia dulu. Dia dah sampai awal selepas Subuh berjemaah di Masjid tadi. Perghh lagi awai hihi. Masa kami beratur tu, di belakang kami ada sorang akak tu.


Masa sembang dengannya katanya ni memang tempat favourite ramai orang. Dia pun memang selalu beli situ. Dia siap guide lagi, nak jimat beli je nasi brp dan lauk ikan berapa ketul. Sebabnya ikannya besar dan kuahnya pun nanti banyak. Bila tiba giliran kami, kami pun order seperti yang akak tu ajar. Haah memang banyak pun. Akak tu pun promot untuk mencuba Nasi lemak katanya sini special sebab Nasi Lemak sambal ikan tongkol. Memang suka derang dengan ikan tongkol kan hihi.

Dan bila sampai kat rumah, kami pun makan. Alhamdulillah kena dengan selera mak mertua dan kami. Memang sedap. Nasi Dagang nya rasa sangat special, bau pun best. Sampai rasa nak pergi repeat. Hahaha.. Nasi lemak pun best.

MAKAN TENGAHARI BEST DI TERENGGANU
Kalau makan tengahari pulak, kami folow adik ipar ni punya cadangan.Restoran Mat Binjai. Nampak biasa-biasa je kan. Memang biasa pun. Tapi menunya yang simple tu yang best. Ada Ikan bakar, Ikan tongkol masak singgang yang best. Ada buduuu..pergh ulam ulaman yang banyak. Dan juga Telur penyu. Alhamdulillah ada telur penyu kat sini sebabnya saya beli kat Pasar Payang sebelum tu tak cukup. Mak saya tambah order pulak. Apapun dengan harganya memang berbaloi makan kat sini.


Pendek kata perjalanan kami ke Pantai Timur tahun lepas memang best, dapat pergi tempat makan yang best, tempat shopping yang best. Ziarah tempat yang best macam Masjid Kristal pastinya. Jadi bagi yang berkunjung ke Terengganu. Selamat bercuti!


Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA produk Shaklee:
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...