Monday, May 27, 2013

^Shaklee Banyakkan Susu?^

Saya mula jatuh cinta dengan Shaklee semasa google tentang apakah produk yang boleh membantu saya untuk terus menyusui anak sehingga 2 tahun sepertimana yang disyariatkan. Walaupun ada yang memberi nasihat jangan risau tak cukup susu, bagi saja baby susu fm. Lagipun mudah bila nak naik kerja nanti. Saya diam saja, tidak menyangkal kata mereka. Biar apa kata mereka, saya hanya pegang dengan pendirian saya, usaha selagi boleh. Anak pertama dulu, saya hanya mampu menyusuinya sehingga setahun 2 bulan. Dek sebab kurangnya ilmu setakat itu sajalah yang saya mampu. Jadi bila hamil anak kedua, sejak dari awal kehamilan saya gali dan gali tentang penyusuan ni. Tapi saya masih degil tak mahu cuba produk ni. Hihi.. fikir macam-macam terutamanya budget.

Tapi bila baby dah lahir, semasa dalam pantang, entah macam mana saya tergerak hati nak mencuba. Saya fikir dengan saya yang jenis kurang susu ni,(serius kurang, orang lain perah masa dalam pantang boleh dapat 7-10oz sekali perah, saya pada mulanya nak dapat 2oz pon payah) minum susu pon kadang-kadang, jadi perlu untuk saya ambil suplemen ni. Itulah titik tolak saya memilih set menyusu Shaklee ni. Alhamdulillah serasi, saya perasan bila saya perah susu untuk stok anak, wahhh susu semakin meriah. Tak pernah sekali pam dapat 5-6, dapat u. Seronok sangat, dan saya perasan juga susu yang kita perah akan menjadi lebih pekat, akan nampak lapisan lemak di atas lebih tebal dari air di bawah.

Dan syukur, saya masih menyusukan anak sehingga sekarang anak berusia 1 tahun 7 bulan. Saya masih mengamalkan Shaklee. Untuk kesihatan diri juga untuk tujuan melengkapkan penyusuan 2 tahun. Kenapa saya cakap untuk kesihatan diri. Beza dengan ibu yang tidak mengambil suplemen, badan mereka menjadi lebih lemah,tidak bertenaga, kerap sakit pinggang, lenguh-lenguh, angin dalam badan dan ada yang sakit lutut. Kenapa? Kerana badan kita secara normalnya memerlukan kalsium, bila menyusu lagilah kita perlukan kalsium untuk disalurkan pada bayi dan vitamin lain. Simptom tu tadi semuanya kerana kurangnya kalsium dan vitamin dalam badan.

Anda tidak tahu set mana yang sesuai untuk anda? Jadual di atas mungkin dapat membantu. Namun sekiranya anda masih tidak yakin, hubungi saya. Kita boleh bersembang dan berbincang set mana yang sesuai mengikut keadaan diri dan budget yang ada. InsyaAllah.

Jika anda membeli Set Tambah Susu Shaklee ini, anda akan dapat Tips Tambah Susu dari saya, istimewa untuk anda.


Hubungi Tinie di
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
 ➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River                                           

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...