Thursday, April 20, 2017

Masalah Kencing Kotor Di Kalangan Ibu Hamil

Arghhhhh sakitnya, sangat tak selesa.. duduk tak kena, baring tak kena.. kencing kotor sangat menyakitkan dan tak selesa. Ini saya kongsikan tip rawat kencing kotor terutama bagi ibu hamil. 

kencing kotor ibu hamil 


APA ITU KENCING KOTOR

Kencing kotor (Urinary Tract Infection – U.T.I.) adalah istilah yang digunakan kerana terdapat jangkitan kuman dalam air kencing. Penyakit ini lebih kerap dan lebih mudah berlaku kepada kaum wanita kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. 

kencing kotor ibu hamil 


Gejala / Tanda-tanda kencing kotor:

✔️rasa kerap mahu kencing

✔️rasa pedih dan sakit semasa kencing

✔️rasa tidak puas kencing

✔️rasa tidak dapat menahan kencing, walaupun kuantiti air kencing itu sedikit

✔️sakit pinggang, demam, loya dan muntah



Cara Cegah Kencing Kotor:

  • minum air yang cukup dan jangan menahan kencing (bila ada rasa untuk kencing terus pergi kencing supaya bakteria dibuang melalui air kencing)
  • pastikan kebersihan bahagian kemaluan dijaga dengan sempurna
  • jika anda mengelap air kencing, mulakan dari depan ke belakang untuk mengelakkan pergerakan bakteria dari dubur ke faraj
  • kosongkan pundi kencing anda sejurus selepas persetubuhan. Minum segelas penuh air untuk membantu bakteria dikeluarkan
  • elakkan produk feminine yang berpotensi untuk membawa mudarat seperti menggunakan semburan deodoran atau lain-lain produk feminin (seperti douches dan serbuk) kerana ini boleh merosakkan uretra.
  • jika masalah berlarutan, jumpa doktor untuk ujian air kencing dan dapatkan rawatan 


Ikuti video ini untuk tips hadapi masalah kencing kotor. 




VITAMIN YANG DAPAT MEMBANTU
Vitamin yang dapat membantu masalah kencing kotor di kalangan ibu hamil adalah

1)  Vitamin C - berfungsi mengasidkan urin, menjadikan pundi kencing selamat dari bakteria membiak, mengukuhkan sistem imun badan.
rawat kencing kotor shaklee 

vitamin c shaklee kuatkan imun 
2) Garlic- pil bawang putih ini bertindak sebagai Antibiotik semulajadi
urine infection  
BAGAIMANA NAK DAPATKAN VITAMIN NI?
Tak sabar nak dapatkan dua vitamin semulajadi, selamat dan berkesan ini? 

Anda boleh hubungi saya  
Tinie Badri | 012-2812952


Sunday, April 16, 2017

PENJUAL SUPLEMEN JANGAN BERTINDAK SEBAGAI DOKTOR

Semalam saya berkesempatan menghadiri kelas diabetes yang dianjurkan oleh Superupline group kami,Master Norita pengasas group Euphoria. Banyak sekali ilmu yang kami dapat berkaitan dengan ilmu penyakit diabetes. Talk kali ni diberikan oleh Datuk Dr Azizon Bin Othman. Pakar Perunding Kanan Patologi (Haematologi) Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

  

Jangan salah faham,kami bukan nak menggantikan tugas doktor. Malah Datuk Doktor ini sendiri sering kali mengingatkan kami supaya tidak bertindak sebagai doktor, kami difahamkan tentang apakah itu latar belakang tentang penyakit dan pesakit diabetes, jenis diabetes, apakah faktor risiko, implikasi, rawatan yang sesuai, pemakanan, bagaimana dengan menukar gaya hidup dapat membantu dan bagaimana vitamin dapat membantu. 
 
Kami juga diingatkan supaya sekiranya ada customer yang mengalami sakit ini sila minta mereka rujuk kepada doktor terlebih dahulu untuk pemeriksaan dan jangan sesekali tinggalkan ubat-ubatan sendiri tanpa arahan doktor. Alhamdulillah so far memang ini yang kami amalkan. Jadi hati ini tidak sesekali terasa dengan peringatan dari doktor ini. Ye. Tidak sesekali kami menggantikan peranan doktor. Cuma tujuan kami sama ingin bantu pesakit untuk jadi lebih sihat. 


Kepada penjual suplemen di sana ini peranan kita

 

 


Ye saya sangat bersyukur dapat hadiri kelas ini, kerana dapat lebih memahami tentang pesakit diabetes maka insyaAllah dapat membantu customer saya dengan consultation yang lebih baik. 

Dan saya gembira bila doktor sendiri berkongsi tentang World Jurnal Of Diabetes yang menunjukkan bagaimana kajian dibuat menunjukkan peranan suplemen dalam membantu pesakit diabetes. Walaupun kata Datuk Doktor Azizon ini tidak dinafikan ada juga segelintir doktor yang menafikan peranan suplemen tapi kajian ini membuktikan. 


 

Tak sabar rasanya saya nak berkongsi dengan pembaca blog sekalian. Mesti nak tau kan apakah vitamin yang sesuai dan bagaimana peranan setiap vitamin ini dapat membantu pesakit diabetes. 

Saya akan kongsikan di entry seterusnya details info mengenai diabetes.
Jika anda atau keluarga pesakit diabetes anda perlu sedia untuk BELAJAR MENGENAI DIABETES. Jangan lupa faktor keturunan adalah salah satu faktor risiko kepada penyakit diabetes. Berhati-hatilah. 

Jumpa di entry seterusnya.

Tinie Badri

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget