Monday, August 14, 2023

Agen Shaklee COD Puncak Alam Selangor

Mencari agen Shaklee yang boleh COD Shaklee di Puncak Alam, Desa Coalfield, Puncak Perdana, Saujana Utama? 
Ye saya ada di sini. 
Saya Tinie Badri merupakan Business Leader Shaklee sejak 2013. 


Saya menjalankan bisnes Shaklee ni secara fulltime. Saya juga mempunyai rangkaian pengedar di seluruh Malaysia. 
Istimewanya group kami sering mengadakan kelas nutrisi bersama pihak Shaklee samada online atau bersemuka. Dengan ilmu yang diberikan oleh pakar nutrisi Shaklee, dapat membantu kami untuk guide customer dengan baik.

Jangan malu segan untuk hubungi saya untuk mendapatkan khidmat rundingan ingin tahu produk kesihatan mana yang sesuai untuk masalah anda. Atau nak dapatkan produk Shaklee COD kawasan Puncak Alam dengan cepat. InsyaAllah saya sedia membantu.

Sila hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa. 
Klik saja link ini NAK BELI SHAKLEE

Bagi mereka yang di luar kawasan, jangan risau anda juga boleh hubungi saya. Penghantaran pos ke seluruh Malaysia. Nak daftar ahli untuk dapatkan harga Super Istimewa. Hubungi saya 

Wednesday, August 9, 2023

CoQ Trol Plus Shaklee Energy Booster

CoQ Trol Plus Shaklee adalah suplemen Coq10 yang bagus untuk fungsi energy booster atau meningkatkan tenaga. Malah khasiatnya lebih daripada pil Coq10 jenama yang lain. Nanti saya jelaskan.



Sebelum itu, untuk info Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. 
Coenzyme Q10 tinggi di dalam sel otak, jantung, dan hati. 
Dan ia berfungsi menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Maksudnya untuk Boost Energy, Tenaga memang terbaik Coq10 ni. 
Ia juga adalah antioksida yang kuat yang dalat melindungi sel kita dari dirosakkan oleh radikal bebas.


Walaubagaimanapun, tahap coenzyme Q10 menurun apabila usia kita semakin meningkat. Dan banyak faktor lain juga menjadi penyebab kepada penurunan coenzyme Q10 di dalam tubuh badan kita. Contohnya bagi mereka yang mengambil statin sebagai ubat menurunkan kolesterol. Ia dapat menurunkan paras coenzyme Q10 di dalam badan. 


Bila coQ10 dalam badan semakin berkurang kita akan mudah letih, rasa tak berdaya cepat penat dan rasa lebih tua dari usia. 

Jadi apabila semakin kurang, perlulah kita top up CoQ10 tu supaya kita kekal sihat bertenaga 💪

BOTOL KECIL CINONET TAPI POWER!
Sebotol CoQTrol ni ada 30 biji. 

Apa yang ada dlm CoqTrol Plus ni?

100mg CoQ10 bersamaan dengan
👉 3kg daging
👉 100 cawan brokoli rebus
👉 100 sudu makan minyak Canola
👉 3.3kg mentega kacang

Banyakkan khasiatnya dlm satu capsule CoqTrol Plus? Nak makan semua ni memang tak larat. Jadi ambil saja sebiji CoQ Trol Plus Shaklee ni. 

KENAPA COQTROL ISTIMEWA SEBAGAI COQ10 ANDA?

Bukan saja mengandungi coq10 tetapi CoqTrol Plus Shaklee
  • Berkepekatan tinggi (100mg) CoQ10
  • Mengandungi kombinasi 2 mg Resveratrol dan bertindak sebagai anti-keradangan
  • Kombinasi 5mg Tokoferol sebagai antioksidan
  • Mengandungi minyak zaitun yang dipatenkan untuk penyerapan yang lebih berkesan
  • Bebas Gluten
Selain untuk energy booster atau meningkatkan tenaga, ada banyak lagi manfaat yang lain.
TESTIMONI TINGKATKAN TENAGA (ENERGY BOOSTER) 

Jangan lepaskan peluang dapatkan pil energy booster, bagi meningkatkan tenaga anda. 

Ingatlah orang tersayang dan sayangi diri kita. Dapatkan CoQ-Trol Plus hari ni juga untuk kesihatan yang menyeluruh.

CoQ-Trol Plus daripada Shaklee lengkap untuk kesihatan anda.

Anda boleh hubungi saya Tinie Badri 012-2812952 atau 

klik  BELI SEKARANG untuk membuat sendiri pesanan anda. 

KLIK DI SINI ⬇️⬇️⬇️

Friday, August 4, 2023

^Testimoni Vivix: Nephrotic Syndrome^

Umum mengetahui Vivix sangat sinonim dengan penghidap diabetis, tetapi Vivix juga terbaik untuk banyak penyakit kritikal lain seperti darah tinggi, strok, jantung dan juga penyakit berkaitan dengan buah pinggang seperti Nephrotic Syndrome.  Jika ada yang masih ingat, sebelum ini saya kongsikan kisah suami saya penghidap Nephrotic Syndrome ini atau dikenali juga Penyakit Penapis Buah Pinggang Bocor.


Bertitik tolak dari perkongsian saya itu saya terima beberapa pertanyaan dari pesakit ini sendiri dan juga dari isteri pesakit. Apa yang menarik nak saya kongsikan di sini, penyakit ini memang jarang sangat kita tahu tetapi ramai sebenarnya yang menghidapinya. Salah seorang pesakit yang menghubungi saya(customer sahabat saya yang ingin tahu pengalaman suami saya menggunakan vivix) memberitahu penyakitnya sehingga tahap dia terlantar di hospital. Bengkak bukan saja dikaki tetapi sehingga ke peha dan perut.Tak boleh nak gerak. Itu luahannya. Alhamdulillah beliau bersetuju untuk ambik Vivix. Dan saya dengar cerita dari sahabat saya, customernya ini dah ada perubahan positif. Saya tumpang gembira.



Dan cerita seterusnya testimoni kedua pesakit Nephrotic Syndrome ini. Kisahnya adik ini merupakan downline saya sendiri. Suaminya penghidap penyakit ini telah dua tahun bergantung dengan ubat. Namun tiada langsung perubahan. Beliau menghubungi saya setelah terbaca testimoni suami saya yang saya kongsikan. Syukur pada Allah, terima kasih pada Mr Google yang menemukan beliau dengan cerita suami saya.

Suaminya hampir give up, sedih mengenangkan nasib isteri dan anak-anak jika ditakdirkan jadi apa-apa pada dirinya. Saya masa dapat mesej darinya rasa sedih sangat bila tahu keadaaannya macam tu. Saya berkongsi cerita dengannya. Dan dia bersetuju untuk mengambil Vivix dan Omega untuk suaminya. Dan minggu lepas, iaitu lebih sebulan setelah suaminya menggunakan Vivix beliau menghubungi saya untuk ulang pembelian. Apa yang menarik beliau memberitahu suaminya menunjukkan PERUBAHAN YANG SANGAT POSITIF SEHINGGAKAN DOKTOR PUN TERKEJUT DENGAN PERUBAHANNYA ITU. Alhamdulillah. ALLAHUAKBAR.

Penapis buah pinggang bocor
Anda gembira membacanya? Saya pun begitu. Saya percaya setiap penyakit yang ada di dunia ini, ada penawarnya kecuali MATI. Tinggal lagi sama ada kita nak berikhtiar atau tidak mencarinya.

Oh ya, bulan ini promosi VIVIX BELI 6 PERCUMA 1. Jika anda nak beli 1 pun boleh. Boleh klik link ini atau hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA. Saya gembira untuk membantu anda.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f4655a2b707853f1b118e0dadc52f9ba




Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Puncak Alam
Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

VITAMIN E SHAKLEE KHASIAT TESTIMONI 2023

Orang selalu kaitkan Vitamin E dengan kulit cantik. Memang betul pun tapi sebenarnya ada banyak manfaat lain yang boleh diperoleh dengan mengamalkan vitamin E. 

Dan ada banyak vitamin e di pasaran, apa istimewanya Vitamin e Shaklee sehingga ianya selalu menjadi pilihan. Saya akan kupaskan di dalam artikel ini.

ISTIMEWANYA VITAMIN E SHAKLEE 



Vitamin E Shaklee diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E. 

Ia diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama & delta) dan ini menjadikan Vitamin E Shaklee merupakan Vitamin E yg paling lengkap dan semula jadi di pasaran.

Dengan ekstrak biji anggur yang mengandungi proantosianidin sebatian yang menjadikan ia antioksidan yang bagus.

Vitamin E Shaklee juga mengandungi 10mg selenium yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E dgn lebih baik, memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Ia juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina.

Jadi kalau nak pilih Vitamin E, pastikan pilih
✅Vitamin e yang dari sumber semulajadi
(Lihat pada label ada huruf d kecil (d-alfa-tocoferol). Jika huruf 'l' atau 'dl' menunjukkan dari sumber kimia atau tiruan

✅ Cari perkataan mixed tocopherol pada label
✅ pilih vitamin e yang ada  kandungan "selenium" (penyerapan lebih berkesan)

Semua ciri² ni ada pada Vitamin e Shaklee.


VITAMIN E UNTUK SIAPA?

Bagi mereka yang ada masalah kulit muka jerawat, jerawat, ada parut jerawat vitamin E adalah pilihan yang tepat. Bukan itu saja vitamin e juga bermanfaat untuk mereka yang ada masalah kolesterol tinggi, keguguran rambut dan selalu stress.


MANFAAT LAIN VITAMIN E SHAKLEE

  • membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Memperbaiki peredaran darah
  • Memperbaiki tisu
  • Melindungi paru paru dari pencemaran udara
  • Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
  • Mengurangkan parut & masalah jerawat
  • Mengurangkan tekanan darah
  • Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
  • Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
  • Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
  • Merendahkan kadar kolesterol
  • Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
  • Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
  • Juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri

  • Meningkatkan kualiti sperma
  • Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual
  • Mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu
TESTIMONI VITAMIN E SHAKLEE
Ada banyak testimoni vitamin E. Dan testimoni yang dikongsikan adalah real testimoni. 

VITAMIN E HILANGKAN PANAU 
Bagi saya sendiri, teringat pada ibu saudara saya yang belikan vitamin e untuk anak lelakinya yang panau di muka dan belakang leher. Biasalah anak remaja  kadang kadang aktiviti harian menjadikan kulit muka mereka bermasalah. Tapi kesian jika tak dirawat buat mereka hilang keyakinan diri kan. Syukur alhamdulillah selepas penggunaan sebotol panaunya hilang. 

Ada banyak testimoni vitamin E saya kongsikan di sini. Semoga bermanfaat
.
Sebotol ada 120biji sebotol. Tahan sehingga 4bulan. Tetapi untuk dapat result yang lebih baik jntuk kulit muka anda, anda jugak bole buat masker vitamin e. Berbaloi baloi. 

Bagi mereka yang ingin dapatkan vitamin E Shaklee yang jadi pilihan ramai ni, hubungi saya di link di bawah. Saya akan bantu guide anda dengan terbaik. 


Atau hubungi saya
Tinie Badri
0122812952
COD Shaklee: Puncak Alam, Jeram, Kuala Selangor. Juga sekitar Manjung Perak. 
Pos ke seluruh Malaysia. Gg by

Friday, July 28, 2023

Percutian Shaklee Yang Mewah, Tanpa Keluar Duit Sendiri


Percaya atau tidak saya pergi Switzerland tanpa keluar belanja satu sen pun, malah tukar matawang pun tidak. Ramai orang buat bisnes untuk tambah income. Begitu juga dengan saya. Manalah saya tahu rupa-rupanya dengan bisnes Shaklee juga saya boleh dapat pergi percutian mewah yang ditaja semuanya. Ye percutian Shaklee anda tak perlu pun keluar belanja sendiri, segalanya ditanggung. Ini kisah saya. 

Saya buat bisnes Shaklee ni sudah hampir 10 tahun. Niat awal saya untuk tambah pendapatan sedia ada sebagai penjawat awam. Daripada side income jadi main income.

 Yang paling saya tak sangka, bagi leader yang cemerlang membangunkan bisnes, Shaklee juga menawarkan percutian percuma. Dah namanya PERCUTIAN, dan PERCUMA pulak tu siapalah yang tak suka kan. 

Untuk pengetahuan, dengan bisnes Shaklee kita boleh dapat 3C. Cash, Car Bonus dan Convention. 

Percutian ini termasuk di dalam kategori convention. Ada dua kategori iaitu Regional Trip dan International Trip. Regional trip ni dulunya dalam Malaysia tetapi kini melibatkan percutian ke negara-negara jiran atau ASEAN manakala international trip pula adalah percutian ke negara selain daripada negara ASEAN. Untuk international trip, para leader yang beragama Islam boleh menukarkannya dengan umrah. 

Saya sendiri pernah dapat percutian Shaklee ke hotel mewah Palace Of The Golden Horses, Langkawi, percutian menaiki Cruise Mewah (Phuket, Penang, Klang), percutian ke Phuket Thailand 

dan yang terbaru yang paling tidak dapat saya lupakan adalah ke Switzerland. 

KISAH BAGAIMANA SAYA PERGI SWITZERLAND TANPA KELUARKAN SATU SEN PUN

Untuk info percutian Shaklee semuanya percuma termasuk flight, penginapan, makanan, pengangkutan dan semua trip ke tempat lawatan. Dan memang segalanya mewah. Semua yang layak akan dapat beg jenama mewah ini, Samsonite. Terbeliak mata saya tengok harga beg ni. Saya tak pernah beli beg luggage semahal ni.

Ditakdirkan Allah 2minggu sebelum berangkat saya mengalami accident yang mengakibatkan tangan saya patah. Persiapan untuk ke Switzerland tergendala. Dan 5 hari sebelum tarikh ke Switzerland saya perlu menjalani pembedahan. Saya hampir-hampir memutuskan untuk tidak pergi. Berkat sokongan keluarga dan sahabat-sahabat Shaklee yang sangat supportive saya dapat juga sampai ke Switzerland. 

Kesuntukan membuat persiapan menyebabkan saya tak sempat untuk tukarkan matawang.  Dengar pulak Shaklee ada beri meal allowance (bagi menggantikan 5kali makan yang Shaklee tak sediakan makanan) Dan ianya  hampir Ringgit Malaysia seribu ringgit.  RM950.
MasyaAllah alhamdulillah syukur sangat. Duit itulah yang saya gunakan membeli serba sikit cenderamata. Saya sendiri tidaklah shopping sangat disebabkan kekangan kesihatan. Dan ingin berjimat juga untuk perbelanjaan rawatan seterusnya. Ketika itu juga saya diuji dengan beberapa kekangan lain. Jadi shopping bukanlah keutamaan saya. 

TAPI jika anda kaki shopping, masa trip Shaklee ni boleh sangat untuk shopping puas-puas. Bawak saja wang lebih. 
Cuma apa yang ingin saya kongsikan dengan Shaklee walau anda tangan kosong pun dapat berjalan ke negara Eropah. 

Semasa di sana selama 7 hari kami tinggal di dua hotel mewah. Jika pergi sendiri saya memang takkan mampu untuk tinggal di hotel mewah yang mencecah 4 angka 1malam. 

HADIAH MEWAH SEPANJANG TRIP
Bukan hotel je mewah, kami juga dilayan bagai VIP. 
Dengan pelbagai hadiah mewah. 

Jam tangan swatch edisi istimewa Olympics khas untuk deligasi Shaklee. Yang diberikan oleh CEO Shaklee sendiri Mr Roger Barnett.

PERTAMA KALI SAYA NAIK GUNUNG SALJI, DAN IANYA PERCUMA 

Saya tak pernah pergi ke negara bermusim sejuk. Dan Switzerland adalah negara pertama. Alhamdulillah. Shaklee bawa kami ke dua puncak gunung sepanjang di sana. Kami ke Titlis dan Jungfrau. MasyaAllah indahnya ciptaan Allah.


MAKANAN HALAL TERSEDIA WALAUPUN DI NEGARA EROPAH. TAK SEMPAT RINDU MAKANAN MALAYSIA. 

Satu yang sangat disyukuri bila berjalan dengan Shaklee adalah kami disediakan makanan halal. Jadi tidak perlu risau. Makanan tersangatlah mewah. Bukan saja tak sempat lapar, malah tak sempat rindu makanan Malaysia. Punyalah Shaklee layan kami semua. 

Walaupun kami di puncak gunung. Shaklee juga akan pastikan ada tempat solat untuk kami. Bab ini Shaklee memang sangat jaga. Hatta jadual solat Shaklee sediakan dari awal perjalanan lagi. 
Alhamdulillah terima kasih Shaklee. 
Siapa jer lah yang tak suka pergi percutian mewah PERCUMA kan. 

Percayalah, Dengan bisnes Shaklee kita akan dapat capai impian kita. 

Tahun ni insyaAllah saya akan ke Korea. Juga trip mewah tajaan Shaklee.

Bagaimana nak dapatkan trip PERCUMA ini? Mulakan dengan langkah pertama dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan klik di sini. Daftar Ahli . InsyaAllah saya akan bantu anda. Kita ada suppport group yang dapat membantu untuk membina legasi bisnes dengan kukuh. Jom sertai kami. 

Tinie Badri
Business Leader Since 2013
012-2812952
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...