Percaya atau tidak saya pergi Switzerland tanpa keluar belanja satu sen pun, malah tukar matawang pun tidak. Ramai orang buat bisnes untuk tambah income. Begitu juga dengan saya. Manalah saya tahu rupa-rupanya dengan bisnes Shaklee juga saya boleh dapat pergi percutian mewah yang ditaja semuanya. Ye percutian Shaklee anda tak perlu pun keluar belanja sendiri, segalanya ditanggung. Ini kisah saya.
Saya buat bisnes Shaklee ni sudah hampir 10 tahun. Niat awal saya untuk tambah pendapatan sedia ada sebagai penjawat awam. Daripada side income jadi main income.
Yang paling saya tak sangka, bagi leader yang cemerlang membangunkan bisnes, Shaklee juga menawarkan percutian percuma. Dah namanya PERCUTIAN, dan PERCUMA pulak tu siapalah yang tak suka kan.
Untuk pengetahuan, dengan bisnes Shaklee kita boleh dapat 3C. Cash, Car Bonus dan Convention.
Percutian ini termasuk di dalam kategori convention. Ada dua kategori iaitu Regional Trip dan International Trip. Regional trip ni dulunya dalam Malaysia tetapi kini melibatkan percutian ke negara-negara jiran atau ASEAN manakala international trip pula adalah percutian ke negara selain daripada negara ASEAN. Untuk international trip, para leader yang beragama Islam boleh menukarkannya dengan umrah.
Saya sendiri pernah dapat percutian Shaklee ke hotel mewah Palace Of The Golden Horses, Langkawi, percutian menaiki Cruise Mewah (Phuket, Penang, Klang), percutian ke Phuket Thailand
dan yang terbaru yang paling tidak dapat saya lupakan adalah ke Switzerland.
KISAH BAGAIMANA SAYA PERGI SWITZERLAND TANPA KELUARKAN SATU SEN PUN
Untuk info percutian Shaklee semuanya percuma termasuk flight, penginapan, makanan, pengangkutan dan semua trip ke tempat lawatan. Dan memang segalanya mewah. Semua yang layak akan dapat beg jenama mewah ini, Samsonite. Terbeliak mata saya tengok harga beg ni. Saya tak pernah beli beg luggage semahal ni.
Ditakdirkan Allah 2minggu sebelum berangkat saya mengalami accident yang mengakibatkan tangan saya patah. Persiapan untuk ke Switzerland tergendala. Dan 5 hari sebelum tarikh ke Switzerland saya perlu menjalani pembedahan. Saya hampir-hampir memutuskan untuk tidak pergi. Berkat sokongan keluarga dan sahabat-sahabat Shaklee yang sangat supportive saya dapat juga sampai ke Switzerland.
Kesuntukan membuat persiapan menyebabkan saya tak sempat untuk tukarkan matawang. Dengar pulak Shaklee ada beri meal allowance (bagi menggantikan 5kali makan yang Shaklee tak sediakan makanan) Dan ianya hampir Ringgit Malaysia seribu ringgit. RM950.
MasyaAllah alhamdulillah syukur sangat. Duit itulah yang saya gunakan membeli serba sikit cenderamata. Saya sendiri tidaklah shopping sangat disebabkan kekangan kesihatan. Dan ingin berjimat juga untuk perbelanjaan rawatan seterusnya. Ketika itu juga saya diuji dengan beberapa kekangan lain. Jadi shopping bukanlah keutamaan saya.
TAPI jika anda kaki shopping, masa trip Shaklee ni boleh sangat untuk shopping puas-puas. Bawak saja wang lebih.
Cuma apa yang ingin saya kongsikan dengan Shaklee walau anda tangan kosong pun dapat berjalan ke negara Eropah.
Semasa di sana selama 7 hari kami tinggal di dua hotel mewah. Jika pergi sendiri saya memang takkan mampu untuk tinggal di hotel mewah yang mencecah 4 angka 1malam.
HADIAH MEWAH SEPANJANG TRIP
Bukan hotel je mewah, kami juga dilayan bagai VIP.
Dengan pelbagai hadiah mewah.
Jam tangan swatch edisi istimewa Olympics khas untuk deligasi Shaklee. Yang diberikan oleh CEO Shaklee sendiri Mr Roger Barnett.
PERTAMA KALI SAYA NAIK GUNUNG SALJI, DAN IANYA PERCUMA
Saya tak pernah pergi ke negara bermusim sejuk. Dan Switzerland adalah negara pertama. Alhamdulillah. Shaklee bawa kami ke dua puncak gunung sepanjang di sana. Kami ke Titlis dan Jungfrau. MasyaAllah indahnya ciptaan Allah.
MAKANAN HALAL TERSEDIA WALAUPUN DI NEGARA EROPAH. TAK SEMPAT RINDU MAKANAN MALAYSIA.
Satu yang sangat disyukuri bila berjalan dengan Shaklee adalah kami disediakan makanan halal. Jadi tidak perlu risau. Makanan tersangatlah mewah. Bukan saja tak sempat lapar, malah tak sempat rindu makanan Malaysia. Punyalah Shaklee layan kami semua.
Alhamdulillah terima kasih Shaklee.
Siapa jer lah yang tak suka pergi percutian mewah PERCUMA kan.
Percayalah, Dengan bisnes Shaklee kita akan dapat capai impian kita.
Tahun ni insyaAllah saya akan ke Korea. Juga trip mewah tajaan Shaklee.
Bagaimana nak dapatkan trip PERCUMA ini? Mulakan dengan langkah pertama dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan klik di sini. Daftar Ahli . InsyaAllah saya akan bantu anda. Kita ada suppport group yang dapat membantu untuk membina legasi bisnes dengan kukuh. Jom sertai kami.
Tinie Badri
Business Leader Since 2013
012-2812952
No comments:
Post a Comment