Kesuburan ialah peluang untuk mendapatkan anak. Pasangan yang subur mempunyai peluang yang tinggi untuk memiliki anak. Bagi mereka yang berusaha untuk mendapatkan anak perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana untuk meningkatkan tahap kesuburan. Jika anda berniat untuk memperbaiki kesuburan dengan cara semulajadi, terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan.
IKUTI 10 TIP MENINGKATKAN TAHAP KESUBURAN SECARA SEMULAJADI INI
- MENJAGA BERAT BADAN
Berat badan yang berlebihan atau kurang berat badan dapat mengganggu proses ovulasi. Menurut kajian, wanita memerlukan berat badan dengan kandungan lemak 17% hingga 21% agar dapat mengalami ovulasi secara teratur. - MEMILIH MAKANAN ORGANIK
Yang ini mungkin ramai tak perasan. Saya sendiri tak menyedarinya dulu. Tapi sekarang makanan di rak organik menjadi pilihan.
Pelbagai kajian menunjukkan bahawa insektisid dan racun perosak mempunyai pengaruh negatif terhadap hormon progesteron. Progesteron ialah hormon yang berfungsi menumbuhkan dan mematangkan sel telur, serta menyiapkan dinding rahim bagi kehamilan. Tanpa progesteron kehamilan tidak mungkin terjadi.Berhati-hati dengan sayur-sayuran juga buah-buahan yang membanjiri pasar kerana ia mungkin mengandungi racun serangga. - MEMPERBAIKI POLA MAKANAN
Kekurangan sejumlah vitamin dan mineral akan mengurangkan tahap kesuburan. Vitamin C, E, dan B Complex terutama B6 sangat penting bagi pembentukan dan pengaturan kerja hormon. Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral serta biji-bijian yang mengandungi lemak pati seperti soya, ulam-ulaman dan kacang tanah. Makan dengan pola makan yang seimbang jangan terlalu banyak lemak kerana akan mengganggu keseimbangan hormon tubuh. - MENGURANGKAN STRESS
Anda perlu mengawal stress, kurangkan beban fikiran dengan cara memperbanyakkan rekreasi berehat dan bersenam. Stress membuatkan hormon dalam tubuh menjadi tak seimbang seterusnya menyukarkan ovulasi. - TIDUR YANG CUKUP
Hasil kajian menunjukkan wanita yang kurang tidur kesuburannya memiliki kadar leptin yang rendah. Leptin ialah hormon yang mempengaruhi rasa lapar dan berat badan. Kadar Leptin akan menurun jika anda tidak cukup tidur. Cuba untuk tidur 7-8jam sehari - MENGAMBIL SUPLEMEN YANG SELAMAT
Dengan mengambil suplemen bagi menutup lompong kosong akibat kekurangan nutrisi dipercayai dapat meningkatkan kesuburan. Ada yang memilih untuk mengamalkan jamu tradisional. Boleh namun perlu berhati-hati dalam mengamalkan jamu tradisional. ada antaranya tidak selamat kerana pemprosesannya tidak bersih sehingga mengandungi aflatoksin (racun dari kulat tepung yang dapat menyebabkan ganggguan fungsi hati atau kanser hati.) - MELAKUKAN PERSETUBUHAN SECARA TERATUR
Melakukan persetubuhan secara teratur mampu mengawal kitaran haid atau kesuburan anda. Sekaligus menunda penurunan kadar estrogen ketika usia anda bertambah. Kedua-dua perkara tersebut dapat meningkatkan kesuburan. Demikian menurut penelitian Einnifred Cutler, PhD, pengasas Athena Institute di Chestar Springs, Pennsylvania - MENGHENTIKAN KEBIASAAN MEROKOK
Kajian menunjukkan rokok dapat meningkatkan risiko menopause awal. Racun dalamp nikotin boleh mengganggu ovulasi. Menghentikan kebiasaan merokok dapat melindungi kesuburan anda. - MEMBERSIHKAN RUMAH DAN MENCUCI TANGAN
Bahan-bahan kimia yang terdapat pada produk pembersih rumah ternyata dapat menurunkan kesuburan. Menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Enviromental Health Perspectives menyatakan bahawa perempuan dengan kadar PBDE (polybrominated diphenyl ethers) pada darah yang tinggi memerlukan masa dua kali lebih lama untuk disenyaawakan telurnya dari mereka yang memiliki PBDE yang rendah. (PBDE terdapat bahan pencegah api pada beberapa mainan, plastik dan bahan pakaian). Bahan kimia ini dapat mengubah fungsi hormon thyroid dan mengganggu kadar hormon seks. PBDE juga mampu bertahan hidup dalam debu yang kita sedut atau kita sentuh. Oleh itu cucilah tangan setiap kali anda selesai melakukan sebarang aktiviti untuk membunuh pelbagai jenis racun yang melekat di tangan. - MAKAN AISKRIM
Wah peminat aiskrim mesti suka dengan berita ini. Menurut kajian dari Harvard School of Public Health, Boston, semua produk olahan susu dengan lemak penuh seperti keju, aiskrim dan susu) dapat membantu anda untuk hamil.
Dr Richard Fleming dari Glasgow Centre for Human Reproduction menyatakan perempuan yang menjalani diet rendah lemak harus hati-hati dengan kemandulan.
Amalkan tips-tips ini dan jangan berputus asa, teruskan usaha dan teruskan berdoa. Moga berjaya usaha mereka yang ingin hamil.
Pengedar Sah Shaklee :
Tinie Badri (Shaklee ID 927505)
012-2812952. (whatsapp /sms)
hartini.badri@gmail.com (e-mail)
COD Shaklee: Tanjung Malim, Manjung
PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK
PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK
No comments:
Post a Comment