Tuesday, November 15, 2016

Pengalaman Miss Pilot Dan Adiknya Bekerja di Kidzania



Assalamualaikum
Hari ni saya nak share satu lagi destinasi percutian yang boleh anda fikirkan untuk bawa anak-anak masa cuti sekolah ni. KIDZANIA. Kanak-kanak memang suka tempat ni. Sampai hari ni anak-anak dok sebut nak ke sini lagi. Dan satu hari sebenarnya memang tak cukup nak explore semua tempat. Tersangatlah best dan banyak pilihan. Pstt kalau orang tua boleh main memang akak dah main dah. haaha..

Masa pergi ni Kak Long 7tahun, Aira 4tahun 3bulan. Dari tahun lepas nak pergi, tapi fikir masa tu adik kecil lagi biar besar sikit pandai sikit main. Biar berbaloi sikit bayar tiket kan. Sebabnya orang dewasa tak boleh masuk dalam tu untuk ajar ke apa.

Waktu Operasi Kidzania? (Operation Hours Kidzania)
Kidzania Buka pukul 10 pagi, makanya dekat-dekat pukul 10 tu kami dah sampai. Ingat ye! Biar berbaloi bayar tiket hihi.

 Masuk awal sangat, staf semua sedang morning briefing dan senaman berlagu gitu.


Best jugak masuk awal kan.


Berapa harga tiket Kidzania?
Boleh refer sini ye https://www.kidzania.com.my/admissions/entrance-fee/

Jangan hairan tau harga tiket dewasa murah banyak berbanding kanak-kanak. Sebabnya kat dalam tu memang untuk dunia mereka. Main-main dalam tu semua untuk kanak-kanak. Mak Ayah agak boring tapi takpe la kasi can kan. Dan harga online lebih murah daripada walk in. Korang tengok jugak kat bahagian promotion. Kadang ada less lagi dengan guna kad kredit tertentu dan ada promosi lain.

Sebenarnya kami pergi lama dah, awal tahun hari tu. Masa tu lepas Chinese New Year. So ada promosi harga tiket. Dapat jimat dekat RM20 lagi daripada harga online tu.

Ini Kaunter beli tiket masuk. Bagi yang dah beli tiket online, ada laluan ekspress. Nasib baik lagi sebab yang walk in masa ni ramai jugak. Masa ni dapat sampul duit kosong dalamnya ada cek. Kena pergi kat bank dan tunaikan cek tu. Semua ni anak-anak ni la yang akan buat sendiri. Beratur dan pergi kaunter sendiri.

Muka happy dapat duit banyak.
 Duit yang banyak ni kira modal permulaan. Anak-anak ni akan pergi dari satu lokasi ke satu lokasi pekerjaan. Ada pekerjaan yang dapat upah, ada juga bahagian yang perlu keluarkan modal. Kat setiap pintu tu ada beritahu berapa modal atau upah yang akan dapat. Biasanya pekerjaan yang dapat barang contohnya macam kat Marrybrown buat burger untuk dimakan sendiri. Yang ni kita kena bayar guna duit tu. Mesti tak faham kan, takpe teruskan pembacaan. Oh ye bukan duit betul tau, Duit kidzania(matawang=kidzos). Laku dalam kidzania je hihi.

Kat pintu setiap bahagian ada ditampal ni, so boleh budget masa, boleh tengok umur yang dibenarkan dan samada dibayar atau kena bayar. (Contoh: Dibayar +10, kena bayar -10)



Pada mulanya anak-anak ni excited sangat nak terus ke bomba. Nak naik truck bomba nak padam api. Tapinya ni antara yang paling favorite jadinya ramai sangat dah yang beratur.
Sambil queue ambil gambar dulu

Setiap group diletakkan estimates masa menunggu

Idaman kanak-kanak, upin ipin menyumbang jugak ni tu yang diorang suka sangat ngan bomba
 Masa menunggu lama sangat, rugi rugi. Jadi kami pilih untuk tak buang masa pegi main benda lain dulu.

Pekerjaan pertama mereka. Belajar dari bawah ye nak..hihi
dapat upah banyak yang ni

Ha, ni lagi satu, nak lagi best buat passport kat imigresen. Urusan buat pasport sama je macam biasa tu. Tangkap gambar dapat pasport merah. Ada banyak special kalau ada pasport antaranya boleh collect cop di setiap post. Dan dapat diskaun juga dapat extra upah berbanding biasa. Nak buat pasport bayar RM30 dan passport ni valid sehingga usia 17tahun di seluruh kidzania. Next bila datang lagi jangan lupa bawak passport. Kami decide buat passport. Layannn..

 Ha ni Spritzer belajar handle mesin buat botol sendiri, sehingga dimasukkan air dan diletakkan penutup. Yang ni dapat air mineral so kena bayar.

 Siap je buat air, ada pekerjaan satu lagi hantar air-air ke kedai. Ni kira pekerjaan lain, courier service. Dibayar upah.
 Lifebuoy excited diorang dengan pakai uniform cantik ni. Belajar buat sabun u all.

 Mami dan Dedi melepak la kat luar. Ada orang dah mengantuk masa ni haha.. Oh ye mak ayah ada tempat rehat jugak Lounge gitu. Nak minum ke nak wifi ke, nak urut ke. Erk urut guna Gintell la tapi.. hihi..
Cuma kita takut jugak nak tinggal anak kan. Dan biasanya anak-anak akan spend 10-15minit di satu-satu tempat tu. So kami tunggu kat luar pintu je.

 Adik suka sangat jadi Doktor baby ni. Belajar handle baby(baby doll) bersihkan baby, pakaikan pampers dan berikan susu. Kat sini ada jugak bahagian X-ray dan lain-lain tapi anak excited yang ni. Kami tengok dari jauh je ni.
harga makanan kat sini

Nak rehat jap kami masuk panggung tengok Magic Show. Sebenarnya pekerjaan jugak ni. Ahli silap mata di kalangan kanak-kanak. Mereka diajar buat show. So dibayar gaji. Masa nak masuk ni tak ingat la kena bayar guna duit diorang tu ke tak..Rasanya tak.


 Ha ni menarik jugak. belajar buat burger kat Marrybrown. Lepas buat ni. Kami terus rehat makan sat. Dan solat ada surau kecil di tepi ni.

 Kat Bomba ni memang ramai. masa ni dah tak ramai sangat kami pun beratur. Anak-anak diberi taklimat, Masuk trak bomba dengan bunyi nino nino nya tu kemudian ke lokasi kebakaran.

Semangat la diorang memadam kebakaran


 Kak Long jadi pesakit, Aira jadi Doktor. Alalala kecik je.


 Stesen minyak pun boleh. Oh ye ada jugak bahagian ambik lesen kereta tapi tu untuk budak besar. Mereka tak lepas.

 Belajar buat vitamin.. Cewah. Bukan Shaklee la tapi. Pharmaniaga. Masuk ni kena bayar dan tak dibayar upah. Sebabnya nanti keluar akan dapat vitamin. Bukanlah yang mereka buat tu, vitamin dah siap pack.

 Satu lagi tempat yang kena bayar. Sebab dapat vitagen

 Sendiri buat, sendiri minum

 Kat Air Asia ni ramai jugak. Boleh jadi pilot, boleh jadi flight attendant. Nak gaji mahal jadi pilot la kan. Tapi kalau ada dua orang je masa tu, so sorang satu roles. Masa ni Kak Long jadi pilot. Adik jadi FA.
Mami dedi tak dapat tengok kat dalam. tapi kat dalam tu ada cameraman so mereka yang akan tangkap gambar. Maknanya kena beli la nanti gambar tu kalau berkenan. Hihi.

Gambar yang dibeli. Gambar jelas dan cantik memang memikat untuk dibeli
Tutup pukul 7 petang, kami keluar dalam pukul 6 lebih macam tu. Ingat biar berbaloi bayar tiket hihi. Tapi kami taknak keluar lambat sangat nanti kat bank ramai beratur.

Ha kenapa pergi bank balik? Masukkan balik duit yang ditangan ke dalam bank dan CIMB bank ni akan bagi kad. Tapi kad tu pun hanya boleh diguna di Kidzania sahaja. Di mana-mana Kidzania di serata dunia. Jadi next time bila datang dah ada duit banyak tu dah dalam akaun, makin banyak modal gitu.
Alhamdulillah bijak anak-anak ni bekerja. dapat collect lebih daripada modal yang dapat pada mulanya tu. Bagus-bagus. Nanti buat bisnes Shaklee pun camtu tau, modal rendah income masyuk haha..sempat lagi mami..
Bijak dah dak 4tahun 3bulan ni berurusan di kaunter :)

Banyak lagi tempat yang pergi sebenarnya tapi kang muntah gambar pulak kan hihi. Pergilah sendiri dan biar anak-anak explore. Memang best. Kalau tak best takkan diorang nak pergi lagi kan. Yes memang kami akan kembali lagi walaupun banyak yang dah main tapi banyak jugak lagi yang belum main antara yang saya ingat kami tak sempat ke stesen tv, stesen radio. So Tak sempat la nak jadi Dj, jadi pembaca berita. Tu kalau anak besar sikit lagi mesti syok. Ada tempat komputer, oh yang ni ada masuk, tempat menjahit, tempat telefon, insurans, haihh memang banyak.

Tiket memang agak mahal tapi untuk mengalami pengalaman dunia pekerjaan ni memang berbaloi sangat. Macam saya memang antara sebab buat bisnes ni untuk anak-anak. Jadi ni reward kepada mereka yang selalu temankan saya, selalu doakan mami diorang ni sales mantop, murah rezki. Rezki yang kita dapat pun untuk anak-anak kan.
Tapi Kalau rasa tak mampu lagi nak reward anak. Takpe, Ajak anak-anak menabung sekali. Tampal kat tabung " Tabung Kidzania" Hahh dapat tampal gambar sekali mesti anak-anak lagi semangat gitu.

Saya sekadar berkongsi info, semoga dapat manfaatnya. Boleh tinggalkan pertanyaan di komen atau anda boleh kongsi pengalaman anda di kidzania di bahagian komen.

Sehingga ketemu lagi di lain entry.



Tinie Badri
012-2812952

PENGEDAR SAH SHAKLEE PERAK 
PENGEDAR SAH SHAKLEE UPSI 
PENGEDAR SAH SHAKLEE TANJUNG MALIM 
PENGEDAR SAH SHAKLEE BEHRANG 2020 
PENGEDAR SAH SHAKLEE SLIM RIVER 
PENGEDAR SAH SHAKLEE MANJUNG 
PENGEDAR SAH SHAKLEE LUMUT 
PENGEDAR SAH SHAKLEE LEKIR 
PENGEDAR SAH SHAKLEE SITIAWAN 
PENGEDAR SAH SHAKLEE IPOH 
PENGEDAR SAH SHAKLEE AYER TAWAR 
PENGEDAR SAH SHAKLEE KAYAN 
PENGEDAR SAH SHAKLEE TELUK INTAN

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.