Sunday, November 13, 2016

5 Perkara Baru Yang Dilakukan Dalam Hidup Bila Menyertai Supermom Covergirl

Baru-baru ini saya telah memenangi tempat kedua Supermom Covergirl anjuran Supermom Shaklee.
Alhamdulillah. Saya sangat gembira dan berpuashati kerana dapat mencapai target dalam menyertai contest ini.

Apa yang ingin saya kongsikan kali ini adalah. Ada beberapa perkara baru dalam hidup yang saya lakukan sepanjang menyertai Supermom Covergirl.

1. Menyertai kelas penjagaan muka menggunakan skincare Shaklee. 
Wow buat saya rasa nak lengkapkan satu set Nutriwhite untuk keperluan harian saya. Alhamdulillah sekarang ni dah lengkap dah set saya. 4 daripadanya PERCUMA dengan menyertai contest ni.. yeyyy alhamdulillah

2. Menyertai kelas belajar make up.
memang tak pernah sebelum ni. Seronok rupanya dan buat saya rasa nak pergi kelas lagi. Perempuan kan tak lari dari kecantikan


3. Posing ala-ala model di depan kamera. 
sungguh ini sangatlah payah cabarannya. Keras kaku tapi cuba jugak berikan yang terbaik. Ala-ala model muslimah supermom gitu. maafkan kekakuanku haha. INilah hasilnya






4. Interview video testimoni 1minit.
Cabaran seterusnya yang saya alami buat kali pertama adalah bercerita pengalaman menggunakan Shaklee, set yang mana yang buat saya jatuh hati dengan Shaklee. Dengan masa diberikan 1minit saya perlu buat skrip sendiri dan cuba bercakap selancar mungkin. Oh nampak macam senang kan. Runsing dengan cabaran yang satu ni.


Alhamdulillah 3 daripada 7 finalist adalah dari group OMS. yeyy.. Setelah memenangi menjadi top 7  finalist berdasarkan jumlah Like ke atas video ini dan markah juri, kami diberikan cabaran baru. Ya. Pastinya yang lebih mencabar. Dan yang saya tak pernah terfikir pun. Bak kata seorang sahabat saya finalist #supermomcovergirl ni, kalau saya tau ada pidato perlu bercakap di hadapan mungkin saya tak masuk. Hihi, saya tak pernah masuk pidato atau debat sejak dari sekolah hingga ke Universiti. 

5. Berpidato di hadapan audiens dan kamera. 
Ia satu pengalaman yang baru seumur hidup saya berusia 34 tahun. Berdebar rasa tambahan bila dengar peserta lain masing-masing ada pengalaman sendiri. Dengan tajuk yang diberi 3hari sebelum program, ia sangat-sangat mencabar. "Mencegah dan Mengurangkan Risiko Penyakit Kronik, di mana peranan ibu." Apa yang saya buat bila dapat tajuk saya kumpul content yang akan dibahaskan, saya membuat skrip. Saya bacakan untuk lihat adakah ia menepati masa 7minit yang diberikan. Saya bacakan dan rakam di dalam fon saya untuk saya dengarkan kembali. Untuk saya betulkan yang mana tak kena. Dan masa ni saya berkongsi dengan cucu Shaklee saya Acik. Kelakar tapi betul, komennya "Macam budak sekolah arendah mami, jangan tengok youtube yang sekolah rendah punya tengok peringkat U,"macam pembaca berita rtm la mami. Macam rancangan dokumentari" hahaha. Saya terima kerana ada kebenarannya saya pun naik bosan bila mendengarnya. Masa saya dengarkan pun, kawan kerja saya yang terdengar komen perkara yang sama. Maka saya ambil cabaran ni, saya dengar balik contoh di youtube, saya pendekkan skrip saya, saya masukkan emosi dalam latihan saya. Masa sangat suntuk. Hari Jumaat skrip yang betul siap, hari Sabtu kenduri sepupu di kampung, Sabtu malam Ahad tu saya balik ke Tanjung Malim. hari Ahad pertandingan. Bila masa saya berlatih?? Di dalam kereta dalam perjalanan pulang dari Manjung ke Tanjung Malim. Suami tolong dengar dan betulkan yang mana patut. Thank a lot Encik somi.

Saya memilih untuk tidak membawa skrip sebab saya akan rasa lebih nervous dan lari fokus.
Di awal pertandingan ada briefing dan Master Hadhatina (Pengasas Supermom) ada memaklumkan sistem pemarkahan dan di antaranya ada markah bonus jika ada perkataan bombastic(baru) saya pun kalut la google dan masukkan dalam skrip. Eh siap tulis kat tangan lagi perkataan tu. haha. Kalau korang perasan la ada dalam video ni, dibahagian akhir. sebelum naik stage sempat tau telefon mak. punyalah nervous hihi
tu kat tangan nampak tak hihihi

Alhamdulillah dapat hafal sikit-sikit.dan inilah hasilnya.

Walaupun tidak berpuas hati 100% tetapi saya bersyukur kerana dapat lalui cabaran ni. Jangan tak tahu sampai terbawa mimpi, saya lari dari pertandingan hahaha. Takut weh..

Syukur alhamdulillah dah selesai cabaran Supermom Covergirl. Memang tiada alasan untuk berjaya. Semua orang boleh buat cuma kena berani hadapi cabaran.

Sekalung tahniah saya ucapkan pada Juara Supermom Covergirl, beliau memang adalah yang paling layak. Tahniah cucuku Fitriyatul Ashiqin. Tahniah juga buat semua peserta.

set nutriwhite tuuuuu..sila jealous oke hihi


Akhir sekali, Setinggi penghargaan buat pengasas Supermom Master Hadhatina, Master Kamarul dan team Supermom sudi anjurkan contest yang luar biasa ini. Saya suka sangat dengan ayat ni.

Ummi Mai OMS yang tak jemu bagi kata semangat sampai saya tak jadi nak cancel pergi.
Jutaan terima kasih buat semua famili, sahabat-sahabat, dan kawan-kawan fb. Walau ada antaranya tak pernah bersua muka tapi sudi memberikan vote. Ada juga yang sudi share,semoga Allah membalas kalian dengan sebaik-baik balasan.

Sayang semuanya.

Hartini Badri
Naib Juara Supermom Covergirl





1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...