Saturday, July 4, 2015

IFTAR SAAT TERINDAH BERSAMA KELUARGA TOK NOI

Iftar atau majlis berbuka puasa sememangnya saat yang paling menggembirakan bagi semua umat Islam. Setelah seharian menahan diri dari lapar dan dahaga dan dari melakukan perkara yang membatalkan puasa. Tetapi Iftar menjadi saat yang paling terindah bagi saya bila dapat berkumpul beramai-ramai bersama keluarga tersayang. Yer pada saya tu lagi indah daripada berbuka di hotel 5 bintang. Cewah.hihi

Alhamdulillah saya punya keluarga yang besar. Dapat suami pun ada keluarga yang besar. Jadi kalau masa berbuka puasa memang meriah. Hari ni saya berbuka di kampung sebelah mak. Mak anak sulung dari 13 beradik. Tadi yang balik kampung untuk berbuka semuanya 10beradik mak campur dengan cucu2 Tok Noi memang meriah sangat lah. Mak Lang, Acu Wa dan Andak je tak dapat bersama. Mesti diorang jeles tu hihi.



Ni antara yang hadir hari ni. Memang penuh satu rumah dari ruang tamu sampai ke dapur. Saya memang kagum dengan makcik pakcik saya  ni termasuk sepupu sepapat. Dari yang paling tua mak saya berumur 57tahun sehinggalah sekecik-kecik sepupu dan anak sedara pupu berumur 4bulan. Kami sangat rapat. Walaupun Tok Noi dah tak ada lagi. Tok dah pergi pada bulan Januari yang lepas. Tapi Alhamdulillah sehingga ke hari ini kami masih dapat mesra berkumpul bersama.

Cakap je bila nak berkumpul, semua setuju je. Mula la masing-masing merancang dengan menu masing-masing. Dan hampir 95% adalah menu masakan sendiri. Hmmm yummmy. Seriously, sedap kalah hotel saya cakap pada sorang makcik saya. Haha.. yerlah tadi dengan pemanis mulut pun beranpa jenis bubur durian, pengat labu, kuih muih. Mi goreng, bihun goreng pun ada.

Menu lain mi kari, nasi putih, asam pedas melaka, kari ayam, kari ikan merah, dan yang teristimewa RENDANG UDANG GALAH YANG DIPANCING DARI SUNGAI OLEH ANJANG kami. Pergh sedap tak terperi. Maknjang kamk ni bab memasak memang terbaik. Yang paling best bila berebut tu la kan. Tu yabg jadi lagi sedap. Udang ni memang sold out awal la. Alhamdulillah.


Dan yang lagi best bila berkumpul ni, masing masing ringan tulang mengemas. Pinggan mangkuk memang tak berlonggok lah. Tua muda memainkan peranan masing-masing. Tu yang best tu hihi.

Alhamdulillah selesai majlis iftar tadi ramai-ramai menunaikan terawih di Masjid baru kampung kami. Ibu-ibu berkumpul di rumah dengan anak-anak kecil. Balik terawih apa lagi sambung berkumpul, bersembang, kata orang kampung melabun sampai malam. Dan sambung makan lagi haha. Mengadap rambutan lah pulak.


Alhamdulilah semoga panjang umur dapat berkumpul raya nanti. Masing- masing dah pakat berkumpul raya pertama. Kagum kan walaupun Atok dah takde semua masih pakat balik ikut giliran lagi. Semoga ukhwah fillah ini sehingga ke Jannah. Sayang mereka semua. Saya pasti korang juga punya keluarga yang membahagiakan seperti ini. Hargai saat bersama-sama nsan tersayang.  Jadi Ramadhan bulan mengeratkan silaturrahim. InsyaAllah.

2 comments:

  1. Memang seronok sangat dah berbuka beramai-ramai ni..tolong menolong dan beramah mesra masa berbuka memang menambahkan lagi selera yang ada..haha

    ReplyDelete
  2. terujanya tengok udang galah tu..nyum..nyum..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.