Showing posts with label Umrah;. Show all posts
Showing posts with label Umrah;. Show all posts

Saturday, November 12, 2016

Pengalaman Bawa Wheelchair Semasa Menunaikan Umrah di Tanah Suci

Assalamualaikum
Alhamdulillah sejak perkongsian saya tempohari tentang pengalaman menunaikan umrah, saya dihubungi dengan pelbagai soalan. Saya gembira dapat berkongsi pengalaman dan saya mengerti saya pun begitu masa sebelum pergi menunaikan umrah. Banyak persoalan yang perlukan jawapan dan kepastian. Semua orang pun mengimpikan perjalanan umrah yang smooth selesa dan teratur. Jadi perancangan dan persediaan pun mestilah mantap kan. Hari ni saya akan kongsikan soalan yang sering ditanya kepada saya. Bagaimana hendak membawa wheelchair semasa menunaikan umrah. Ini saya kongsikan berdasarkan pengalaman kami. Jika ada tatacara yang lain, tuan puan boleh kongsikan di bahagian komen. dan untuk makluman kami mengambil flight EMIRATES. Klia - Dubai-Jeddah, Jeddah- Dubai-Klia.


pengalaman umrah
Indahnya kenangan di Madinah.
4 orang dari jemaah kami memakai wheelchair
Oh ye kami pergi bersama agensi Al Haramain Global. Boleh klik link ni untuk cerita pengalaman penuh saya menunaikan umrah.

Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Al Haramain Global Tours andServices Sdn.Bhd
&

7 SEBAB PENGALAMAN TERBANG DENGAN EMIRATES AIRLINES SANGAT BEST

BINCANG DENGAN TRAVEL AGENSI ANDA
Suami saya ada pengalaman bawa mak menunaikan haji jadi dia yang menguruskan semua. Sebaiknya anda bincang dengan travel agensi dan mintak maklumat dan bantuan mereka juga untuk menguruskan semasa di airport.

BAWA WHEELCHAIR SENDIRI
sekiranya kita membawa ahli keluarga yang kurang berdaya belilah wheelchair di sini dan bawa dari sini. Bukan apa ada juga yang saya lihat nak berjalan kat airport pun slow tak larat, wheelchair tak dibawa mungkin merasakan orang tuanya masih boleh berjalan dan jika ada keperluan di tanah suci nanti boleh sewa saja dari hotel atau di masjid itu sendiri. ye boleh. Tetapi fikirkanlah untuk kemudahan dan kesihatan orang tua kita, saya sarankan bawa dari sini. Perjalanan kat airport tu sendiri jauh dari satu tempat ke satu tempat. Memang kesian tengok orang tua tak berdaya berjalan. oh ye kami bawa juga stroller untuk anak. Yang ni kami wrapping siap-siap di Klia dan loading sekali dengan bagasi semasa check in.

TAK PERLU WRAPPING
Suami saya tak bungkus wheelchair mak mertua saya dan mak mertua memang memakainya semasa di KLIA. Dan semasa ke kaunter untuk check in perlu memberitahu pada kaunter yang kita akan bawak wheelchair ini. Nanti petugas kaunter akan beri tagging untuk semua bagasi kita termasuk tagging untuk wheelchair itu tadi. Maklumkan juga kita perlukan wheelchair semasa di transit dan di airport Jeddah.


tips umrah
Sama flight dengan saya. Ibu uzur ini ditolak dengan wheelchair sendiri sehingga ke pintu flight.
Ada wheelchair lain menunggu di dalamnya.
GUNA WHEELCHAIR DI AIRPORT SEHINGGA KE PINTU KAPAL TERBANG.
Suami menolak wheelchair mak mertua sehingga ke pintu kapal terbang. Kaki mak mertua memang tak kuat untuk berjalan, so ada wheelchair kecil di dalam flight yang menunggu. dan flight attendant akan tolong tolak sehingga ke tempat duduk. Wheelchair kita serahkan pada petugas dan beritahu kita nak bawak wheelchair tu. Mereka akan uruskan.

JIKA ADA TRANSIT SILA MAKLUMKAN SEMASA CHECK IN YANG KITA PERLUKAN WHEELCHAIR DI AIRPORT TRANSIT.
Kami transit di Dubai selama 2jam semasa pergi ke Jeddah dan transit Dubai 6jam semasa perjalanan pulang ke KLIA. Ada masalah komunikasi juga masa kat sini. Masa nak keluar tu takde wheelchair yang tunggu walaupun kami dah maklumkan. Dan kami perlu menunggu sementara petugas datang bawa wheelchair. Kebetulan masa tu juga ada beberapa lagi mereka yang memerlukan wheelchair. Ada kenderaan macam kereta buggy tu datang untuk ambil beberapa orang yang memerlukan bantuan untuk berjalan. Memang jauh pun kalau nak berjalan. Kebetulan ada dua kenderaan buggy ni yang datang. Kami yang dah menunggu lama ni pun kalut nak cari surau nak solat, pemandu buggy ni tunjukkan arah surau kemudian dia suruh naik katanya dia pun nak Maghrib. Ahh lega rezeki. Mak yang dah naik buggy lagi satu di bawa ke satu hall lain khas untuk Special Need. Untuk berehat solat dan menunaikan hajat semua. Memang terbaik servis airport Dubai ni.

pengalaman tips umrah
 Ada juga stroller budak ni tau kat airport. Anak saya sempat jugak naik. Dah 6 tahun tapi kadang malas nak jalan nak mintak dukung. So pakai je stroller ni. Percuma.

tips umrah

 Maklumat lanjut servis di aiport untuk golongan istimewa di sini
http://www.emirates.com/english/plan_book/essential_information/special_needs.aspx#/Passengers_with_restricted_mobility

AMBIL SEMULA WHEELCHAIR SEMASA AMBIL BAGASI
Bila sampai di airport Jeddah, wheelchair airport dah menunggu. Sebab memang ada request awal-awal. Dan kita ambil wheelchair kita semasa mengambil bagasi-bagasi.
Baru sampai airport Jeddah. 
tips umrah warga tua
Di airport Jeddah menggunakan wheelchair sendiri sebelum naik flight

tips umrah bersama orang tua
Dah sampai di KLIA dah ambil wheelchair masing-masing

Sekian perkongsian saya dan suami, maaf jika ada ketinggalan maklumat. Seperti saya beritahu tadi sebaiknya bincang dan bertanya dengan travel agensi prosedur yang patut anda ikut.  Lain agensi, lain flight lain caranya mungkin kan.

Banyakkan berdoa moga dipermudahkan semua. Semoga perkongsian ini ada manfaatnya. Saya doakan moga umrah pembaca sekalian dipermudahkan perjalanan dan moga mendapat umrah yang mabrur. Saya mohon jasa kalian tolong doakan semasa di tanah suci semoga kami sekeluarga dijemput lagi menjadi tetamuNya dan moga saya dapat menunaikan haji sebelum usia 40 tahun. Amin. Jazakallahu khairan Kathira. Allahuakbar rindu.

Terima kasih sudi singgah di sini. oke sehingga bertemu lagi di lain entry. Assalamualaikum.


Perlukan suplemen untuk bantu anda dan keluarga bertenaga dan cergas semasa menunaikan umrah? Boleh hubungi saya.

Tinie Badri 012-2812952 


PENGEDAR SAH SHAKLEE PERAK 
PENGEDAR SAH SHAKLEE UPSI 
PENGEDAR SAH SHAKLEE TANJUNG MALIM 
PENGEDAR SAH SHAKLEE BEHRANG 2020 
PENGEDAR SAH SHAKLEE SLIM RIVER 
PENGEDAR SAH SHAKLEE MANJUNG 
PENGEDAR SAH SHAKLEE LUMUT 
PENGEDAR SAH SHAKLEE LEKIR 
PENGEDAR SAH SHAKLEE SITIAWAN 
PENGEDAR SAH SHAKLEE IPOH 
PENGEDAR SAH SHAKLEE AYER TAWAR 
P  ENGEDAR SAH SHAKLEE KAYAN 
PENGEDAR SAH SHAKLEE TELUK INTAN

Tuesday, May 17, 2016

Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Al Haramain Global Tours andServices Sdn.Bhd

Assalamualaikum
Apa khabar hari ni? Didoakan kalian sihat hendaknya. Oke hari ni saya nak kongsikan satu cerita yang dah lama sangat saya nak cerita. Bukan apa masa saya nak memilih agensi umrah yang terbaik mengikut keperluan kami tempohari saya cari maklumat di google tentang pengalaman jemaah tak banyak sangat dengan Al Haramain Global Tours and Services Sdn Bhd ni. Bukan tak ada cuma tak banyak. Jadi bila saya pergi dan nikmati perjalanan umrah yang sangat memuaskan hati, saya cakap pada hati saya perlu kongsikannya di sini. Tambahan pula kejap tadi ada yang pm bertanyakan pengalaman umrah saya bersama agensi ini. Jadi saya lengkapkan entry yang tersadai di "Draft" folder ini.

Al Haramain Global
Penghujung tahun lepas kami 6 orang sekeluarga berhajat ingin menunaikan umrah. Suami saya berperanan mencari agensi umrah yang terbaik sesuai dengan keperluan kami yang mana ibu mertua saya memakai wheel chair dan saya juga bawak anak sulung yang berumur 7tahun . Jadi suami saya listkan 3 agensi umrah yang menepati beberapa kriteria yang kami inginkan. Ada 3 agensi yang kami shortlisted iaitu UTAS, Andalusia dan Al-Haramain ni. Suami saya bandingkan jarak hotel, harga, umrah berapa kali, penerbangan mana dan beberapa ciri tambahan.
Pejabat Al-Haramain ni dekat je dengan kami iaitu di Bidor Perak dan ianya dicadangkan oleh kawan sekerja saya yang baru balik menunaikan umrah dengan keluarganya. Alhamdulillah setelah menyenaraikan maklumat-maklumat penting ketiga-tiga agensi ini dan setelah istikharah kami memilih Al-Haramain. Ramai kawan-kawan bila tanya pergi dengan agensi mana memang terpinga-pinga sebab tak pernah dengar. Ianya agensi yang tak sebesar dan sepopular UTAS, Andalusia tetapi saya yakin InsyaAllah ia mampu pergi sejauh agensi-agensi yang besar.

Antara yang membuatkan kami sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi ini adalah.

1)Penginapan dekat dengan Masjidilharam dan dekat dengan Masjid Nabawi. Alhamdulillah dekat sangat. Di  Madinah hotel kami kurang 100meter dari Masjid Nabawi. Allahuakbar dekat sangat dengan pintu 26, pintu wanita. Dan lif pun banyak juga. Lif penting jugak hotel ni sebab jemaah ramai kan. Kalau sikit lif dengan keadaan kita yang ada pakai wheelchair, jadi lambat juga la pergerakan ke masjid tu.

Al Haramain Global
Semasa dalam perjalanan ke Mekah kami dimaklumkan hotel yang sepatutnya kami duduk tiba-tiba pihak hotel cancel.Jadi kami duduk di hotel yang agak jauh kata Mutawif. Bila dapat berita itu, kami semua diam, dalam hati beristighfar banyak-banyak dan mohon moga Allah permudahkan.

Dalam Perjalanan ke Mekah
 Sekali Allahuakbar kami duduk di Al-Saraya Hotel. Yang jaraknya lebih kurang 180meter saja dari Masjidil Haram. Takde lah jauh sangat,dari depan hotel boleh nampak Masjidilharam jalan pun elok tidak berbukit-bukit. Jadi bila tolak wheelchair mak dan stroller anak tu jalan sangatlah elok dan dekat. Rupanya semasa di Masjidil Haram saya terjumpa jemaah dari Malaysia yang katanya hotel mereka pun tiba-tiba cancel, dan dia mengeluh kerana mereka dapat hotel yang jauh jaraknya 1kilometer tidak seperti yang dijanjikan dekat dengan masjid. Harga pakej sama. Terserlah muka keletihan dan kesal pada wajahnya, Saya hanya mampu sabarkan dia dan minta banyakkan zikir dan berdoa.Penting jarak dekat hotel kerana ibadah kita ni banyak gunakan kudrat kaki, tawaf saie contohnya, jadi bagi yang tidak berdaya jika jarak terlalu jauh akan mengganggu ibadah yang ingin dilakukan.

Al Haramain Global



2)MUTAWIF YANG BERPENGALAMAN, banyak bersabar dan santun melayan para jemaah terutama warga tua dan kanak-kanak. Kami selalu diberikan taklimat dan tazkirah dari masa ke semasa. Sebarang kemusykilan boleh ditanyakan pada mutawif. Mutawif kami pada masa itu, Tenagar pengajar Tahfiz di  Tapah Ustaz Siddiq dan seorang lagi mutawif penduduk di Mekah sendiri yang fasih berbahasa Melayu, Ustaz Abd Ghani. Mutawif bijak menangani masalah. Semasa di sana ada juga jemaah yang sakit yang perlu ke hospital mendapatkan rawatan. Alhamdulillah semuanya teratur.

Berkelah Nasi Mandy di R&R Saudi semasa perjalanan ke Makkah. Agensi belanja tau
3)5 KALI UMRAH DENGAN MIQAT YANG BERBEZA. Kebiasaaanya agent hanya menawarkan 3 kali umrah dengan 3 miqat dan jika ada jemaah nak buat lebih kena keluarkan belanja sendiri untuk ke Miqat. Al Haramain menawarkan 5kali umrah percuma dengan miqat berbeza dan Setiap Miqat ada sejarah tersendiri. Alhamdulillah seronok sangat mengenali miqat yang berbeza ini.

Dan biasanya apabila nak ke miqat akan diselitkan juga program ziarah. Kebanyakan tempat yang jemaah umrah pergi memang kami pergi juga. Cuma yang lainnya kami ada ziarah ke Thaif. Yang ini program tambahan dan kami juga perlu membayar tambahan 50riyal seorang. Kami semua bersetuju dan teruja nak pergi.Jaraknya lebih kurang hampir dua jam dari bandar Mekah. Thaif bandar yang maju dan cantik, tempatnya sejuk lebih kurang macam Cameron Highland. Di sini kami singgah membeli buah-buahan segar yang murah . Kami juga singgah solat di sini. Mengenangkan di sinilah Rasulullah pernah pergi berdakwah dan ditolak oleh penduduk Thaif. Malah Kekasih Allah ini dilontar dengan batu-batu sehingga berdarah. Memang menangis dengar kisah ni bila mutawif bercerita di dalam bas. Tragisnya, dan sepanjang perjalanan dakwah Rasulullah tu cuma seorang sahaja yang mengakui keimanannya kepada Allah iaitu tukang kebun di ladang anggur tempat Rasulullah singgah berehat. Eh maaf tercerita panjang pulak bab ni. Oh ye kami kenduri makan nasi Arab ddengan bentang tikar je masa ni. Sebab kedai yang kami beli makanan tu hanya lelaki je dibenarkan masuk. :) seronok kenangan ni. Oh ye kalau beli nasi Arab beli satu je untuk makan dua tiga orang, portion nya sangat banyak memang tak habis makan seorang.



4. Point ni antara salah satu sebab harga pakej ni agak mahal berbanding pakej lain. PENERBANGAN SELESA BERSAMA EMIRATES AIRLINES. Memang selesa, tempat duduk yang luas dengan skrin paparan yang buatkan anakku ini tak bosan dengan penerbangan yang panjang. Kami transit di Dubai dalam perjalanan balik selama 6jam. Yang menariknya diberikan voucher makanan untuk dibeli di airport nanti. Cerita details tentang bestnya Emirates ada saya ceritakan di sini  7 SEBAB PENGALAMAN TERBANG DENGAN EMIRATES AIRLINES SANGAT BEST


5. PIHAK SYARIKAT YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN MESRA.
Semasa kursus umrah dibuat kami dihidangkan dengan jamuan kambing golek.
Tak tahu la pulak kalau kebetulan waktu tu owner ada berniat ke apa.😄 tapi agak besar la kendurinya. Kursus juga diadakan dengan santai tetapi penerangannya jelas oleh Ustaz Hj. Mohd Fadzli bin Azmi.

Dan yang menarik perhatian kami, pemergian kami turut diringi pemilik agensi, isteri dan ibubapanya semasa di airport. Mereka jumpa jemaah umrah, bermesra dan bersalaman sambil mendoakan kami. Masa balik pun pemilik agensi ni ada sambut kami. Terasa ukhwah nya di situ.
Bersama mutawif di Mekah Ustaz Abd Ghani yang mesra kanak-kanak

Pemergian diiringi doa dan salaman mesra dari keluarga dan kakitangan agensi
6. GROUP YANG KECIL. Ye jemaah kami tak sampai 30orang dengan hanya 8 family dan hampir setiap family ada membawa seorang yang kurang upaya memerlukan bantuan wheelchair. Jadi hubungan lebih rapat, saling tolong menolong dan pengurusannya menjadi lebih mudah. Oh ye ada juga satu keluarga yang memilih pakej VIP. Mereka tinggal di hotel yang betul-betul depan masjid. Dan pengangkutan serta mutawif pun lebih personal dan istimewa. Kami sempat berkenalan dan beramah mesra dengan mereka.


Alhamdulillah kami sangat gembira dan berpuas hati dengan perkhidmatan agensi ini. Yang lebih penting dapat menunaikan umrah dengan selesa dan fokus. Ah rindu pula dengan suasana di Mekah dan Madinah. Moga ada rezki untuk ke sana lagi. Dan perlu diingat ini sekadar perkongsian jujur dari hati saya tanpa ada pengaruh dari mana-mana pihak. Dan sekadar setakat yang telah kami lalui, yang selepas-selepas inil wallahualam. Tetapi tengokkan bos dan staf syarikat ini insyaAllah boleh dipercayai.
Apapun, Saya sarankan untuk tuan/puan buat solat istikharah sebelum memilih mana-mana agensi. Solat hajat moga dipermudahkan perjalanan umrah tuan puan.

Ha ini beg umrah si penjual vitamin. Nanti saya ceritakan apa vitamin wajib bawak untuk kekal cergas beribadah semasa umrah dan selepas sekembalinya dari umrah. 


Update: 
Alhamdulillah saya telah dilantik oleh pihak Al Haramain sebagai agen untuk membantu tuan puan. 
Jika tuan puan bakal tetamu Allah berminat dengan pakej Umrah pihak kami, sila hubungi saya di talian 
Pn Tinie Badri  012-2812952 atau 
Tn Hj Rosdi 012-5171794
Keselesaan anda keutamaan kami. 

Oke sekadar ini perkongsian panjang lebar saya moga ada manfaatnya.

Rujuk entry ini juga: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...