Showing posts with label Sembelit. Show all posts
Showing posts with label Sembelit. Show all posts

Wednesday, November 23, 2016

IBU MANA TAK SUSAH HATI BILA ANAK SEMBELIT TERUK SAMPAI DEMAM DAN BADAN SUSUT

 Saya dulu pun selalu google kat internet cari tips bagaimana atasi anak yang selalu sembelit. Ye sebab saya sendiri pun pernah alami perkara yang sama. Sampailah saya sendiri jumpa penawar sembelit untuk anak-anak dan sekarang saya selalu share dengan kawan-kawan dan customer.


Dan alhamdulillah dah ramai yang dapat kesan yang baik . Saya kongsikan salah satu dari testimoni yang saya dapat.

 "Anak selalu sangat sembelit. sampai demam teruk badan pun susut je"







Ibu mana tak susah hati bila buah hati pengarang jantung tak sihat kan. Ni di antara banyak cerita pengalaman saya bersama ibu-ibu yang anak mereka mengalami masalah sembelit teruk sehingga demam, berat badan pun menurun, selera makan pun takde.

Saya sangat gembira bila dapat feedback, anakdah makin sihat. Seronok sangat ibu bila anak makin sihat dan cergas.

Ikhtiarlah wahai ibu. Berikan yang terbaik untuk si manja anda.

InsyaAllah mealshakes sangat sangat membantu untuk mengurangkan masalah sembelit. Minuman lengkap penuh nutrisi ini bukan saja melegakan sembelit tetapi juga menaikkan selera makan anak.

Boleh diambil dari usia anak 1tahun lagi








Nak mealshakes? Anda boleh klik link ni untuk pembelian terus


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5c6ccef01fc04bcec1297ec5a752c9ad



ATAU Hubungi saya untuk konsultasi dan harga istimewa
Tinie Badri
012-2812952



PENGEDAR SAH SHAKLEE PERAK
PENGEDAR SAH SHAKLEE UPSI
PENGEDAR SAH SHAKLEE TANJUNG MALIM
PENGEDAR SAH SHAKLEE BEHRANG 2020
PENGEDAR SAH SHAKLEE SLIM RIVER
PENGEDAR SAH SHAKLEE MANJUNG
PENGEDAR SAH SHAKLEE LUMUT
PENGEDAR SAH SHAKLEE LEKIR
PENGEDAR SAH SHAKLEE SITIAWAN 
PENGEDAR SAH SHAKLEE IPOH 
PENGEDAR SAH SHAKLEE AYER TAWAR 
PENGEDAR SAH SHAKLEE KAYAN 
PENGEDAR SAH SHAKLEE TELUK INTAN

Thursday, January 14, 2016

ELAKKAN MIMPI NGERI:SEMBELIT, CRAMP SEMASA HAMIL, BUASIR SEMASA BERPANTANG, JAHITAN PERINIUM BERNANAH DIJANGKITI KUMAN

Pengalaman semasa hamil dan berpantang tidak semuanya manis. Sembelit semasa hamil, cramp atau kejang kaki semasa hamil, buasir semasa berpantang, jahitan terbuka dan dijangkiti kuman sememangnya beri pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Dan pastinya tak nak pisang berbuah dua kali, kita akan berusaha untuk elakkan dari terjadi lagi. Bagaimana untuk elakkannya, jom kita baca pengalaman seorang pensyarah yang hebat ini.


DR. NAJIHAH ABDUL MUTALIB


Sila klik Video ini untuk dengar kisah benar
dari Dr Najihah Abdul Mutalib


Assalamulaikum. Saya nak kongsikan kisah benar saya menggunakan Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee.

Saya sekarang adalah ibu kepada 6 orang anak berusia antara 5 bulan hingga 11 tahun termasuk sepasang kembar yang berusia 9 tahun. Saya mula kenal Shaklee pada penghujung tahun 2011 sebelum hamil anak ke-5. Saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee apabila saya disahkan hamil anak ke-5 dan lepas bersalin saya teruskan dengan Set Berpantang Shaklee.

Saya ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak ngeri bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung, kedua & ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini)

Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku pendarahan. Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya.

Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (krem) terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami saya lah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.

Dulu sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia berlaku sewaktu berpantang anak sulong dan sewaktu berpantang anak kembar peristwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius disebakan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut.

Memang sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang sambal dalam hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran akan datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3 minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan kurang bermaya.

Alhamdulillah, setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Coplex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee ketika hamil anak ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu iaitu sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan. 


Memang cergas! Masa ni usia kandungan dah 7bulan, bercuti
dari Bintulu ke Legoland

Dan peristiwa yang paling saya risaukan ketika berpantang iaitu jahitan perineum saya amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak-anak terdahulu dan yang bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa sebarang jangkitan!




testimoni set hamil shaklee
Atas sebab keyakinan itulah saya teruskan pengambilan Set Hamil & Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini saya bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan.

Alhamdulillah, walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan sembuh dengan cepat. Saya terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti bersalin bedah. Walaupun pada minggu kedua bersalin, hanya saya yang menguruskan anak-anak kecil seramai 6 orang tetapi alhamdulillah saya dapat menguruskan rumahtangga dan keluarga dengan sebaiknya.

Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan.

Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya menjadikan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee sebagai satu keperluan dalam senarai barangan Kehamilan dan Bersalin anda!


----------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda inginkan set hamil untuk elak masalah-masalah di atas?? Atau ingin berpantang dengan lebih tenang dan selesa?? Saya sedia membantu anda. Saya akan bantu anda untuk beri konsultasi set mana yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Ibu-ibu, Jangan malu untuk menghubungi saya oke. Kerana.. dirimu cukup berharga..:)
Ayah-ayah, Jangan malu juga untuk order set terbaik untuk isteri anda. Kerana pengorbanannya sangat besar. Sebagai tanda kasih berikanlah yang terbaik untuk mereka..
Saya sedia membantu..

Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ Penghantaran Shaklee kawasan: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Sunday, May 4, 2014

^ TIPS KANAK-KANAK SEMBELIT ^


Masalah kanak-kanak sembelit memang kerap berlaku. Hari ini Tinie akan kongsikan beberapa tips bagi Kanak-kanak sembelit. Ibubapa yang mempunyai anak yang sembelit ini memang susah hati betul memikirkan apa yang nak dibuat kan. Kesian sangat bila tengok anak-anak meneran masa nak berak tu kan. (Maaf  ye Tinie gunakan perkataan berak berbanding buang air besar memandangkan itu istilah yang biasa kita faham dan mudah).


Punca Sembelit
  1. Kebiasaannya masalah sembelit berlaku pada bayi atau kanak-kanak yang mengambil susu formula bukan susu ibu. Jadi antara puncanya adalah:
  2. Susu yang tidak sesuai.Susu formula sukar dihadam dan diserap ke dalam usus.
  3. Memberi makanan pejal. Apabila usus anak belum cukup matang maka ia belum dapat memproses makanan pejal dengan baik
  4. Kurang pengambilan air. Apabila anak demam atau kurang minum air, dehidrasi membuatkan badan mereka memerlukan lebih air. Apabila kekurangan air, maka terjadilah masalah sembelit.
  5. Kurang pengambilan makanan berserat.

TIPS KANAK-KANAK SEMBELIT
  1. Tukar kepada susu yang lebih sesuai. Sebaiknya dapatkan nasihat dari Doktor yang bertauliah
  2. Tingkatkan pengambilan air
  3. Beri makanan yang lembut pada anak. Jika anak masih berusia lebih 6bulan, beri makanan separuh pejal seperti lobak yang dikisar. Ini akan menambah kandungan serat di dalam pemakanan mereka.
  4. Tingkatkan pengambilan serat dalam makanan. Pastikan ada buah dan sayuran dalam diet harian kanak-kanak. Selalu beri BUAH BETIK. Selain ianya tinggi serat, buah betik mengandungi bahan semulajadi yang dapat meransang pergerakan usus.
  5. Selalu bantu anak buat senaman. Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan buat pergerakan seolah-olah sedang mengayuh basikal. Ini akan merangsang pergerakan najis dalam usus


Pengalaman

Tinie sendiri mempunyai anak yang mengalami masalah ini. Nur Syaza Ardini anak sulung Tinie selalu sangat mengalami kesukaran masa nak berak ni. Allah. Masa umur dua tahun lagi susah sangat masa nak berak. Bila dia terasa nak berak tu, mulalah menangis. Terus dipeluknya Tinie. Dan masa tu habis basah berpeluh kepala dan badannya. Beria sangat menerannya. Memang kita pun rasa nak nangis tengok dia. Sampai berak tu jadi sesuatu yang menakutkan dan menimbulkan fobia pada dia.


Mealshakes Shaklee untuk masalah sembelit.
Disebabkan tak tahan melihat anak sembelit, maka Tinie mencuba Mealshakes ni. Apa yang membuatkan Tinie yakin adalah kandungannya yang mengandungi Dietary Fibre  3.0g/serving.
Menurut perunding diet klinikal, Tan Yen Seng, serat tidak larut air membantu mencegah sembelit dan melancarkan pembuangan najis manakala serat yang larut dalam air pula boleh mengurangkan paras gula dan kolesterol dalam darah. Setiap tumbuh-tumbuhan mempunyai kedua-dua jenis serat ini pada nisbah berbeza.
Serat tidak larut air memberi jisim kepada najis, untuk membolehkan najis dikeluarkan dengan lebih mudah. Najis kita menjadi ‘besar dan lembut’ kerana mengandungi pelbagai jenis serat tumbuh-tumbuhan yang menyerap banyak air. Dengan itu kurang tekanan diperlukan untuk mengeluarkan najis daripada usus besar.


“Berapa banyak serat yang kita perlukan? Setiap hari kita memerlukan 20 hingga 35 gram serat sehari. Untuk kanak-kanak (tiga hingga 18 tahun) keperluan serat harian mereka berbeza dan cara kiraannya ialah mencampurkan umur dengan lima. Contohnya anak anda berumur lima tahun, jumlah serat diperlukannya ialah 5 (umur) + 5 bersamaan 10 gram serat.
sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sumberutamaserat//Article/article_print
Alhamdulillah Tinie konsisten memasukkan Mealshakes Shaklee ke dalam susu anak. Hanya satu sudu kecil setiap hari. Satu tin mealshakes Shaklee bertahan sehingga lebih kurang 4bulan. Berapa lama nak nampak kesannya? Bergantung sebenarnya, tak ada jawapan yang tepat. Tetapi berdasarkan pengalaman Tinie, lebih kurang seminggu macam tu dah nampak anak mudah membuang. Tak lagi meneran. Najisnya pun lembut, tak lagi seketul keras macam dulu.


Mealshakes selamat untuk kanak-kanak berumur setahun dan keatas.
Harga Runcit Mealshake satu tong: RM120.58, hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa
Seperti yang saya beritahu satu tong lebih kurang 4bulan, jadi sebulan baru berapa saja kos yang anda laburkan berbanding kesihatan si kecil anda. Bukan saja sembelit tiada, malah ketahanan badan juga meningkat. Berikan yang terbaik untuk mereka. Hubungi saya sekarang

Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA*
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River, Proton City

Thursday, April 3, 2014

^ SEMBELIT SEMASA HAMIL & BERPANTANG ^

shaklee sembelitSiapa pernah sembelit semasa hamil dengan berpantang sila angkat keyboard. Eh tak tak. Bukan hihi. Tinie sendiri pernah sembelit selepas bersalin anak pertama. Mak aii memang la rasa takut sangat nak masuk tandas. Dua hari lepas bersalin tak buang air besar lagi. Perut dah rasa tak selesa dah. Sampai nak terduduk rasa masa meneran nak membuang tu. Haihh bila diingat balik memang serik. Ini pun Tinie bersalin secara pembedahan, cuba kalau yang normal tu, dengarnya lagi la teruk. Sebab tu bila mengandung anak kedua, awal awal lagi dah mencari info produk berpantang mana yang terbaik untuk mengatasi masalah tu. Dan hasilnya memang sangat berpuas hati. Alhamdulillah ditemukan dengan Shaklee.
Kita layan dulu video ni, apa kata wanita ini yang dulunya tak lari dari masalah sembelit semasa berpantang. SANGAT TERUK oke.
Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.


Oke sebelum cerita lanjut produk Shaklee mana yang best untuk masalah ni. Jom baca info info penting ni dulu.

Apa itu sembelit?
Sembelit berlaku apabila kekerapan membuang air besar itu kurang. Biasanya semua orang pernah mengalami sembelit. Cuma berapa lama dan seteruk mana sembelit itu sendiri. Dan kita sepatutnya tahu yang sembelit ni adalah gejala dan bukannya penyakit.

Tanda dan Gejala Sembelit.
  • Tidak membuang air besar berhari-hari.
  • Najis kering, keras, susah hendak keluar
  • Terpaksa meneran semasa membuang air besar
  • Perut kembung, kejang dan tidak selesa
  • Kurang selera makan
Punca sembelit
  • Kurang serat di dalam diet harian, masa berpantang kita kan kadang kadang terlalu jaga pemakanan hingga kurang air, kurang pengambilan serat
  • Perubahan rutin hidup seperti hamil, selepas bersalin
  • Kurangnya aktiviti fizikal
  • Menahan untuk membuang air besar
  • Kekurangan air
  • Masalah dengan usus
  • Masalah dengan kolon dan rektum
Pencegahan
  • Jaga diet yang seimbang, pastikan pengambilan serat di dalam diet harian
  • Amalkan senaman secara berkala dan aktiviti fizikal
  • Jangan menahan bila hendak membuang air besar
Bagaimana Shaklee boleh membantu anda?

sembelit Shaklee

Macam mana boleh cakap Ostematrix membantu dalam masalah sembelit ni ye. Dalam Ostematrix tu, bukan je ada Kalsium, tapi ada jugak Magnesium. Selain berfungsi untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang, magnesium ni jugaklah yang berfungsi untuk pelawasan tu...

  1. Magnesium nie lah yang membantu melegakan otot dalam usus - menyebabkan otot usus menjadi lembut dan menghapuskan sembelit.
  2. Magnesium nie juga membantu menarik air ke dalam usus - menyebabkan jumlah air di dalam usus bertambah dan membantu melembutkan najis.

So Ostematrix nie bukan saja bg kalsium kat kita, malahan bagi lawas!! Bila lawas, perut pon kempis!! 
wow semua orang suka kan.
Jom layan beberapa testimoni.

sembeli semasa berpantang

sembelit shaklee


Nak kesan yang lebih optimum, ambik Ostematrix ni bersama Alfalfa.
Memang terbaik. Bagaimana pun jika hamil, anda hanya boleh ambik Ostematrix sahaja, Alfalfa tidak dibenarkan.

Oh ya, BONUS bagi ibu berpantang dengan mengambil set ini adalah susu bertambah banyak kerana kedua-dua ini adalah milk booster. Bagaimanapun masih perlu diingat susu akan banyak jika mengamalkan konsep demand vs supply. Kerapkan penyusuan dan amalkan tips tambah susu ibu selain dari konsisten dengan set ini. Lagi Tip Tambah Susuibu.

Ostematrix 120biji, Harga Runcit RM61.00
Alfalfa Complex 330biji, Harga Runcit RM53.00

Bulan April 2014 ini adalah promosi Ostematrix Buy 6 Free 1. Nak tahu macam mana nak dapatkan tawaran hebat ini. Hubungi Tinie oke.



Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA*
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir, Tanjung Malim ,Slim River
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...