Showing posts with label Nephrotic Syndrome. Show all posts
Showing posts with label Nephrotic Syndrome. Show all posts

Friday, August 4, 2023

^Testimoni Vivix: Nephrotic Syndrome^

Umum mengetahui Vivix sangat sinonim dengan penghidap diabetis, tetapi Vivix juga terbaik untuk banyak penyakit kritikal lain seperti darah tinggi, strok, jantung dan juga penyakit berkaitan dengan buah pinggang seperti Nephrotic Syndrome.  Jika ada yang masih ingat, sebelum ini saya kongsikan kisah suami saya penghidap Nephrotic Syndrome ini atau dikenali juga Penyakit Penapis Buah Pinggang Bocor.


Bertitik tolak dari perkongsian saya itu saya terima beberapa pertanyaan dari pesakit ini sendiri dan juga dari isteri pesakit. Apa yang menarik nak saya kongsikan di sini, penyakit ini memang jarang sangat kita tahu tetapi ramai sebenarnya yang menghidapinya. Salah seorang pesakit yang menghubungi saya(customer sahabat saya yang ingin tahu pengalaman suami saya menggunakan vivix) memberitahu penyakitnya sehingga tahap dia terlantar di hospital. Bengkak bukan saja dikaki tetapi sehingga ke peha dan perut.Tak boleh nak gerak. Itu luahannya. Alhamdulillah beliau bersetuju untuk ambik Vivix. Dan saya dengar cerita dari sahabat saya, customernya ini dah ada perubahan positif. Saya tumpang gembira.



Dan cerita seterusnya testimoni kedua pesakit Nephrotic Syndrome ini. Kisahnya adik ini merupakan downline saya sendiri. Suaminya penghidap penyakit ini telah dua tahun bergantung dengan ubat. Namun tiada langsung perubahan. Beliau menghubungi saya setelah terbaca testimoni suami saya yang saya kongsikan. Syukur pada Allah, terima kasih pada Mr Google yang menemukan beliau dengan cerita suami saya.

Suaminya hampir give up, sedih mengenangkan nasib isteri dan anak-anak jika ditakdirkan jadi apa-apa pada dirinya. Saya masa dapat mesej darinya rasa sedih sangat bila tahu keadaaannya macam tu. Saya berkongsi cerita dengannya. Dan dia bersetuju untuk mengambil Vivix dan Omega untuk suaminya. Dan minggu lepas, iaitu lebih sebulan setelah suaminya menggunakan Vivix beliau menghubungi saya untuk ulang pembelian. Apa yang menarik beliau memberitahu suaminya menunjukkan PERUBAHAN YANG SANGAT POSITIF SEHINGGAKAN DOKTOR PUN TERKEJUT DENGAN PERUBAHANNYA ITU. Alhamdulillah. ALLAHUAKBAR.

Penapis buah pinggang bocor
Anda gembira membacanya? Saya pun begitu. Saya percaya setiap penyakit yang ada di dunia ini, ada penawarnya kecuali MATI. Tinggal lagi sama ada kita nak berikhtiar atau tidak mencarinya.

Oh ya, bulan ini promosi VIVIX BELI 6 PERCUMA 1. Jika anda nak beli 1 pun boleh. Boleh klik link ini atau hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA. Saya gembira untuk membantu anda.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f4655a2b707853f1b118e0dadc52f9ba




Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Puncak Alam
Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Monday, May 23, 2016

Awas!! BAHAYA Pil Tahan Sakit Antara Punca Buah Pinggang Rosak

Pil tahan sakit (painkillers) antara punca Buah Pinggang Rosak atau terganggu fungsinya. Ini yang akan saya ceritakan. Berdasarkan pengalaman saya mendengar cerita mereka yang datang dengan masalah Nephrotic Syndrom, yang mana mereka mengakui antara puncanya adalah rutin atau kebergantungan dengan pil tahan sakit atau ubat tahan sakit.



PUNCA MASALAH BUAH PINGGANG. Klik Video.




Cerita 1 (Ambil Pil Tahan Sakit kerana Senggugut Kronik)
Pagi tadi saya terima call dari seorang pembaca blog. Kata wanita ini, sebelum ini beliau ada masalah fibroid dan senggugut yang sangat kronik sehinggakan beliau terpaksa mengambil pil tahan sakit seperti ponstan. Itu antara rutin bila senggugut datang. Kemudian bacaan darah tinggi beliau naik tinggi dan doktor bekalkan ubat. Tidak lama kemudian kakinya bengkak. Apabila membuat pemeriksaan, Doktor mendapati air kencing beliau mengandungi kandungan protein yang agak tinggi. Doktor bertanyakan rutin beliau dan meminta beliau untuk hentikan pengambilan pil tahan sakit. Dan sekarang beliau ingin berikhtiar dengan Vivix untuk masalah-masalah kesihatannya.


Kisah 2 (Aktif Sukan, Ambil Suntikan Tahan Sakit)
Saya pernah dihubungi oleh seorang lelaki dari Manjung Perak. Beliau juga baru didiagnos buah pinggang bocor dan kandungan urin mengandungi protein. Saya bertanyakan padanya apakah rutinnya samada makanan segera, pil tahan sakit atau kopi 3in1? Katanya beliau adalah seorang yang aktif bermain bola sepak. Seringkali injured(cedera) dan beliau juga bekerja. Untuk memastikan beliau sentiasa kuat dan mampu untuk bergerak cergas seperti biasa selalunya beliau akan pergi klinik untuk Mendapatkan suntikan ubat tahan sakit. Beliau syak itulah antara puncanya.

Cerita 3. (Ambil Pil Tahan Sakit Kerana Migrain)
Suami saya sendiri pada usia 20an sering  sakit kepala/migrain. Mungkin dengan keadaan kerja pada waktu itu dan pil tahan sakit adalah teman setianya. Selain itu dulu beliau selalu minum kopi 3 in 1. Dan katanya yang beliau perasan itu adalah antara punca yang dikenalpasti kepada masalah buah pinggang bocor yang dialaminya.  

Dan ini saya kongsikan kes yang lain
Mengambil pil tahan Sakit kerana Gout

Mengambil pil tahan sakit kerana senggugut.


Apa yang anda perlu tahu bila mengambil pil tahan sakit adalah
  • Jangan ambil ubat tahan sakit secara berterusan dalam jangka masa melebihi 3 hari tanpa berjumpa dengan pengamal perubatan anda. Pengambilan ubat tahan sakit dengan dos tinggi dan berterusan dalam jangka masa yang lama boleh merosakkan buah pinggang, hati dan permukaan dalam perut dan usus.
  • Penggunaan sesetengah jenis ubat tahan sakit yang berterusan dalam jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan ketagihan.
  • Sesetengah ubat tahan sakit boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan lain. Tanyalah ahli farmasi atau pengamal perubatan anda berkaitan isu ini.
  • Jauhkan ubat tahan sakit dari kanak-kanak
  • Ambil ubat tahan sakit bersama makanan untuk elak dari rasa perut yang tidak selesa atau kesan iritasi perut
  • Selalu lihat pada label kandungan ubat semasa membeli ubat untuk mengelakkan pengambilan ubat yang sama tetapi berlainan jenama atau bentuk formulasi.
  • Elakkan mengambil aspirin bersama paracetamol
  • Selain dari pengambilan ubat-ubatan ada kaedah lain tanpa ubat untuk merawat kesakitan. (cth; kaedah pek panas/sejuk, fisioterapi, akupuntur dan berehat)
  • Pelajari dan amalkan teknik ketenangan untuk atasi stress/ketegangan, terutama jika ia mengakibatkan sakit seperti sakit kepala.
  • Ambil ubat tahan sakit pada masa yang betul dengan dos yang betul bagi mengelakkan keracunan atau sebarang kesan toksin daripada pengambilan ubat secara berlebihan.
  • Beritahu ahli farmasi atau doktor anda jika anda kerap menggunakan ubat tahan sakit.
Jom kita baca apa pendapat Doktor Azwan yang pernah bertugas di bahagian nefrology(buah pinggang)





Ubat-ubatan atau painkiller sekiranya diambil dalam satu jangka masa yang panjang dan diambil melebihi dos akan mengakibatkan Buah Pinggang gagal untuk menampung kapasiti ubat-ubatan untuk diproses. 

Disamping itu kandungan ubat-ubatan yang mengandungi bahan chemical sudah semestinya menyukarkan Buah Pinggang untuk menapis secara total.

Dengan ini cubalah elakkan untuk bergantung dengan pil tahan sakit. Rawat masalah kesihatan anda dengan cara yang lebih selamat. Contohnya jika  anda kerap migrain cuba kurangkan stress dan amalkan vitamin anti stress seperti Bcomplex Omega dan ESP. Jika anda kerap senggugut kronik amalkan set senggugut Gla Complex dan Alfalfa Complex. 

Ianya bukan saja semulajadi dan selamat tetapi juga berkesan. InsyaAllah. Sayangi buah pinggang anda. 




Friday, May 20, 2016

10 Risiko (Komplikasi) Penyakit Penapis Buah Pinggang Bocor (NephroticSyndrome)

Bagi mereka yang mengalami simptom penyakit Buah Pinggang Bocor atau Nephrotic Syndrome mesti akan risau dengan risiko dan komplikasi penyakit ini. Ya itu yang saya tertanya apabila suami whatsapp dan beritahu apakah keputusan ujian Doktor. Apakah risiko yang akan dialami oleh pesakit Nephrotic Syndrome ini. Bersama ini saya sertakan 10 Risiko atau Komplikasi Penyakit Penapis Buah Pinggang Bocor atau Nephrotic Syndrome untuk rujukan semua mengikut pembacaan dan pengalaman saya.

kesan penyakit nephrotic syndrome
1. Meningkatkan tekanan darah tinggi. Ye suami saya dulu tiada masalah darah tinggi, tetapi
apabila dikesan Nephrotic Syndrome, tekanan darah menjadi tinggi. Ini terjadi akibat kerosakan pada gromeruli dan penimbunan bahan buangan dalam salur darah (uremia)

2. Air yang berkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan menjadi tempat pembiakan kuman.
Ini menyebabkan jangkitan paru-paru dan sebagainya. Oleh kerana ini jumlah air yang masuk ke dalam badan pesakit haruslah dikawal.

3. Meningkatkan kolesterol dalam darah & triglycerides. Ini juga kesan yang suami saya alami sedangkan paras kolesterol sebelum ini adalah normal. Ini terjadi kerana hati akan menghasilkan lebih banyak albumin bila kandungan protein albumin dalam badan berkurangan dengan drastik. Pada masa yang sama hati akan melepaskan lebih banyak kolesterol dan triglycerides. Kebiasaanya doktor akan berikan ubat kolesterol untuk mengawal kolesterol yang tinggi.
Pesakit juga dinasihatkan untuk menjaga pemakanan dengan mengelakkan mengambil makanan tinggi kolesterol

4.Darah beku. Kegagalan glomeruli untuk menapis darah dengan baik akan menyebabkan kehilangan protein yang mampu menghalang darah beku.Darah menjadi pekat kerana air keluar dari salur darah ke tisu berhampiran. Penyakit salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis) boleh berlaku.

5.Penyakit arteri koronari , juga dikenali sebagai penyakit jantung penyakit jantung koronari disebabkan oleh penyempitan arteri yang membekalkan darah ke jantung

6. Kegagalan Buah Pinggang- penimbunan bahan buangan akan terjadi dengan cepat kerana buah pinggang telah gagal untuk menapis darah dengan baik kerana glomeruli yang telah rosak. Jika ini terjadi dialysis segera adalah diperlukan

7. Jangkitan-orang yang menghidap penyakit penapis buah pinggang bocor atau Nephrotic Syndrome ini
terdedah kepada risiko jangkitan kerana tahap antibodinya lemah. Saya kongsikan antara pengalaman pesakit Nephrotic Syndrome yang mengalami kaki bengkak dan kemerah-merahan seperti ruam akibat jangkitan.




8. Penyakit Buah Pinggang Kronik. INi yang paling kita risaukan. kebocoran penapis buah pinggang lama kelamaan akan menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi. Bila buah pinggang gagal berfungsi ia boleh membawa kepada beberapa penyakit kronik lain. Jika ini terjadi dialisis atau pemindahan buah pinggang perlu dilakukan.



9. Untuk kanak-kanak, penyakit ini boleh membantutkan pembesaran tubuh dan menyebabkan pesakit dimasukkan ke wad hospital sehingga sembuh.


10. Kekurangan nutrisi. Kehilangan terlalu banyak protein di dalam darah menyebabkan kekurangan nutrisi. Sel darah juga menjadi sedikit(anemia), tahap vitamin D dan kalsium juga menjadi rendah.


 Ini pun belum lagi termasuk kesan dari penggunaan steroid untuk merawat penyakit ini.

Untuk itu ikhtiarlah untuk merawat Buah Pinggang Bocor ini sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Anda boleh lihat Testimoni Buah Pinggang Bocor Sembuh yang saya kongsikan sebelum ini untuk rujukan. Juga boleh rujuk kisah bagaimana SUAMI SAYA SEMBUH NEPHROTIC SYNDROM


Rujukan : http://www.niddk.nih.gov/health-information/health-topics/kidney-disease/nephrotic-syndrome-in-adults/Pages/facts.aspx


Set kesihatan Buah Pinggang
penawar sakit buah pinggang terbaik


Nak dapatkan VIVIX pada HARGA ISTIMEWA

✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River
****POS KE SELURUH MALAYSIA

Thursday, May 19, 2016

2 Lagi Kisah Buah Pinggang Bocor (Nephrotic Syndrom) Sembuh

Assalamualaikum
Hari ni saya ada berita baik nak dikongsikan. Jika anda mencari tentang cara merawat Nephrotic Syndrom( Buah Pinggang Bocor) di sinilah tempatnya.
 Ye hari ni saya nak kongsikan lagi cerita berkenaan sembuh Nephrotic Syndrom, iaitu antara tandanya adalah air kencing berbuih yang terjadi bila protein terkeluar melalui urin akibat fungsi buah pinggang yang terganggu. Ingat lagi tak testimoni suami saya tempohari.
nephrotic syndrom sembuh
 Berkat Sharing video suami saya yang telah dibuat oleh team Supermom Shaklee Story. Ramai yang berani untuk berikhtiar dengan Vivix. Dan ini adalah testimoni kabar baik yang kami terima setelah mereka mengamalkan Vivix

1. Ibu kepada customer saya menghidap Nephrotic Syndrome dengan gejala kaki bengkak dan tidak bertenaga. Alhamdulillah saya suka sangat bila dapat tahu ibunya semakin sihat dan bacaan urin semakin cantik. Dan ibunya juga semakin sihat dah tak macam dulu selalu cepat penat.
bacaan protein dalam urin
Bacaan Protein di dalam Urin semakin turun


Oke ikuti kisah seterusnya

2. Customer sahabat saya ni mengalami tanda buah pinggang bocor iaitu air kencing berbuih dan ada protein di dalam urin. Beliau bersetuju mengambil vivix setelah tengok video suami saya sembuh Nephrotic Syndrom(buah pinggang bocor) dengan mengamalkan Vivix. Alhamdulillah beliau juga gembira bila mendapati keputusan protein dalam urinnya dah clear. 

testimoni buah pinggang bocor nephrotic syndrome
Kencing dah tak berbuih, protein dah tiada. Buah pinggang kembali normal

Oke saya kongsikan kembali video pengalaman suami saya bersama Nephrotic Syndrom dan Vivix.


TIPS PEMAKANAN UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG BOCOR



Syukur alhamdulillah kami gembira dapat membantu. Sesungguhnya Vivix itu cumalah alat, yang menyembuhkan itu Dia. Tapi tugas kita untuk berikhtiar di samping berdoa pada Dia kan.

PERHATIAN

ISTIMEWA bagi mereka yang MEMBELI VIVIX dengan SAYA samada menjadi ahli ataupun tidak saya akan berikan cara makan yang Terbaik untuk Vivix membantu masalah buah pinggang anda dan saya akan berikan TIPS PEMAKANAN DAN PENJAGAAN KESIHATAN BAGI PESAKIT NEPHROTIC SYNDROME. 

Ye betul khusus untuk customer saya sahaja. 
Oh ye, PEMBELIAN 2 botol anda akan dapat PERCUMA KEAHLIAN dan terus dapat beli pada HARGA AHLI.

Semoga cerita-cerita ini dapat memberi inspirasi kepada anda untuk tidak mengalah dengan ujian Allah. Sayangilah dan jagalah buah pinggang anda kerana ianya sangat penting untuk sistem tubuh badan kita.

Jika anda dah tak sabar, nak beli sekarang jugak , anda boleh hubungi saya:
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
 ✉ Email: hartini.badri@gmail.com
➲ COD Shaklee : Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River
****POS KE SELURUH MALAYSIA

Saturday, January 23, 2016

KISAH BENAR PENGHIDAP BUAH PINGGANG BOCOR (NEPHROTIC SYNDROM)

Ini kisah benar tentang penghidap Buah Pinggang Bocor atau dikenali dengan Nephrotic Syndrom.
Penapis buah pinggang bocor (nephrotic syndrom) menyebabkan buah pinggan tidak dapat menapis dengan baik dan protein terkeluar melalui urin. 

Tanda-tanda buah pinggang bocor seperti air kencing(urin) berbuih, tangan kaki bengkak air, muka sembab, tekanan darah naik, kolesterol naik.

Jom kita saksikan kisah benar ini bagaimana beliau sembuh



TESTIMONI 026 : MUHAMMAD ROSDI & HARTINI BADRI

Assalamualaikum, ini kisah bagaimana kami telah jatuh cinta cinta dengan Vivix Shaklee. Nama saya Muhamad Rosdi Ismail,38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah pinggang kan??

.

Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda penyakit ini. Tetapi bila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal. Saya membuat pemeriksaan di Hospital. Dan semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan dan membuat pemeriksaan air kencing 24jam, juga pemeriksaan darah. Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom doktor memberi "sebeban" ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan. Dengan ubat surut bengkak, ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya.

.

Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil steroid.

.

Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu Doktor kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan Vivix saya sangat konsisten. Maka saya meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.

.

Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan. Dan setelah 3botol Vivix iaitu lebih kurang 3bulan saya ada temujanji dengan Doktor pakar di Selayang. Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT BIOPSI.

.

Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya.

Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah.

Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.

Muhamad Rosdi Ismail




Ada yang katakan ini hanyalah iklan untuk lakukan produk. Minta maaf sangat, ianya SALAH. Ini kisah benar yang perlu kami kongsikan supaya yang diluar sana yang mengalami masalah yang sama tidak akan rasa keseorangan dan tidak akan PUTUS HARAP.
Kita usaha ikhtiar, doa dan tawakkal.

Yang nak mencuba,berita baik januari 2016 Vivix promosi pada harga yang sangat berbaloi. Boleh hubungi saya ditalian 012-2812952



Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA ✍
 PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952 ➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Saturday, September 19, 2015

^CARA MERAWAT PENAPIS BUAH PINGGANG BOCOR, APAKAH LANGKAH AWAL?^

Assalamualaikum
Saya menerima panggilan yang bertanyakan tentang penyakit suami saya sebelum ini. Boleh Rujuk Sini : PENAPIS BUAH PINGGANG SUAMIKU BOCOR
Customer ini bertanyakan update terkini tentang suami saya memandangkan kali terakhir saya update mengenainya adalah pada beberapa bulan yang lalu.

Alhamdulillah suami saya sihat, tidak lagi bergantung pada ubat dan juga tidak bergantung 100% pada suplemen Shaklee yang beliau ambil sebelum ni iaitu Vivix. Suami saya hanya mengambil sekali sekala memandangkan saya memang mengamalkan Vivix dan Vivix ada je la dalam peti ais tu.
Believe me, Vivix sedap dan banyak sangat kebaikannya sehinggakan nak tinggalkan terus rasa satu kerugian. Tapi apa yang saya nak tekankan di sini, walaupun suami saya dah baik setelah 4bulan mengamalkan Vivix itu tidak bermakna beliau perlu bergantung sepenuhnya pada suplemen itu. Ya saya faham bila lihatkan harganya ramai yang terkejut. Dan berfikir-fikir adakah seumur hidup perlu bergantung pada suplemen itu. Pada saya jika anda memang mementingkan kesihatan dan MAMPU teruskan sahaja tetapi ia bukan suatu kewajipan. Jika dah pulih anda juga boleh mengambil vitamin lain yang mampu milik.




Oke apa yang saya nak ceritakan hari ni adalah tentang langkah untuk diagnosis awal. Bukan apa masa terima panggilan tu, lelaki tersebut baru mengesyaki beliau mengalami syndrom buah pinggang bocor ini memandangkan ada simptom yang dialami seperti AIR KENCING BERBUIH.
Perlu diketahui, Selain simptom ini ada juga simptom lain seperti kaki bengkak, muka bengkak, berat badan naik, kolesterol dan darah tinggi naik.
nephrotic syndrom



Paling penting, jangan takut untuk pergi ke hospital berdekatan dan buat pemeriksaan lanjut. Bukan apa ramai customer saya yang bila ada simptom ni berfikir-fikir nak pergi check atau tidak. takut untuk tahu kebenaran. Percayalah langkah terbaik buatlah permeriksaan terlebih dahulu.

Berikut adalah langkah untuk diagnosis Nephrotic Syndrom yang biasanya akan dijalankan
1)Ujian air kencing-ujian air kencing ini perlu dilakukan untuk melihat kadar protein di dalam air kencing. Dan biasanya ujian ini memerlukan pesakit untuk mengumpulkan urin dalam tempoh 24jam untuk dinilai kadar protein di dalamnya.


2) Ujian darah- Beberapa ujian darah boleh disyorkan untuk membantu menentukan penyebab sindrom nefrotik untuk menilai risiko komplikasi dan untuk menilai fungsi buah pinggang secara keseluruhan.

3)Biopsi Buah Pinggang-  adalah prosedur standard untuk menentukan penyebab sindrom nefrotik apabila sebab yang tidak dapat dikenal pasti oleh ujian makmal. Dengan mengambil sampel buah pinggang ini juga dapat mengenalpasti tahap kerosakan buah pinggang pesakit. 

Saya tahu ramai di luar sana yang sama ada tidak mempedulikan tanda-tanda yang ada atau takut untuk mengetahui kebenaran tentang keadaan diri anda. Tetapi adalah satu keperluan untuk mengenalpasti tahap kesihatan anda yang sebenar supaya rawatan lanjut dapat diberikan. Suami saya memilih suplemen berbanding steroid dan alhamdulillah pilihannya berbaloi. Apa pilihan anda itu terpulanglah pada anda, kami memilih yang semulajadi, selamat dan berkesan.
 
Sekiranya anda nak mendapatkan suplemen Vivix ini, hubungi saya. Setiap pembelian saya akan berikan konsultasi yang terbaik. InsyaAllah. Hikmahnya Allah beri ujian sakit ini kepada suami saya supaya saya boleh bantu anda di luar sana yang memerlukannya. 
IKUTI VIDEO EKSLUSIF TESTIMONI PENAPIS BUAH PINGGANG BOCOR TELAH SEMBUH
 
Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Thursday, June 11, 2015

Penapis Buah Pinggang Bocor Suamiku Telah Pulih Sepenuhnya

Assalamualaikum. Saya nak cerita perkembangan suami saya yang sebelum ini mengalami penapis buah pinggang bocor sejak Oktober tahun lepas. Boleh lihat entry sebelum ini. Klik Penapis Buah Pinggang Suamiku Bocor

Bulan lepas suami saya pergi appointment Doktor Pakar Nefro di Hospital Selayang. Sekadar pemeriksaan lanjut. Dan melihat keperluan adakah perlu untuk meneruskN biopsi.
Alhamdulillah setelah meilhag keputusan ujian air kencing yang dikumpul 24 jam dan melihat keputusan darah yang terkini, Doktor memberitahu bahawa semuanya bagus. Tidak perlu makan sebarang ubat dah dan juga TIDAK PERLU MENERUSKAN BIOPSI. Alhamdulillah.

Makanya kini suami saya bebas dari penyakit ini dan tidak lagi meneruskan sebarang ubat hospital. Cuma Vivix kami masih teruskan. Suplemen yang juga bagus untuk kesihatan jantung, buah pinggang, dan kesihatan menyeluruh. 

Ikuti TIPS PEMAKANAN BAGI PESAKIT BUAH PINGGANG BOCOR. Klik Video Ini:



Bagi yang menghadapi masalah ini, terpulang pada anda untuk berikhtiar. Saya serik mendengar suami kawan yang bertahun-tahun menanggung siksa penyakit ini bila semata-mata bergantung dengan ubat hospital. Maka ini ikhtiar saya untuj suami. Hanya satu sudu kecik Vivix setiap hari. Alhamdulillah dengan kuasanya penyembuhannya sangat memuaskan hati.

Bagi saya selagj boleh ikhtiar saya akan ikhtiar berikan yanb terbaik untuk insan tersayang. Wang boleh dicari tapi mereka tiada gantinya.


Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Monday, March 2, 2015

^Penapis Buah Pinggang Bocor updated: Doktor menangguhkan Biopsi^

Assalamualaikum kawan-kawan


Bagi yang mengikuti cerita suami Tinie yang mengalami masalah Penapis Buah Pinggang Bocor mesti ada yang tertanya apakah perkembangannya. Seperti yang diceritakan pada post sebelum ni Penapis Buah Pinggang Suamiku Bocor , suami menangguhkan untuk proceed dengan ubat-ubatan steroid setelah mengkaji kesan buruk steroid. Jadi kami pulangkan ubat-ubatan, dan bersetuju untuk menjalani biopsi sambil meneruskan rawatan dengan VIVIX dan OMEGA. Dan Alhamdulillah selepas 3botol bacaan protein dalan urin adalah negatif.


3 minggu lepas Tinie menemani suami menjalani rutin menemui Doktor pakar di Hospital Selayang. Ikutkan untuk dapatkan tarikh untuk biopsi. Oh ye kami setuju untuk prosedur ini setelah membuat sedikit kajian dan bertanyakan beberapa orang yang lebih arif. Tinie ambik cuti satu hari untuk pergi menemani suami, selepas hantar anak ke sekolah kami bergerak ke Hospital Selayang.

Pesakit Nephrotic Syndrom sembuh


MasyaAllah ramai betul orang di hospital besar tu. Ni pertama kali Tinie jejakkkan kaki ke sana. Nak dapatkan parking punyalah susah walaupun tempat parkingnya dah banyak.



Alhamdulillah sistem mereka sangat mudah walaupun ramai pesakit nak dapatkan rawatan tetapi disebabkan sistem blok waktu temujanji tu. Tempoh menunggu pun tak lama. Syaratnya kita jangan datang awal sangat, ikut saja waktu temujanji yang diberikan. Tahniah Hospital Selayang.

Selepas mendaftar dan menunggu dengan tempoh tak lama, kami pun berjumpa doktor. Doktor pun review result darah, air kencing semua. Bertanyakan 3-4 soalan. Akhirnya kata doktor, kita tangguhkan dulu memandangkan tengok result oke. Kita tunggu lagi 3bulan tengok macam mana.
Alhamdulillah. Tinggal lagi appointment di Hospital Selayang ni je. Di Hospital Sg Buloh memang dah takde appointment dah bila Doktor monitor result oke tempohari.

Lega rasa hati, macam mana pun, saya tetap teruskan pengambilan Vivix untuk suami setiap hari. Selain untuk masalah sakitnya itu, Vivix juga bagus untuk kesihatan menyeluruh termasuk untuk Jantung dan Kolesterol.

Bagi yang ingin mencuba Vivix, masih berkira-kira sama ada berbaloi atau tidak membeli sebotol kecik itu dengan harganya yang RM475 itu.(nak murah boleh tanya Tinie ok?). Saya tidak memaksa anda untuk meneruskan niat itu. Istikharah lah mohon petunjuk Dia, apakah yang terbaik untuk anda. Ikhtiarlah untuk apa jua masalah anda. Kerana saya percaya, setiap penyakit itu Allah tak datangkan tanpa penawarnya. Carilah.



Dan jika anda ingin membeli, pastikan beli dengan mereka yang boleh guide anda cara makan yang sebenar dan terbaik. Ini kerana saya terima juga soalan dari mereka yang dah membeli dengan orang lain tetapi tidak di guide cara makan. Saya mohon maaf kerana konsultasi saya eksklusif hanya untuk mereka yang membeli dengan saya sahaja. Semoga Allah permudahkan usaha kita. InsyaAllah.

Nak beli terus?? Boleh Klik ni..
pssttt BELI 2 BOTOL VIVIX dapat PERCUMA KEAHLIAN, dapat CASH BACK & PERCUMA PENGHANTARAN!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=3ab424785a566433afcb3c00c56209d0
Terkini: Ikuti Video Testimoni suami saya di sini



Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Thursday, November 20, 2014

^SUAMIKU BEKAS PESAKIT PENAPIS BUAH PINGGANG BOCOR (Nephrotic Syndrome)^


Hari ni Tinie bersedia nak kongsikan sesuatu yang jarang kita dengar tetapi sebenarnya dah banyak jugak kes. Beberapa bulan lalu suami Tinie didiagnose penapis buah pinggang bocor. Atau istilah perubatannya adalah nephrotic syndrome. Ia sesuatu yang mengejutkan.


Nephrotic Syndrome


APA ITU NEPHROTIC SYNDROME(buah pinggang bocor)
Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein. 

TANDA-TANDA PENYAKIT BUAH PINGGANG BOCOR
Risau memang risau siapa tak sayang suami kan,  nak tau tak apa tanda-tanda penyakit ni. Oke cerita dia macam ni, dah lama dah suami perasan juga air kencingnya berbuih, tapi dia rasakan mungkin ianya normal tak ada masalah apa-apa. Keadaan menjadi teruk selepas Raya hari tu apabila tangannya bengkak air. Dia masih mendiamkan diri. Tetapi apabila kedua-dua kakinya bengkak, saya mula memaksa dia ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. 

Lagi tanda-tanda masalah buah pinggang bocor




Penapis Buah Pinggang Bocor

DIAGNOSIS
Pada mulanya suami saya hanya ke klinik kesihatan, dan doktor diagnose berdasarkan kakinya yang bengkak itu sebagai gout dan hanya beri ubat tahan sakit dan surut bengkak. Saya suruh suami pergi ke hospital untuk pemeriksaan lain. Kerana suami bukannya gout, kerana dia tak rasa sakit pun cuma bengkak air macam wanita sedang sarat hamil tu. Boleh bayangkan tak macam mana rupa tu.

Testimoni Vivix

Setelah pergi mendapatkan rawatan, suami saya ditahan di Wad Pemerhatian Bahagian Kecemasan. Sampel air kencingnya diambil dan sampel darahnya juga diuji. Berdebarnya saya waktu tu sebab suami tak pernah sakit atau masuk wad sepanjang perkahwinan kami. Saya menangis malam tu menunggu apakah berita suami di hospital. Bila ada kes macam ni, baru saya tau dari mak mertua rupanya suami pernah masuk wad pada usianya 20 tahun di mana waktu tu juga dia didiagnose protein terlebih di dalam air kencing. Namun tiada rawatan lanjut dibuat pada waktu itu.

Suami ditahan sehingga keesokan paginya. Dan akhirnya dia diagnose Nephrotic Syndrome. Oke bermula fasa saya susah hati. Sebagai seorang isteri saya tak sanggup tengok suami sakit. Saya cari semua maklumat tentang penyakit ni. Kalau ada yang bertanya, mungkinkah kerana protein ESP Shaklee. Oh tidak walaupun suami saya pengamal ESP yang jarang-jarang sekali, tapi suami sendiri menidakkannya. Kerana dia menghidap penyakit ini sejak dari umur 20an lagi. Bila penapis buah pinggang tu bocor, sebab tu protein terkeluar melalui air kencing. Jadi bila test air kencing nampaklah kadar protein yang tinggi di situ. Dan suami saya akui sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia memang kerap minum kopi 3in1 dan katanya mungkin juga ia adalah salah satu punca keluarnya simptom-simptom itu. 

RISIKO PENYAKIT
Tahu tak apa yang bahayanya lagi penyakit ni, air kencing tak boleh keluar secara normal dan ia jadi punca air memenuhi ruang badan, bertambah bahaya bila air naik hingga ke paru-paru.

RAWATAN DAN IKHTIAR
Suami saya akan menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut di Hospital Selayang. Pada mulanya doktor ada memberikan bekalan ubat "selonggok" termasuk ubat yang mengandungi steroid. Tetapi suami dah berbincang dengan doktor yang dia tak mahu bergantung pada ubat steroid tu dulu dan ingin menjalani Biopsi. Biopsi adalah satu prosedur di mana sedikit sampel tisu buah pinggang diambil untuk menentukan jenis-jenis nephrotic syndrome. 

Ini sangat penting kerana "Minimal Change Nephrotic Syndrome" boleh diubati dan mempunyai masa depan pemulihan yang sangat cerah.Prosedur ini juga dibuat untuk mengetahui status keadaan buah pinggang.
Selain dari menunggu untuk prosedur itu, apa yang saya buat untuk suami ialah kawal pengambilan air dan kawal juga pengambilan protein. 

SUPLEMEN?
Dan apa suplemen yang saya beri untuk suami adalah VIVIX dan Omega Guard Shaklee. Ini  kerana keduanya bersifat anti-radang dan VIVIX itu sendiri adalah tonik anti penuaan selular yang mampu membaik pulih sel hingga ke tahap selular DNA. Mari saya kongsikan sedikit info tentang VIVIX dan Omega Guard.


VIVIX Penawar 1001 penyakit

Penapis Buah Pinggang Bocor


  • Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerusakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantumelambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.
  • Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita mengalami penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

  • Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imunitas (kekebalan) dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

    Penapis Buah Pinggang Bocor
    Omegaguard Shaklee yang merupakan Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) adalah asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

    Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

    Selain mengurangkan bengkak di kaki, Omega juga berfungsi mencairkan darah.Ini dapat mengurangkan masalah darah pekat di mana ia merupakan salah satu komplikasi penyakit ini.

    tanda Nephrotic Syndrome
    Rujuk : http://drazwan.blogspot.com/2007/10/nephrotic-syndrome-dan-perawatan.html

    HASIL SETELAH HABIS SEBOTOL VIVIX
    Dan nak tahu apa hasilnya setelah habis sebotol VIVIX, saya sangat gembira bila suami saya beritahu air kencingnya sudah kurang keruhnya dan  
    sudah berkurang buihnya. 

    Dan lagi baru-baru ni bila pergi check up, Doktor beritahu  
    result air kencingnya sudah semakin baik. 
    Protein dari bacaan 26 kini sudah berkurang 
    dan hampir kembali normal bacaannya. Allahuakbar. Dengan bantuan dari Allah dan hasil usaha kami dengan Vivix keadaan suami saya beransur pulih. 

    Suami saya sendiri mengakui, "Bagus betul VIVIX ni, bacaan protein pun dah ok". 
    Dan saya baru belikan suami botol kedua VIVIX untuknya. Setelah mengetahui dah banyak testimoni Vivix untuk pesakit buah pinggang, saya tidak ragu-ragu lagi.

    InsyaAllah saya yakin, Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Apa yang penting kita usaha. Apa guna ada duit yang banyak jika kita tak punya kesihatan yang baik kan. 
    Pada yang mengalami masalah seperti saya, jangan segan untuk hubungi saya, saya akan kongsikan pengalaman saya ini. InsyaAllah. 

    TERKINI::IKUTI VIDEO EKSLUSIF OLEH SUAMI SAYA, BEKAS PESAKIT NEPHROTIC SYNDROM

    Konsultasi saya khusus untuk customer saya sahaja. Maaf, harap maklum.

    Ingin beli Set bagi masalah Penapis Buah Pinggang Bocor ini. 

    Sila lihat perkembangan suami saya di sini ALHAMDULILLAH DAH SEMBUH SEPENUHNYA

    ^Penapis Buah Pinggang Bocor Yang Dialami Suamiku Kini Kembali Normal Dengan VIVIX (Nephrotic Syndrome)^

    ^Penapis Buah Pinggang Bocor updated: Doktor menangguhkan Biopsi^


    NAK HARGA LEBIH MURAH? JOM JOIN JADI AHLI DENGAN SAYA
    Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA 
    ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat 
    ✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/ 
    ✉ Email: hartini.badri@gmail.com 
    ✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952 
    ➲ COD Area: Puncak Alam
    Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...