Showing posts with label Bengkak Susu. Show all posts
Showing posts with label Bengkak Susu. Show all posts

Thursday, January 7, 2016

BENGKAK SUSU HILANG, TIPS SUSU IBU BANYAK MELIMPAH RUAH

 Assalamualaikum, hari ni saya nak berkongsi cerita tentang bagaimana bengkak susu hilang dan tips susu ibu banyak melimpah ruah. Ini pengalaman  Puan Nor Zarita Binti Mat Saleh. Jika anak pertama beliau gagal menyusukan anak sehingga dua tahun, baru berapa bulan susu dah kering tetapi anak kedua Susu ibu terlalu banyak sehinggakan menjadikan beliau ibu susuan kepada dua orang anak yang lain, tiga termasuk anaknya sendiri. JOM KITA BACA APA RAHSIANYA

tips susu ibu banyak


 Nama saya Nor Zarita Binti Mat Saleh berumur 31 tahun.... sebenarnya saya mula kenal shaklee penghujung tahun 2012 ...masa mula mengandungkan anak sulung.Bila anak sulung..kita excited nak bg yang terbaik kan.... saya hanya cari info kt google je masa tu n cari seller shaklee pun kt google. Seller tu suggest esp utk ibu mengandung Tapi malangnya tekak saya tak mampu nak telan esp sebab alahan yang teruk.
.

Akhirnya esp tu saya wakaf je kat ahli2 dalam rumah..Lepas bersalin anak sulung, saya terjebak lagi dengann shaklee. Kali ni kawan pula yg suggest sebab masa tu saya nak bnyakkn susu. Tp saya tak ambil dari awal, kalau tak silap dua atau tiga bulan lepas pantang. Sebabnya esp kan soya,mak tak bagi sbb tkut sejuk. Saya pun ikutkan jela.
.

Habis pantang saya minun esp tp tak konsisten. Ikut suka je sbb mcm tak yakin je . Lagipun sebab kena “brain wash” dengan mak. Mak memang pantang anak atau menantu dia makn bukan-bukan lepas bersalin. Saya dapat susukan anak sulung smpai 8 blan sahaja. Lepas tu susu dah kering dan stok pun tak bnyak. Puas usaha buat power pumping tp tak berhasil. Kecewa sudah tentu, kerana saya mmg berhajat nak breastfeed anak smpai 2 tahun.
.

Penghujung blan 10 2014, saya disahkan mengandung lagi. Masa mula pregy anak ke dua, saya hanya makan vitamin dari kliniik sahaja. Sampailah satu hari, saya sakit perut yang amat sangat. Pergi klinik doktor cakap mungkin gastrik atau pedih ulu hati. Saya jenis yang tak suka makan ubat. Sakit perut ni terjadi sebelah malam masa nak tidur. Masa tu dah masuk 7 blan rasanya.
.

Saya mengadu pada kakak kecik molek kak Suhaila Abdul dan dia suggest minum ESP. Masa tu yakin tak yakin je tapi sebab takut sakit menyerang saya minum. Jeng-jeng-jeng, magic..mmg tak sakit da .boleh tdo lenaaaa habaq hang....hihihiMasa kandungan masuk 8 bulan kawan-kawan sebuyung dok angkut set bersalin shaklee. Saya pun terjebak sama .sebabnya saya takut kena czer. Baby songsang.
.

Akhirnya pada 30 mei jam 12 tgh malam saya dimasukkan ke wad sbb dah leaking dan masa tu genap 36 minggu.Baby masih songsang dan confirm kena czer. Lepas je keluar dari dewan bedah, saya stay kt rest bay . Jam 6 pg baru dipindahkan ke wad. Tp kena baring smpai jam 12 tghari dan bila dah boleh bgun saya mulakan operasi utk breastfeed baby.
.

Masa tu semua set berpantang tak bawa ke hospital sebab suami kelam kabut. Jadi bila dia balik rumah nak ambil barang , saya pesan siap-siap kat suami tolong bawa ESP, zinc dan vit c..Masa dalam wad saya curi-curi minum ESP sebab takut mak nmpak..Niat saya satu je, nak bnyakkan susu dan nak bagi susu keluar cepat. Alhamdulillah...sebelum minum esp (lepas bersalin) saya pam dpt sebnyak 1 sudu kfc je. Baby dah merengek lapar dan saya jadi stress.
.

Tapi lepas minum esp, beberapa jam lepas tu alhamdulillah dari 1 sudu bertambah ke 1 oz....bertambah ke 2 3 4 oz. Kalau tak sebelum ni baby nangis, sekarang baby tdo kekenyangan.... nurse yg buat routine check puji je baik baby tdo. Dan yang paling best, nurse pun terkejut lepas sehari bersalin susu dah bnyak. Malam sblm tu nurse asyik jenguk sebab baby nangis tak henti-henti akibat kekurangan susu..
.
Owh lagi satu, sementara tunggu suami datang bawa makanan orang pantang (saya mmg xda spare makanan dan makanan dalam wad tak makan sebabbnya kebnyakannya xsesuai) jadinya saya minum je ESP Suami datang dalam pukul 2 petang bawa makanan pun saya masih tak lapar. Biasanya kalau orang lepas bersalin tak jamah nasi panas perut akan masuk angin kan? Syukur sangat saya takda langsung sakit perut.
.

Lepas keluar wad, saya masih lg minum ESP...kali ni saya nekad kena marah dengan mak pun biarlah sebab saya nak target saya tercapai. Mak pun pelik, saya makan nasi sikit tp bila pam susu berbotol- botol dapat. Akhirnya dia diam je bila tgk saya teguk ESP. Masalah sejuk-sejuk pun takda , jadi dia tak kisah dahEmpat atau lima hari lepas bersalin, tiba-tiba saya kena bengkak susu. Sakit sgt.
.
Saya terus message kak suhaila dan dia suggest lecthin. Dia datang rumah semata-mata nak hantar lecithin dan suruh stop dulu minum ESP. Alhamdulillah, saya dapat je lecithin terus makan dan try pam lagi beberapa jam lepas tu . Susu mula keluar sikit-sikit dan esoknya masalah bengkak susu dah beransur hilang.Yang paling saya teruja, baru seminggu dalam pantang saya dah mula buat stok EBM . Masa anak sulung dlu tak macam ni dan stok susu saya hnya disimpan dalam freezer biasa.
.

Tapi kali ni smpai saya kena beli chest freezer dan sepanjang saya berpantang dekat 6 kali saya kena bengkak susu sampai demam. Nurse yang datang check tnya saya ada ambil apa-apasuplement ke? Saya jawab saya minum ESP dan nurse sendiri suruh saya stop dulu minum ESP bagi hilangkan bengkak susu. Rupanya, saya selalu bengkak susu sebab susu saya terlalu banyak. Dua atau tiga jam sekali saya mesti kena pam..
.

Sekarang chest freezer dah penuh, freezer biasa pun penuhl smpai takda ruang letak barang basah. Dalam masa 2 bulan sahaja saya buat stok EBM tu .Disebabkan saya bekerja, saya tak skip mengepam di tempat kerja. Ada kalanya susu yang saya pam tu terpaksa saya buang sebab bekalan susu untuk anak berlebih-lebih.
.
Sayu hati melihat susu dibuang ke longkang atau tanah. Sekarang, bagi mengelakkan susu dibuang, saya menjadi ibu susuan untuk bayi sebaya anak saya. Jadinya saya menyusu 3 orang dalam satu masa. Ank saya yang sulung, anak kedua dan anak susuan. Syukur Alhamdulillah, setelah 5 bulan bersalin dan menyusukan anak serta anak susuan, bekalan susu saya masih cukup dan dapat buat stok yang baru. Stok EBM yang lama saya terpaksa buang sebab dah tiada ruang.
.

Dalam sehari mengepam, saya dapat paling sikit 60 oz . (15 oz setiap kali pam, untuk 4 sesi nagi waktu yang sibuk) Tetapi selalunya saya akan buat 6 sesi mengepam jadinya 15oz x 6 sesi = 90oz. Bayangkan berapa banyaknya susu yang tersimpan. Alhamdulillah.. inilah pengalaman saya menggunakan produk ESP dari shaklee... 



Anda berminat untuk mencuba ESP dari Shaklee?
tips susu ibu banyak

Anda boleh beli direct di sini
https://shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=13f333874dde2e183fcc615947c09620
 

Atau hubungi saya Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Thursday, October 2, 2014

^APA NAK BUAT BILA BENGKAK SUSU^

Assalamualaikum hai apa khabar semua. Hari ni nak sembang tentang BENGKAK SUSU. Sebelum kita tengok APA NAK BUAT BILA BENGKAK SUSU. Tau ke apa itu bengkak susu.


Bengkak susu ni terjadi pada ibu-ibu yang menyusui bayi. Dan biasanya ini terjadi pada minggu awal kelahiran bayi. Pada waktu ini susu ibu biasanya semakin banyak. Apa yang kita rasa masa bengkak susu ni payudara membengkak, sakit, berdenyut, membonjol serta terasa penuh dan tidak selesa. Kadang-kala bengkak itu sampai ke bawah ketiak. Kalau bengkak tu serius boleh membawa sehingga demam,
apa nak buat bila bengkak susu


SAKIT KE? Pada Tinie yang pernah mengalaminya, sangat sakit. Sangat tidak selesa. Dalam keadaan berpantang secara pembedahan, luka masih belum sembuh, kena pulak bengkak susu. Bayi pula merengek ingin menyusu. Tinie pernah kena masa tu tengah malam, tiba-tiba badan naik seram sejuk. Sejuk yang teramat sangat, jenuh berselimut bagai. Tinie menangis kesakitan memanggil suami yang sedang tidur. Kecoh satu rumah pada masa tu. Payudara terasa berdenyut-denyut sangat. Nur Aira Raudhah yang berusia 5hari ketika itu pula menangis kelaparan. Patutlah lama Aira dok bergayut dengan mami. Rupanya susu blocked tak keluar.

Apa yang Tinie buat bila BENGKAK SUSU. Disebabkan saya mengalami demam kesejukan.
1. Adik Tinie urut kaki  dengan minyak panas
2. Mak  beri air panas untuk minum
3. Sebab ketika itu sangat sakit, kakak ipar berikan paracetemol untuk tahan sakit.
4. Kakak ipar berikan Kobis untuk dilekap di payudara

bengkak susu shaklee
Alhamdulillah agak lega. Tetapi bengkak itu masih belum surut. Masih ada susu tersumbat tak boleh keluar. Jadi apa Tinie buat

1. Ambil towel rendam air panas, tuam di sekeliling payudara.
2. Mandi dengan air panas.
3. Urut dengan sikat di sekeliling payudara
4. Mengepam susu sambil mengurut-ngurut bahagian blok dan bahagian bawah ketiak
5. Menyusukan bayi dengan memastikan bayi melekap dengan betul. 
6. Menyusu dengan kerap setiap 1-2jam sekali dan saya akan pastikan anak isap di kedua-dua belah.
7. Pakai coli menyusu yang sesuai dan tidak ketat


Dan apa suplemen Shaklee yang dapat membantu untuk masalah bengkak susu. Ya. LECITHIN.
LECITHIN MEMBANTU MASALAH BENGKAK SUSU
Lecithin membantu melembutkan dan mencairkan sumbatan pada salur susu. InsyaAllah memang sangat membantu. Tinie sendiri pernah mendapat pelanggan yang kelam kabut menelefon inginkan Lecithin dihantar hari itu juga apabila beliau yang dalam pantang kena bengkak susu ini.
Alhamdulillah dengan tips yang diberikan dan Lecithin yang diambil 6biji sehari akhirnya dapat membantu beliau.

bengkak susu shaklee

bengkak susu shaklee


Bahaya tak bengkak susu ni
Pengalaman Tinie, seorang yang rapat dengan Tinie menjalani pembedahan kecil membuang ketulan akibat bengkak susu yang dibiar berlarutan. Katanya lubang sebesar duit syiling 50sen lama. Sangat kesian Tinie tengok pada waktu itu dengan keadaan masih berpantang dan bayi masih kecil. Jadi jangan biarkan masalah itu berlarutan oke.


Nasihat Tinie, jangan jadikan pengalaman bengkak susu ini sesuatu yang menakutkan untuk kita terus menyusui bayi kita. Teruskan menyusu. Pastikan bayi menyusu di kedua-dua payudara. Pam untuk mengosongkan payudara. InsyaAllah ianya tidak akan berulang. Berikan yang terbaik untuk anak-anak kita.
Lecithin ada 180biji sebotol. Hanya RM52.50
SILA BELI DI SINI
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=dacae3e170cc639fb9c31e75355dfae5



Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...