Showing posts with label Set Menyusu. Show all posts
Showing posts with label Set Menyusu. Show all posts

Thursday, September 8, 2016

Kurang Ilmu Punca Tidak Berjaya Menyusukan Anak Sepenuhnya Selama 2Tahun

Pengalaman menyusukan kedua-dua anak perempuan saya ni berbeza sikit antara keduanya. Anak pertama saya tak banyak gali ilmu penyusuan jadi saya hanya berjaya menyusukan Kak Long secara penuh sehingga usia 8bulan sahaja.
Gambar sesi mengepam untuk stok susu Kak Long.

Selepas tu saya rasa susu tak banyak, tak simpan stok, jadi akhirnya saya campur dengan susu formula. Setahun tiga bulan dah stop menyusu.

Berbeza dengan si Adik, saya dah prepare dari awal. Saya gali sebanyak mungkin ilmu penyusuan melalui forum, google baca blog, juga banyakkan membaca majalah dan buku berkaitan. Alhamdulillah misi menyusukan selama 2 tahun berjaya. Tapi masa setahun lima bulan tu saya kadang-kadang tak cukup stok topup dengan susu formula jugak. Masa anak kedua ni saya ada jugak ambik suplemen Shaklee tapi trial pack je itupun culas makan hihi. Tak join ahli lagi masa ni dan tak tahu sangat pun keperluan ambil suplemen semasa menyusu.

Itu pengalaman saya, bila saya tengok pengalaman sahabat Shaklee yang lain termasuk customer saya sendiri. Terujanya rasa. Tak sabar nak ada baby lagi dan menyusu sepenuhnya sehingga 2 tahun.




Set menyusu terbaik ni, bukan je susu melimpah ruah tetapi bonus kulit ibu pun jadi bertambah cantik. Beza sangat kan zaman anak dara dan selepas beranak tiga.




Monday, April 14, 2014

^ SAKIT PINGGANG KETIKA MENYUSU?^

Susu ibu adalah susu yang terbaik. Itu FAKTA. Tetapi siapa ibu-ibu yang sedang menyusui rasa sakit pinggang, sakit lutut, sakit tumit. Oh kenapakah? Ha ini yang akan kita sembangkan hari ni. Kenapa Tinie cakap camtu, sebab dulu Tinie pun pernah rasa, dan ramai juga ibu-ibu termasuk adik Tinie sendiri, downline Tinie yang mengadu. Nape ek sejak bersalin ni selalu rasa sakit tumit. Pernah seorang customer Tinie katanya, bila bangun tidur, nak menapak ke bilik air tu rasa menyucuk-nyucuk kat tapak kaki. Puncanya?KEKURANGAN KALSIUM

Berapakah keperluan kalsium harian bagi ibu-ibu yang menyusu?
Keperluan kalsium bagi ibu menyusu sama seperti keperluan biasa orang lain iaitu 1000mg-1300mg sehari. Namun ibu hamil dan menyusu perlu mengambil sumber kalsium yang secukup bagi memastikan ia tidak memberi kesan kepada tulang. Iainya bersamaan dengan 4 gelas susu sehari. Semak diet harian anda adakah pengambilan kalsium harian sudah mencukupi atau sebenarnya kurang dari sepatutnya

Apakah sumber makanan yang membekalkan kalsium?
  • Kalsium tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh badan.
  • Susu
  • bahan tenusu
  • cheese 
  • brokoli

Apakah kesan kekurangan kalsium?
Selain dari sakit pinggang, masalah lain yang timbul akibat kekurangan kalsium adalah:
  • sakit lutut
  • sukar tidur
  • keguguran rambut
  • kebas-kebas kaki
  • sakit tumit
  • meningkatkan risiko darah tinggi
  • usus menjadi lemah dan sembelit
  • meningkatkan risiko osteoperosis
  • gusi berdarah
  • gigi tidak kuat
  • stress

 Apakah suplemen Shaklee yang dapat membantu?
NOTE 1:
Jika anda sedang mencari supplement calcium, pastikan ia mengandungi magnesium! Kenapa?
  • Magnesium ada mineral yg sukar utk disimpan didalam tubuh
  • Magnesium bantu menyerap calcium dan mengekalkannya di dalam tubuh
  • Magnesium bertindak dengan baik bersama calcium utk membina matrix tulang anda yg kuat dan kukuh (utk mengelakkan kerapuhan)
  • Magnesium dan calcium bergabung memberikan kesihatan yg lebih baik pada sistem cardiovascular anda
  • Magnesium dan calcium bergambung membantu mengatasi
  • masalah insomnia, ia memberikan anda tidur yang lena

NOTE 2:
Jangan lupa, lengkapilah calcium supplement anda dengan vit D! Kenapa?
  • Vit D memaksimakan penyerapan calcium didalam tubuh
  • Vit D juga membantu regulate calsium didalam peredaran darah

NOTE 3:
carilah calcium supplement dari sumber calcium citrate kerana kadar penyerapan kedalam tubuh lebih tinggi!!

Jadi, kesimpulannya...semuanya terdapat didalam Shaklee Ostematrix!


HARGA RUNCIT: RM61.00

Untuk konsultasi serta TIPS ISTIMEWA & PERCUMA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Saturday, September 21, 2013

^ Kenapa Susu Kurang ^

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pengeluaran susu berkurang. Antara yang akan kita bincangkan di sini adalah: 1. Kurang meyusukan / tidak menyusukan baby selepas kelahiran.
Selepas saja kelahiran, kita perlu menyusukan bayi. Tidak perlu fikirkan samada ada susu atau tidak, pastikan lekapan yang betul dan terus menyusukan bayi. Kerapkan menyusu, kadar kekerapan sekitar 1-2jam. Terutama sekiranya bayi jaundis, lagi perlu kerapkan menyusu. Kita harus tahu tentang konsep suppy & demand dalam proses menghasilkan susu. Jangan risau selagi baby menyusu, susu akan tetap terhasil!

2. Kekeliruan puting dan Hisapan tidak betul
Salah satu punca adalah bila memperkenalkan botol susu terlalu awal. Bayi boleh menjadi keliru puting dan bayi akan lebih suka menghisap dari botol berbanding dari susu badan ibu. Bila bayi dah rasa mudahnya mendapat susu dari botol, bayi akan merasa malas untuk bersusah payah menghisap dari badan ibu.
Lekapan yang tidak betul juga menjadi punca apabila hisapan tidak betul menyebabkan nipple luka dan ibu give untuk terus menyusui anak. Pastikan mulut bayi menganga besar dan melekap di sekeliling aerola dan bukan di nipple.

3. Emosi ibu kurang stabil
Ibu perlu mengawal emosi. Elakkan berasa stress, biarlah ibu anda atau suami yang menguruskan rumahtanggan. Faktor emosi mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Pastikan ibu mendapat rehat secukupnya. Apabila bayi tidur, ibu ambillah peluang untuk turut sama berehat dan tidur.

4. Bayi beralih bulan (growth spurt)
Kebiasaannya bayi yang baru masuk 10 hari, 3 minggu, 1 bulan, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan, 9 bulan (mengikut umur baby + – ) akan mengalami growth spurt. Setiap bayi berlainan, ada yang seolah-olah tidak cukup susu, asyik menangis menghisap susu terlalu lama. Ada juga yang enggan menghisap susu.

5. Kurang menyusu waktu malam
Kerapkan menyusu pada waktu malam, jika bayi tidak terjaga, kejutkan bayi dengan mengusik pipinya dan meletakkan breast pada mulutnya. Atau jika baby anda jenis yang tidur lena hingga keesokkan hari, ibu kena la bangun untuk mengepam susu.

6. Ibu tidak mengosongkan breast (tidak pam)
Sekiranya baby tidak mahu menyusu, maka ibu perlulah pam. Ini kerana, susu mengandungi FIL (feedback inhibitor of lactation) iaitu faktor menghalang penyusuan. Bila breast dipenuhi susu, maka FIL akan memperlahankan pengeluaran susu. Bila breast kosong, FIL akan berkurangan. Jangan lupa untuk pam di tempat kerja, jangan tunggu penuh balik rumah baru pam. Berbincanglah dengan pihak pengurusan untuk mengepam di tempat kerja.
7. Ibu datang bulan (period)
Sesetengah wanita mengalami 'low milk supply' yang bersifat sementara semasa period. Ia boleh berlaku seminggu sebelum period sehinggalah 3-4 hari semasa period.
Ia berlaku kerana level kalsium dalam darah turut berkurangan tatkala si ibu sedang period. Oleh itu, ibu yang sedang menyusu digalakkan untuk mengambil makanan tambahan kalsium (calcium/magnesium supplements).

8. Pengambilan ubat / kafien/ Ais
Ada sesetengah antibiotic dan pil perancang menyebabkan gangguan kepada pengeluaran susu, malah dengan pengambilan kafien dan ais yang terlalu banyak juga ia boleh mengurangkan penghasilan susu.


Bagi yang ingin mendapatkan set menyusu Shaklee, boleh hubungi saya di FB: https://www.facebook.com/tinie.badri atau

Tel/SMS/Whatsapp : 012-2812952.
Konsultasi sebelum dan selepas pembelian adalah percuma.

^ TIPS TAMBAH SUSU IBU ^

Pengalaman menyusukan anak-anak memang sangat mengujakan. Pahit getir nak mencukupkan tempoh menyusu dua tahun penuh liku-liku. Selain daripada mengikut perintah Islam untuk menyusui anak sehingga 2 tahu, sebagai ibu yang nak yang terbaik untuk anak-anak, kita tetap berusaha nak cari jalan macam mana nak banyakkan susu ibu. Macam mana nak tambah susu ibu.

Banyak sangat tips yang kita jumpa, tinggal lagi samada tips itu serasi dengan kita, atau berkesan pada orang lain tapi tidak pada kita. Saya ingin kongsikan 7 tips untuk tambah susu ibu. Saya harap ianya dapat membantu kita sebagai ibu dalam mengejar impian untuk beri yang terbaik buat si manja. 


1. KERAPKAN menyusui bayi atau PAM

Walaupun rasa macam cukup ke tak susu aku ni, sikit ke banyak. Yang penting kerapkan penyusuan. Selepas bayi menyusu, boleh pam untuk keluarkan susu selebihnya dan kosongkan breast. Semakin kerap ibu menjaga bayinya dengan baik atau semakin tinggi kadar pengepaman payu dara, maka makin tinggi la susu ibu yang dihasilkan. Berapa lama perlu pam, dicadangkan anda pam 15-20 minit setiap sesi, kalau dapat pakai double pam lagi bagus. Pengalaman saya mengepam menggunakan swing, 15minit pertama, sikit sikit keluar, sampai minit ke 15 laju je turun (let down). Ada customer saya yang dalam pantang cakap, "kak, susu saya bila pam keluar sikit je" "berapa oz" , "2oz je".. "berapa lama pam" "5minit" ... oh sayangku, bagi akak yang dikategori kurang susu badan, 2oz utk 5minit tu banyak jugak. akak awal pantang dapat 2 oz tu untuk 15minit. (Sebelum kenal Shaklee ). Keep pumping oke. 

2. MASSAGE breast atau TUAM
Sebelum sesi mengepam boleh massage dulu breast atau tuam di sekeliling breast.

3. MAKANAN SEIMBANG DAN AMBIL SUPLIMEN
Ambil makanan yang seimbang, janganlah dalam pantang asyik makan nasi dengan ikan masin. Tingkatkan pengambilan makanan bersumberkan protein, karbohidrat dan kalsium. Ambil suplimen yang sesuai dan dipercayai. Set Menyusu Shaklee terdiri daripada set-set di bawah. Pilihan boleh dibuat berdasarkan keperluan dan budget masing-masing.
tambah susu
Set Menyusu Shaklee


4. AMBIL AIR SECUKUPNYA.
Kandungan susu ibu 88% adalah air.
(sumber : http://jknselangor.moh.gov.my/documents/pdf/2012/Pdf/susu.pdf ) .Maka minum air secukupnya. Dicadangkan pengambilan air 3L sehari atau mengikut berat badan 1 liter bagi setiap 25kg berat badan.  

5. BERFIKIRAN POSITIF.
Jangan stress, tension rasa susu tak cukup, nanti lagi la takde susu yang akan keluar. Emosi mempengaruhi pengeluaran susu. Kekalkan rasa gembira, tenang semasa mengepam dan menyusui bayi. Tips kalau anda mengepam di pejabat, duduk di tempat yang selesa, lihat foto bayi anda yang comel tu, atau lihat keletah comel dia dia telefon canggih anda. Sangat mengujakan bukan. Percayalah ia sangat mempengaruhi. DAN ZIKIR. Sambil mengepam banyakkan zikir YA MAATIN, selawat dan sebagainya. Berdoalah semoga Allah mencukupkan rezki susu untuk anak anda.

6. MEMILIH PAM yang SESUAI

Sangat penting. Walaupun sebenarnya ia mengikut budget anda juga, tapi sebenarnya pemilihan pam turut mempengaruhi. Ianya merupakan pelaburan yang sangat berbaloi. Sekiranya anda ada budget pilihlah yang hospital grade, teknik yang berkesan dan cepat. Ada yang selesa manual tapi ramai juga yang tewas menggunakan pam manual apabila penyakit malas datang, penat tangan mengepam menyebabkan malas. Jadi pam elektrik sangat menjadi pilihan sekiranya anda memilih untuk menjadi pengepam susu yang tegar. Ada budget lebih, melaburlah untuk pam double pumping ;). Selalulah mengepam dan sesekali membuat power pumping. APAKAH itu, banyak laman yang membicarakan soal ini. Secara ringkas teknik ini adalah untuk meningkatkan pengeluaran susuibu. Tekni ini adalah dengan mengepam 10minit sebelah kanan, 10 minit sebelah kiri dan bergilir mencukupkan sejam kalau menggunakan pam single. Kalau pam double, pam 10 minit rehat 10 minit sehingga  cukup sejam. Buat secara konsisten setiap malam selama seminggu.

7. SKIN to SKIN
Banyakkan skin to skin contact. Jangan terlalu sibuk mengepam, anda lupa untuk beri secara direct. Bila ada bersama bayi, lebihkan masa dengan memeluk bayi dan biarkan kulit bayi bersentuhan dengan kulit anda semasa menyusu. Its miracle.



Diharapkan perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu yang berhajat besar dan berhati mulia untuk menyusukan anak-anak. Memberikan yang terbaik untuk permata hati anda. Walau sebanyak mana susu yang anda dapat berikan, sentiasalah bersyukur. Dengan bersyukur, Allah akan tambah nikmat. InsyaAllah.

Bagi yang ingin mendapatkan set menyusu Shaklee, boleh hubungi saya di FB: https://www.facebook.com/tinie.badri atau
Tel/SMS/Whatsapp : 012-2812952.
Konsultasi sebelum dan selepas pembelian adalah percuma.

Wednesday, September 4, 2013

.:: ESP SHAKLEE TERMURAH? ::.

Wahh, ramai betul yang google mencari ESP termurah. NAK MURAH?? BOLEH SANGAT. JOM JOIN AHLI,MODAL HANYA RM65. Dan kita boleh jimat banyak sangat.Kenapa ramai sangat suka ESP ni. Apa kebenda nya ESP ni.


Oke ESP adalah Energizing Soy Protein. Produk yang sangat popular bagi mereka yang mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan kekal BERTENAGA. Dalam banyak-banyak produk Shaklee inilah produk yang paling hot, best seller la katakan. Walaupon bulan tu bukanlah bulan promosi untuk ESP. Tapi ESP TETAP MENJADI POJAAN HATI.



ESP mengandungi protein yang tinggi, protein sangat penting dalam pembentukan sel baru dan membaiki sel-sel rosak. Sebab itu ESP sangat bagus untuk mencantikkan kulit, mencerahkan kulit, menghilangkan parut. Menjadikan kulit putih gebu, halus mulus. Apa lagi bonus ESP bagi untuk kulit :

- ESP Menjadikan kulit lebih CANTIK dan GEBU
- ESP Merangsang REGENERASI kulit dan otot
- ESP Memulihara KEDUTAN
- ESP sbg agen ANTI-PENUAAN
- ESP mengembalikan KEANJALAN KULIT
- ESP Menghilangkan PARUT dan mempercepatkan penyembuhan luka

ESP juga sangat digemari oleh ibu-ibu yang menyusu, kerana kandungan protein yang tinggi membantu dalam meningkatkan penghasilan susu ibu yang berkualiti. Bila susu ibu pekat dan berkhasiat, anak pon dapat menyusu dengan rasa kenyang dan puas.

Biasanya pelanggan akan bertanya pada saya, apakah rasa ESP ni. ESP ni rasa soya mild.


Bagi bukan penggemar soya, jangan risau saya akan kongsikan variasi bancuhan ESP yang membuatkan anda tergoda dengan rasanya nanti.

Siapa yang tidak boleh ambik ESP. Semua orang boleh (Ibu menyusu, Ibu hamil, ibu berpantang, yang ingin diet, orang tua yang ingin bertenaga, Lelaki dan wanita semua boleh) KECUALI penghidap penyakit buah pinggang dan yang mempunyai kesukaran memproses protein sahaja yang tidak boleh.



Oke, berkenaan dengan harga ESP Shaklee Harga Retail RM150. Tahan sehingga sebulan lebih. Harga termurah?? Moh contact saya k..jadi ahli memang confirm murah wooo..

Untuk konsultasi percuma, anda boleh hubungi saya di FB: https://www.facebook.com/tinie.badri atau Tel/SMS/Whatsapp : 012-2812952.

Monday, May 27, 2013

^Shaklee Banyakkan Susu?^

Saya mula jatuh cinta dengan Shaklee semasa google tentang apakah produk yang boleh membantu saya untuk terus menyusui anak sehingga 2 tahun sepertimana yang disyariatkan. Walaupun ada yang memberi nasihat jangan risau tak cukup susu, bagi saja baby susu fm. Lagipun mudah bila nak naik kerja nanti. Saya diam saja, tidak menyangkal kata mereka. Biar apa kata mereka, saya hanya pegang dengan pendirian saya, usaha selagi boleh. Anak pertama dulu, saya hanya mampu menyusuinya sehingga setahun 2 bulan. Dek sebab kurangnya ilmu setakat itu sajalah yang saya mampu. Jadi bila hamil anak kedua, sejak dari awal kehamilan saya gali dan gali tentang penyusuan ni. Tapi saya masih degil tak mahu cuba produk ni. Hihi.. fikir macam-macam terutamanya budget.

Tapi bila baby dah lahir, semasa dalam pantang, entah macam mana saya tergerak hati nak mencuba. Saya fikir dengan saya yang jenis kurang susu ni,(serius kurang, orang lain perah masa dalam pantang boleh dapat 7-10oz sekali perah, saya pada mulanya nak dapat 2oz pon payah) minum susu pon kadang-kadang, jadi perlu untuk saya ambil suplemen ni. Itulah titik tolak saya memilih set menyusu Shaklee ni. Alhamdulillah serasi, saya perasan bila saya perah susu untuk stok anak, wahhh susu semakin meriah. Tak pernah sekali pam dapat 5-6, dapat u. Seronok sangat, dan saya perasan juga susu yang kita perah akan menjadi lebih pekat, akan nampak lapisan lemak di atas lebih tebal dari air di bawah.

Dan syukur, saya masih menyusukan anak sehingga sekarang anak berusia 1 tahun 7 bulan. Saya masih mengamalkan Shaklee. Untuk kesihatan diri juga untuk tujuan melengkapkan penyusuan 2 tahun. Kenapa saya cakap untuk kesihatan diri. Beza dengan ibu yang tidak mengambil suplemen, badan mereka menjadi lebih lemah,tidak bertenaga, kerap sakit pinggang, lenguh-lenguh, angin dalam badan dan ada yang sakit lutut. Kenapa? Kerana badan kita secara normalnya memerlukan kalsium, bila menyusu lagilah kita perlukan kalsium untuk disalurkan pada bayi dan vitamin lain. Simptom tu tadi semuanya kerana kurangnya kalsium dan vitamin dalam badan.

Anda tidak tahu set mana yang sesuai untuk anda? Jadual di atas mungkin dapat membantu. Namun sekiranya anda masih tidak yakin, hubungi saya. Kita boleh bersembang dan berbincang set mana yang sesuai mengikut keadaan diri dan budget yang ada. InsyaAllah.

Jika anda membeli Set Tambah Susu Shaklee ini, anda akan dapat Tips Tambah Susu dari saya, istimewa untuk anda.


Hubungi Tinie di
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
 ➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River                                           
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...