Monday, July 24, 2023
5 TIPS TRAVEL UNTUK PERCUTIAN YANG LEBIH TENANG
Friday, May 19, 2017
RAWATAN SAUNA BEST KE TAK?
- Mengurangkan stres – stres boleh menyebabkan kesihatan fizikal merosot. Malah ada banyak penyakit yang bersangkut-paut dengan stres. Haba dari sauna mengurangkan ketegangan otot dan merangsang penghasilan endorfin, satu kimia semulajadi yang dihasilkan dalam otak yang bertindak sebagai penahan sakit. Endorfin ini akan menjadikan seseorang itu merasa lega dan tenang.
- Melegakan otot – Penghasilan endorfin semasa sauna dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh pengidap artritis serta mereka yang mengalami ketegangan otot selepas bersenam. Kenaikan suhu badan dalam sauna menyebabkan saluran darah mengembang. Hasilnya, peredaran darah akan meningkat dan ini akan membantu proses penyembuhan semulajadi badan.
- Kulit yang sihat dan berseri – sewaktu melakukan sauna, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit dan permukaan tisu. Hasilnya, kualiti kulit akan bertambah baik secara beransur-ansur.
- Detoksifikasi – haba yang dijana oleh badan sewaktu bersauna dapat menyingkirkan toksik yang berada di bawah kulit melalui peluh. Setiap hari kita terdedah kepada toksin samada dalam makanan atau persekitaran kita. Sauna dapat membantu badan kita mengdetoksifikasikan toksin tersebut.
- Hipertermia – apabila badan terdedah kepada haba yang tinggi, badan akan berada dalam keadaan seakan-akan sedang demam. Keadaan “demam” ini akan merangsang proses penyembuhan semulajadi badan. Hasilnya, sistem imunisasi badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit dan antibodi untuk menghapuskan virus dan patogen-patogen lain.
- Membakar kalori – Proses berpeluh mengunakan banyak tenaga. Tenaga ini diperolehi daripada penukaran lemak dan karbohidrat sewaktu proses pembakaran kalori. Penyelidikan perubatan mendapati seseorang itu boleh dengan mudahnya berpeluh sebanyak 500 gram dalam dalam satu sesi sauna, membakar hampir 300-400 kalori.
Wednesday, May 17, 2017
CARA CLAIM GANTIRUGI BARANG POSLAJU HILANG
Friday, March 3, 2017
Aplikasi Untuk Update Blog Bagi Pengguna iPhone
Assalamualaikum Hi semua.
Sejak hujung tahun lepas Blogger apps yang saya gunakan untuk update blog tak boleh digunakan seperti biasa. Ramai yang hadapi masalah yang sama. Setiap kali post ada error. Dan bila saya uninstall dan cuba untuk install baru malangnya dah tiada di App Store. Sejak itu saya search "blogging apps iphone".
Dari satu apps ke satu apps saya cuba. Kebanyakannya ada masalah bila nak upload gambar. Kalau guna Google atau Safari pun ada masalah bila nak masukkan gambar.
Ye kalau pengguna android sangatlah mesra Blogger apps kan. Nak masuk gambar mudah je. So bertabahlah pengguna iPhone ye hihi.
Antara apps yang saya dah cuba
1) Google Keep-Free (mungkin saya tak pandai guna tak jumpa kat mana nak mulakan entry blog, tak mesra pengguna)
2) Bloguma-Free (pun takde button untuk new entry, hanya list gambar-gambar sedia ada dalam blog..hmm)
3) Blogpress - RM12.90
Simple tapi takde banyak function macam Label, Align, Schedule tapi saya fikir oke la kalau boleh basic.
Mulanya seronok dah sebab mudah untuk masukkan new entry, tapi bila dah masukkan gambar dan cuba publish, ada error keluar.
Saya godek-godek tukar setting Save Photos to folder Blog yang saya create terlebih dahulu di Picasaweb.
Yes berjaya post! Tetapi bila saya cuba masukkan gambar lagi sekali di entry baru, apa yang jadi, apps auto shut down. Sedih.
Next!
Akhirnya saya jumpa dan sukanya sebab interface sangatlah mesra pengguna dah saya cuba update blog .
Alhamdulillah berjaya. Jom tengok.
Ni dia:
BlogTouch Pro yang mesra iPhone (RM19.90)
Ada tools yang hampir sama dengan tools blogger yang di web tu. boleh Label ikut kategori, boleh schedule post,
Nampak kan bawah ni masukkan tajuk, bawah tu boleh Label ikut kategori carian.
Nak masukkan gambar mudah, nak kecilkan, align gambar pun mudah.
Ha saya nampak banyak lagi function menarik yang saya tak jumpa di aplikasi yang lain tapi selebihnya boleh godek sendiri ye.
Serius memang best!
Berkira untuk membayar? Pada saya murah dan apa salahnya jika nak dibandingkan dengan income 4-5 angka yang kita akan generate dari blog kita.
InsyaAllah pelaburan yang berbaloi.
Selamat mencuba.
Tinie Badri
Coordinator
Shaklee Independent Distributor
(Founder Shaklee Great Warrior)
- Posted using BlogPress from my iPhone
Wednesday, March 1, 2017
TIPS BIZ ONLINE: RUGI KALAU TAK FOLLOW UP
Walaupun prospek tu baru bertanya harga. Ha macam mana tu?
Sebenarnya mintak maaf cakap, kak tinie tak setuju kalau nampak orang dok update promo suh pm kalau berminat tapi siap mentioned SERIOUS BUYER ONLY. Ataupun update pulak status membebel suh pm tapi tak beli. Anak-anak cucu Kak Tinie kalau buat siap la.
Oh come on, mungkin customer tu baru nak tanya harga, jika sesuai dengan budget dia so dia akan beli ataupun dia nak kumpul dulu duit untuk meet budget tu, atau dia tengah tunggu gaji ke.
Lagipun kalau letak diri kita sebagai pembeli kita ada hak kan untuk memilih yang terbaik bukan saja dari segi harga tapi dari segi layanan konsultasi.
Membeli ni is about trust jugak. Dan kadang kena pada masanya. So sabar.
Jadi disebabkan diorang ni prospek jangan tinggal terus.
Next time folow up lagi. Bertanya khabar dan folow up.Tanpa sedar sebenarnya kita sedang bina hubungan yang baik dengan mereka. Membina "trust" keyakinan untuk mereka membeli dengan kit
Bole juga update dengan promo terkini. Mana tau kena pada masanya mereka akan beli dengan kita.
Bulan lepas kak tinie dapat order dari seorang customer ni setelah berbulan-bulan dok folow up update promo. So jangan putus asa k.
Bagi ready customer kita pun sama, selalu-selalu folow up.
Bina hubungan. Berikan servis terbaik.
Mana tau mereka perlukan guide semasa consume produk.
Atau mungkin mereka perlu tambah lagi produk untuk cukupkan keperluan.
Jadi ingat ye. Sebagai peniaga online yang bertanggungjawab dan nak berjaya.
Jangan jual-beli dan tinggal. Rugi lah siapa yang buat macam ni kan. Sila masukkan agenda folow up sebagai rutin kita selepas ni oke.Bezakan diri kita dengan peniaga lain dengan memberikan yang terbaik.
Selamat berjaya!
Tinie Badri
012-2812952
PENGEDAR SAH SHAKLEE PERAK
PENGEDAR SAH SHAKLEE UPSI
PENGEDAR SAH SHAKLEE TANJUNG MALIM
PENGEDAR SAH SHAKLEE BEHRANG 2020
PENGEDAR SAH SHAKLEE SLIM RIVER
PENGEDAR SAH SHAKLEE MANJUNG
PENGEDAR SAH SHAKLEE LUMUT
PENGEDAR SAH SHAKLEE LEKIR
PENGEDAR SAH SHAKLEE SITIAWAN
PENGEDAR SAH SHAKLEE IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE AYER TAWAR
PENGEDAR SAH SHAKLEE KAYAN
PENGEDAR SAH SHAKLEE TELUK INTAN
Sunday, September 11, 2016
Suplemen BAHAYA! Berhati-hati Memilih Suplemen Anda
Sunday, September 4, 2016
Tips Edar Flyers Dengan Berkesan Sehingga Dapat Panggilan Dari Customer
Monday, August 29, 2016
SINGKIRKAN CACING SECARA SEMULAJADI
Friday, August 5, 2016
6 PENGHALANG DOA DIMAKBULKAN
Monday, May 23, 2016
Awas!! BAHAYA Pil Tahan Sakit Antara Punca Buah Pinggang Rosak
- Jangan ambil ubat tahan sakit secara berterusan dalam jangka masa melebihi 3 hari tanpa berjumpa dengan pengamal perubatan anda. Pengambilan ubat tahan sakit dengan dos tinggi dan berterusan dalam jangka masa yang lama boleh merosakkan buah pinggang, hati dan permukaan dalam perut dan usus.
- Penggunaan sesetengah jenis ubat tahan sakit yang berterusan dalam jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan ketagihan.
- Sesetengah ubat tahan sakit boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan lain. Tanyalah ahli farmasi atau pengamal perubatan anda berkaitan isu ini.
- Jauhkan ubat tahan sakit dari kanak-kanak
- Ambil ubat tahan sakit bersama makanan untuk elak dari rasa perut yang tidak selesa atau kesan iritasi perut
- Selalu lihat pada label kandungan ubat semasa membeli ubat untuk mengelakkan pengambilan ubat yang sama tetapi berlainan jenama atau bentuk formulasi.
- Elakkan mengambil aspirin bersama paracetamol
- Selain dari pengambilan ubat-ubatan ada kaedah lain tanpa ubat untuk merawat kesakitan. (cth; kaedah pek panas/sejuk, fisioterapi, akupuntur dan berehat)
- Pelajari dan amalkan teknik ketenangan untuk atasi stress/ketegangan, terutama jika ia mengakibatkan sakit seperti sakit kepala.
- Ambil ubat tahan sakit pada masa yang betul dengan dos yang betul bagi mengelakkan keracunan atau sebarang kesan toksin daripada pengambilan ubat secara berlebihan.
- Beritahu ahli farmasi atau doktor anda jika anda kerap menggunakan ubat tahan sakit.
Disamping itu kandungan ubat-ubatan yang mengandungi bahan chemical sudah semestinya menyukarkan Buah Pinggang untuk menapis secara total.




















