Showing posts with label Tempat Makan Best; Jalan Jalan Cari Makan. Show all posts
Showing posts with label Tempat Makan Best; Jalan Jalan Cari Makan. Show all posts

Tuesday, November 15, 2016

Pengalaman Miss Pilot Dan Adiknya Bekerja di Kidzania



Assalamualaikum
Hari ni saya nak share satu lagi destinasi percutian yang boleh anda fikirkan untuk bawa anak-anak masa cuti sekolah ni. KIDZANIA. Kanak-kanak memang suka tempat ni. Sampai hari ni anak-anak dok sebut nak ke sini lagi. Dan satu hari sebenarnya memang tak cukup nak explore semua tempat. Tersangatlah best dan banyak pilihan. Pstt kalau orang tua boleh main memang akak dah main dah. haaha..

Masa pergi ni Kak Long 7tahun, Aira 4tahun 3bulan. Dari tahun lepas nak pergi, tapi fikir masa tu adik kecil lagi biar besar sikit pandai sikit main. Biar berbaloi sikit bayar tiket kan. Sebabnya orang dewasa tak boleh masuk dalam tu untuk ajar ke apa.

Waktu Operasi Kidzania? (Operation Hours Kidzania)
Kidzania Buka pukul 10 pagi, makanya dekat-dekat pukul 10 tu kami dah sampai. Ingat ye! Biar berbaloi bayar tiket hihi.

 Masuk awal sangat, staf semua sedang morning briefing dan senaman berlagu gitu.


Best jugak masuk awal kan.


Berapa harga tiket Kidzania?
Boleh refer sini ye https://www.kidzania.com.my/admissions/entrance-fee/

Jangan hairan tau harga tiket dewasa murah banyak berbanding kanak-kanak. Sebabnya kat dalam tu memang untuk dunia mereka. Main-main dalam tu semua untuk kanak-kanak. Mak Ayah agak boring tapi takpe la kasi can kan. Dan harga online lebih murah daripada walk in. Korang tengok jugak kat bahagian promotion. Kadang ada less lagi dengan guna kad kredit tertentu dan ada promosi lain.

Sebenarnya kami pergi lama dah, awal tahun hari tu. Masa tu lepas Chinese New Year. So ada promosi harga tiket. Dapat jimat dekat RM20 lagi daripada harga online tu.

Ini Kaunter beli tiket masuk. Bagi yang dah beli tiket online, ada laluan ekspress. Nasib baik lagi sebab yang walk in masa ni ramai jugak. Masa ni dapat sampul duit kosong dalamnya ada cek. Kena pergi kat bank dan tunaikan cek tu. Semua ni anak-anak ni la yang akan buat sendiri. Beratur dan pergi kaunter sendiri.

Muka happy dapat duit banyak.
 Duit yang banyak ni kira modal permulaan. Anak-anak ni akan pergi dari satu lokasi ke satu lokasi pekerjaan. Ada pekerjaan yang dapat upah, ada juga bahagian yang perlu keluarkan modal. Kat setiap pintu tu ada beritahu berapa modal atau upah yang akan dapat. Biasanya pekerjaan yang dapat barang contohnya macam kat Marrybrown buat burger untuk dimakan sendiri. Yang ni kita kena bayar guna duit tu. Mesti tak faham kan, takpe teruskan pembacaan. Oh ye bukan duit betul tau, Duit kidzania(matawang=kidzos). Laku dalam kidzania je hihi.

Kat pintu setiap bahagian ada ditampal ni, so boleh budget masa, boleh tengok umur yang dibenarkan dan samada dibayar atau kena bayar. (Contoh: Dibayar +10, kena bayar -10)



Pada mulanya anak-anak ni excited sangat nak terus ke bomba. Nak naik truck bomba nak padam api. Tapinya ni antara yang paling favorite jadinya ramai sangat dah yang beratur.
Sambil queue ambil gambar dulu

Setiap group diletakkan estimates masa menunggu

Idaman kanak-kanak, upin ipin menyumbang jugak ni tu yang diorang suka sangat ngan bomba
 Masa menunggu lama sangat, rugi rugi. Jadi kami pilih untuk tak buang masa pegi main benda lain dulu.

Pekerjaan pertama mereka. Belajar dari bawah ye nak..hihi
dapat upah banyak yang ni

Ha, ni lagi satu, nak lagi best buat passport kat imigresen. Urusan buat pasport sama je macam biasa tu. Tangkap gambar dapat pasport merah. Ada banyak special kalau ada pasport antaranya boleh collect cop di setiap post. Dan dapat diskaun juga dapat extra upah berbanding biasa. Nak buat pasport bayar RM30 dan passport ni valid sehingga usia 17tahun di seluruh kidzania. Next bila datang lagi jangan lupa bawak passport. Kami decide buat passport. Layannn..

 Ha ni Spritzer belajar handle mesin buat botol sendiri, sehingga dimasukkan air dan diletakkan penutup. Yang ni dapat air mineral so kena bayar.

 Siap je buat air, ada pekerjaan satu lagi hantar air-air ke kedai. Ni kira pekerjaan lain, courier service. Dibayar upah.
 Lifebuoy excited diorang dengan pakai uniform cantik ni. Belajar buat sabun u all.

 Mami dan Dedi melepak la kat luar. Ada orang dah mengantuk masa ni haha.. Oh ye mak ayah ada tempat rehat jugak Lounge gitu. Nak minum ke nak wifi ke, nak urut ke. Erk urut guna Gintell la tapi.. hihi..
Cuma kita takut jugak nak tinggal anak kan. Dan biasanya anak-anak akan spend 10-15minit di satu-satu tempat tu. So kami tunggu kat luar pintu je.

 Adik suka sangat jadi Doktor baby ni. Belajar handle baby(baby doll) bersihkan baby, pakaikan pampers dan berikan susu. Kat sini ada jugak bahagian X-ray dan lain-lain tapi anak excited yang ni. Kami tengok dari jauh je ni.
harga makanan kat sini

Nak rehat jap kami masuk panggung tengok Magic Show. Sebenarnya pekerjaan jugak ni. Ahli silap mata di kalangan kanak-kanak. Mereka diajar buat show. So dibayar gaji. Masa nak masuk ni tak ingat la kena bayar guna duit diorang tu ke tak..Rasanya tak.


 Ha ni menarik jugak. belajar buat burger kat Marrybrown. Lepas buat ni. Kami terus rehat makan sat. Dan solat ada surau kecil di tepi ni.

 Kat Bomba ni memang ramai. masa ni dah tak ramai sangat kami pun beratur. Anak-anak diberi taklimat, Masuk trak bomba dengan bunyi nino nino nya tu kemudian ke lokasi kebakaran.

Semangat la diorang memadam kebakaran


 Kak Long jadi pesakit, Aira jadi Doktor. Alalala kecik je.


 Stesen minyak pun boleh. Oh ye ada jugak bahagian ambik lesen kereta tapi tu untuk budak besar. Mereka tak lepas.

 Belajar buat vitamin.. Cewah. Bukan Shaklee la tapi. Pharmaniaga. Masuk ni kena bayar dan tak dibayar upah. Sebabnya nanti keluar akan dapat vitamin. Bukanlah yang mereka buat tu, vitamin dah siap pack.

 Satu lagi tempat yang kena bayar. Sebab dapat vitagen

 Sendiri buat, sendiri minum

 Kat Air Asia ni ramai jugak. Boleh jadi pilot, boleh jadi flight attendant. Nak gaji mahal jadi pilot la kan. Tapi kalau ada dua orang je masa tu, so sorang satu roles. Masa ni Kak Long jadi pilot. Adik jadi FA.
Mami dedi tak dapat tengok kat dalam. tapi kat dalam tu ada cameraman so mereka yang akan tangkap gambar. Maknanya kena beli la nanti gambar tu kalau berkenan. Hihi.

Gambar yang dibeli. Gambar jelas dan cantik memang memikat untuk dibeli
Tutup pukul 7 petang, kami keluar dalam pukul 6 lebih macam tu. Ingat biar berbaloi bayar tiket hihi. Tapi kami taknak keluar lambat sangat nanti kat bank ramai beratur.

Ha kenapa pergi bank balik? Masukkan balik duit yang ditangan ke dalam bank dan CIMB bank ni akan bagi kad. Tapi kad tu pun hanya boleh diguna di Kidzania sahaja. Di mana-mana Kidzania di serata dunia. Jadi next time bila datang dah ada duit banyak tu dah dalam akaun, makin banyak modal gitu.
Alhamdulillah bijak anak-anak ni bekerja. dapat collect lebih daripada modal yang dapat pada mulanya tu. Bagus-bagus. Nanti buat bisnes Shaklee pun camtu tau, modal rendah income masyuk haha..sempat lagi mami..
Bijak dah dak 4tahun 3bulan ni berurusan di kaunter :)

Banyak lagi tempat yang pergi sebenarnya tapi kang muntah gambar pulak kan hihi. Pergilah sendiri dan biar anak-anak explore. Memang best. Kalau tak best takkan diorang nak pergi lagi kan. Yes memang kami akan kembali lagi walaupun banyak yang dah main tapi banyak jugak lagi yang belum main antara yang saya ingat kami tak sempat ke stesen tv, stesen radio. So Tak sempat la nak jadi Dj, jadi pembaca berita. Tu kalau anak besar sikit lagi mesti syok. Ada tempat komputer, oh yang ni ada masuk, tempat menjahit, tempat telefon, insurans, haihh memang banyak.

Tiket memang agak mahal tapi untuk mengalami pengalaman dunia pekerjaan ni memang berbaloi sangat. Macam saya memang antara sebab buat bisnes ni untuk anak-anak. Jadi ni reward kepada mereka yang selalu temankan saya, selalu doakan mami diorang ni sales mantop, murah rezki. Rezki yang kita dapat pun untuk anak-anak kan.
Tapi Kalau rasa tak mampu lagi nak reward anak. Takpe, Ajak anak-anak menabung sekali. Tampal kat tabung " Tabung Kidzania" Hahh dapat tampal gambar sekali mesti anak-anak lagi semangat gitu.

Saya sekadar berkongsi info, semoga dapat manfaatnya. Boleh tinggalkan pertanyaan di komen atau anda boleh kongsi pengalaman anda di kidzania di bahagian komen.

Sehingga ketemu lagi di lain entry.



Tinie Badri
012-2812952

PENGEDAR SAH SHAKLEE PERAK 
PENGEDAR SAH SHAKLEE UPSI 
PENGEDAR SAH SHAKLEE TANJUNG MALIM 
PENGEDAR SAH SHAKLEE BEHRANG 2020 
PENGEDAR SAH SHAKLEE SLIM RIVER 
PENGEDAR SAH SHAKLEE MANJUNG 
PENGEDAR SAH SHAKLEE LUMUT 
PENGEDAR SAH SHAKLEE LEKIR 
PENGEDAR SAH SHAKLEE SITIAWAN 
PENGEDAR SAH SHAKLEE IPOH 
PENGEDAR SAH SHAKLEE AYER TAWAR 
PENGEDAR SAH SHAKLEE KAYAN 
PENGEDAR SAH SHAKLEE TELUK INTAN

Monday, November 14, 2016

PERCUTIAN KE CAMERON HIGHLAND.RUPANYA ADA HOTEL DENGAN SWIMMING POOL

 Hi Assalamualaikum, oke hari ni nak share tentang trip kami bercuti ke Cameron Highland beberapa.bulan lepas. Trip ni sebagai reward kepada anak-anak dah lama mereka dok sebut nak ke Cameron Highland. Saya bagi dua pilihan mulanya, samada nak ke Cameron Highland atau bercuti ke mana-mana nak tidur hotel yang ada swimming pool. Saya cakap kalau pergi cameron takde la mandi swimming pool, yerlah tempat sejuk kan. Anak-anak pilih Cameron Highland. Sekali masa nak booking hotel lepas bonus Shaklee masuk tu, saya pun saja google cari "hotel with swimming pool" at Cameron Highland. Eh ada satu rupanya di Copthorne Hotel. Ada indoor swimming pool. Tapi online full. Jadi saya beritahu suami, takpe kita walk in, mana tau ada lagi kosong. Dapat tunaikan kedua-dua wishlist anak-anak.



So kami pun bergeraklah Sabtu tengahari ke sana. Dedi budak-budak ni kena kerja pulak pagi tu so gerak lambat sikit. Takpe lah kami pun tak rush, kebanyakan tempat kat Cameron rasa dah pergi dah, jadi kali ni nak relax je taknak kejar banyak tempat.

Kami lalu ikut Tapah. Sampai sini Aira nak ke toilet, so sempat la berposing hihi


tepi toilet pun jadi ish ish..asal background lawa kan



Sampai kat Kea Farm, lokasi hotel ni dah jam 5.30 petang. Masa bertanya pada pekerja hotel di pintu masuk, katanya rasanya full tapi boleh tanya kat kaunter kalau ada yang cancel. Sekali rupanya memang ada yang cancel tapi orang depan kami dah ambil bilik tu. Oh kuciwa.
 
Masa nak keluar, pekerja tadi tanya dapat ke bilik, kalau tak dapat boleh ambil apartment kat depan hotel tu. Saya cakap saya nak hotel tu sebabnya nak yang ada swimming pool hihi. "Boleh puan, bawah Hotel Copthorne jugak apartment tu" Wahh lega. So kami ambil apartment Copthone dengan harga bilik RM180.Bilik dengan katil King. Saiz bilik biasa je. Ada la ruang untuk solat, untuk duduk. Selesa untuk 4 beranak.



Selesai maghrib, kami ke pasar malam. Walaupun bukan hari cuti sekolah atau cuti umum, weekend pun tetap jalan sesak jugak. Sikitlah. Dah lama tak ke pasar malam, dah berubah dah tapak nya.

ramai beli air kelapa laut di sini. Cara potongnya menarik kot

Wajib beli ni. Sambal Strawberi dan Sambal Strawberi Ikan Masin.Sedap.
Adik-adik ni pun ramah
Esoknya, kami bersarapan di sini, Restran Abang. Menu istimewa di sini Nasi Kukus Sambal Strawberi.Cantik tempatnya food pun sedap. Boleh masuk list tempat makan best di Cameron Highland.




Nasi lemak sambal strawberi ikan masin sedapp

Laksa johor, ermm Bolehlah.. 3bintang hihi..

Tak pernah tak sedap haha

Ada pokok-pokok tomato dan sayur jugak di restoran ni.
Lokasi seterusnya pasar pagi,suka betul Aira dapat beli kaktusnya. Memang minat menanam Aira ni.


strawberi besar-besar dan segar di pasar. Yang penting murah.
Coklat pun dah ready untuk dibeli. Celup je

Selesai membeli jagung dan strawberi so Kami balik hotel. Naik ke hotel tingkat berapa tah swimming poolnya, lupa dah hihi. Okelah sebabkan indoor jadinya takde la sejuk sangat-sangat. Tu yang berendam lama tu. Tapi dah keluar tu memang sejuk menggigil jugak lah. Sabar je lah, pergi Cameron pun nak mandi swimming pool haha. Mujur lah mereka ni tahan lasak, balik takde demam apa. Alhamdulillah. Memang selalu la bagi cheweable vitamin c dan Omega Guard. Untuk kuatkan imun badan anak-anak.



Sejam lebih gitu berendamnya tiga beranak ni. Mami?? No no mami tak sanggup la sejuk-sejuk haha.
Rehat jap kat hotel untuk Dedi rest tidur jap. Baru check out dan teruskan perjalanan ke destinasi yang lama dah nak pergi. Lavender Farm. Ahh cantiknya. Purple jekkkk. Suka mami











 kami ke taman sedia nak petik strawberi kan sini, sini ramai pengusaha strawberry farm melayu kan. Tu nak pegi sini. Aira la teringin nak petik strawberi masa pergi dulu Kak Long je petik sebab Aira kecik lagi masa tu. Tapi elok je sampai Taman Sedia anak dua orang ni dah tidur keletihan. Mami dan Dedi pun solat disurau situ dulu, kemudian rest rehatkan mata. Sambil mami setelkan order Shaklee dari customer. Biasalah bisnes online, di mana-mana pun kedai masih dibuka dan order masih masuk. Alhamdulillah.

Dalam pukul 4 macam tu princess mami ni dah bangun. Masa ni ingat nak pergi Abang Strawberry sekali strawberi yang nak dikutip dah habis katanya. Rupanya sebaiknya kalau nak kutip pergi waktu pagi. OOOhhh gitu.Kami ke farm sebelah. Opah punya. mujur ada lagi..Alhamdulillah merasa la mereka kutip strawberi. Oke lah kat sini takde strict sangat mami ngan dedi pun masuk sekali teman.





 Cuma buah dah tak besar-besar. Habis dah kot dikutip dari pagi. Bayaran ikut harga perkilo.

 Mami sempat petik strawberi muda satu. Entah teringin pulak nak rasa. Pelik cashier tu ada sebiji yang muda. Hihi. Sedapppp macam rasa mangga muda pun ada.

Sebelum balik kami nak singgah ke Ladang Teh Boh. Teringin tak pernah sampai

 Cantik sangat view nya.

 Sekali rupanya awal dah tutup. 4.30 petang dah tutup dah. Kami sampai memang dah pukul 6 dah. Takde rezki nak masuk.

oke bai



Haaa ada pun gambar lengkap satu famili. bersama mereka-mereka yang ramai ni hihi. Memang banyak tempat menarik untuk diambil gambar dalam Cameron Lavender ni.

Oke. Setakat ini saja kisah bercuti di Cameron kali ni. Panjang umur ada rezki kita terjah lagi.. Tak pernah jemu kan Cameron Highland ni. Selamat bercuti untuk mereka yang nak kesana.

pssttt jangan lupa pakai kasut yang selesa..akak pakai kasut sport je dik haha.. vitamin kalsium, ppermint ginger untuk elak mabuk pun semua memang bawak sekali.. hihi...

sehingga ketemu lagi..oke.. Daaa...




Tinie Badri 012-2812952

PENGEDAR SAH SHAKLEE PERAK
PENGEDAR SAH SHAKLEE UPSI
PENGEDAR SAH SHAKLEE TANJUNG MALIM
PENGEDAR SAH SHAKLEE BEHRANG 2020
PENGEDAR SAH SHAKLEE SLIM RIVER
PENGEDAR SAH SHAKLEE MANJUNG
PENGEDAR SAH SHAKLEE LUMUT
PENGEDAR SAH SHAKLEE LEKIR
PENGEDAR SAH SHAKLEE SITIAWAN
PENGEDAR SAH SHAKLEE IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE AYER TAWAR
PENGEDAR SAH SHAKLEE KAYAN
PENGEDAR SAH SHAKLEE TELUK INTAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...