Saturday, May 25, 2013

^Shaklee Vitamin Semulajadi Terbaik^

Bismillahirrahmanirrahim pembuka bicara
Assalamualaikum



Di bulan Rejab yang mulia ni saya memulakan blog saya yang tidak seberapa ini,

Semata-mata untuk sama-sama berkongsi manfaat Vitamin Shaklee sebagai Vitamin semulajadi yang TERBAIK.
Untuk entry pertama, saya ingin berkongsi titik tolak saya terlibat dengan Shaklee.


Saya menggunakan Shaklee sejak bersalin anak kedua lagi. Masa tu mencari suplemen yang boleh membantu untuk membanyakkan susu ibu dengan niat nak menyusukan anak sehingga 2 tahun. Masa anak pertama saya hanya mampu menyusukan sehingga setahun 3 bulan macam tu. Kerana kurang ilmu dan kurang usaha saya fikir. Jadi bila anak kedua, masa hamil lagi saya dah mencari maklumat. Gali sedalam-dalamnya. Tapi saya sekadar pengguna biasa.


Sehinggalah, baru-baru ini dek kerana KOLESTEROL TINGGI. Hasil check up di Klinik Kesihatan saya disahkan tinggi kolesterol. Risau jugak dengan usia baru menginjak usia 30 an, saya dah mengalami masalah kesihatan begini. Saya pergi ke farmasi untuk mencari suplemen kerana saya tak mahu bergantung pada ubat sintetik yang klinik bagi. Farmasi mencadangkan Lecithin. Seakan pernah dengar. Ya, kawan saya pernah bagi cadangan suplemen ni. Jadinya saya kembali kepada kawan saya. Yah, dari sini bermulanya pencarian saya apa istimewanya suplemen Shaklee sehingga ahli farmasi pun mencadangkan vitamin ni.




Dan akhirnya saya memilih Shaklee sebagai teman setia saya. Lecithin dan Alfalfa sebagai teman bagi menurunkan kolesterol. Selamat datang ke dunia Shaklee vitamin semulajadi terbaik.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...