Monday, July 24, 2023

5 TIPS TRAVEL UNTUK PERCUTIAN YANG LEBIH TENANG

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Ramai di kalangan kita menjadikan percutian atau travel satu aktiviti wajib setiap tahun. Sama ada bersama keluarga atau kawan-kawan.
Untuk menjadikan percutian kita suatu pengalaman yang indah, saya kongsikan 5 tips travel untuk anda supaya percutian lebih tenang dan lebih indah. Yang Nombor 5 sangat penting. 

Tips Travel 1: Buat Research Lokasi Percutian
Penting untuk buat research serba sedikit tentang tempat percutian anda supaya mudah untuk anda buat persiapan. Contohnya semak cuaca lokasi tersebut pada tarikh yang kita nak pergi. Bila dah tahu, mudah untuk kita tentukan pakaian yang bagaimana perlu kita bawa. 
Pertama kali saya bercuti ke negara bercuaca sejuk, baru saya tau perlunya untuk bawa baju dan seluar inner heattech. Perlunya bawa kasut yang sesuai untuk elak licin di tempat bersalji. 


Tips Travel 2: Tahu Dengan Siapa Kita Bercuti
Bila tahu dengan siapa anda pergi bercuti, mudah untuk kita plan apa aktiviti dan tempat tempat menarik yang nak kita pergi. Adakah yang pergi dengan kita ada anak kecil atau OKU? Macam saya sendiri ada ibu mertua yang memakai wheelchair. Jadi sebelum kami travel, kami akan pastikan penginapan dan lokasi persinggahan yang kami pilih mudah access dan mesra OKU. Teringat semasa kami ke Brunei, kami hubungi airlines dulu untuk maklumkan keperluan mak mertua naik flight yang memerlukan bantuan. Bila kita uruskan dan maklumkan lebih awal, ianya jadi lebih mudah.


Tips Travel 3: Checklist Senarai Keperluan Yang Nak Dibawa
Penting untuk ada senarai semak keperluan yang nak dibawa.

Ada banyak rujukan yang boleh kita jadikan panduan. Contohnya seperti di bawah. 

Tips Travel 4: Dokumen Penting dan Tukaran Wang
Dokumen seperti passport, visa, tiket perlulah di masukan ke dalam satu tempat seperti fail atau di dalam beg supaya mudah untuk dibawa dan dicari. 

PENTING: Jika travel ke luar negara, jangan lupa untuk Semak sekatan imigresen di sini 

Pastikan anda buat tukaran wang awal. Setiap money changer ratenya tidak sama, dan setiap hari berubah. Sekiranya anda guna kad kredit atau kad bayaran yang lain seperti big pay kad pastikan simpan kad dengan baik dan setiap bayaran semak dan simpan resitnya.

Tips Travel 5: Vitamin Travel Wajib Bawa
Anda pastinya tak mahu mood percutian anda berubah bila tak sihat kan. Jadi pastikan anda bawa vitamin travel yang penting ini. Ianya penting untuk kuatkan antibodi badan, untuk mengurangkan rasa letih kaki berjalan dan membantu badan kita lebih bertenaga. 

Bukan paracetamol ubat demam je anda perlu bawa semasa travel. Vitamin ni pun penting tau. Jangan rasa leceh. Sebab jika jatuh sakit semasa travel lagilah leceh. Kos ke klinik atau hospital di luar negara bukan murah, malah ubat ubatan di farmasi pun berkali ganda mahal. Lebih baik mencegah dari mengubati kan. Shaklee menyediakan rangkaian vitamin untuk seisi keluarga. Klik sini untuk dapatkannya Set Vitamin Travel

Semoga dengan persiapan yang baik dengan tips travel yang dikongsikan dapat menjadikan percutian kita lebih tenang dan menggembirakan. 

Tinie Badri
Shaklee Business Leader Since 2013
wasap.my/60122812952

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...